Akhlak 10
Merajah Karektor Pemuda
Sambungan ..... ( Siri Ketiga )
Akhlak Pertama :
Akhlak Berjamaah . ( berorganisasi )
1.2 : IKHLAS
Keikhlasan adalah rahsia antara seorang pejuang dengan tuhannya. Ia pula menjadi sumber utama yang menentukan نصرة ( pertolongan / kemenangan ) daripada Allah swt.
Keikhlasan seorang pejuang merupakan jambatan utuh antara dirinya ( sebagai seorang pejuang ) dengan Allah swt. dan ini memudahkan urusan membina hubungan erat atau تقرّب yang berterusan . Melalui hubungan erat inilah pula akan disalurkan pertolongan dan kemenangan .
Masakan tidak , kerana keikhlasan melahirkan kesungguhan berkerja dan bertugas tanpa mengharapkan balasan atau imbuhan dunia yang sedikit , kesungguhan tersebut pula akan menghasilkan kualiti perjuangan yang tinggi malah turut meningkatkan reputasi diri pejuang itu sendiri .
Keikhlasan turut berfungsi sebagai formula yang sangat berkesan untuk membunuh segala virus yang terbit dari sifat مذمومة ( negatif ) seperti ريأ ( berkerja dan bertugas untuk diperlihatkan kepada umum , kononnya ia seorang yang rajin dan tekun bertugas sedang prestasinya merosot jika tiada orang melihat aksinya ) , عجب ( hairan dan bangga diri kerana telah banyak memberi sumbangan kepada parti atau jamaah dan merasakan orang lain tidak seperti dirinya ) , حب رياسة ( cinta kepada jawatan atau kedudukan sehingga mendorong berlakunya lobi melobi dan politik cantas sedang tidak pula sehebat itu aksinya ketika menentang musuh ) dan 1001 jenis sifat atau tabiat lain yang merosakkan keikhlasan dan kesejahteraan beramal dengan Amal Islami .
Tanpa keikhlasan dalam perjuangan , biarpun sehebat mana pengaruh dan publisiti yang berjaya diraih , kesannya sangat memudharatkan jamaah . Paling minima kesan yang bakal diterima ialah hilangnya keberkatan dan kemanisan bekerja. Seterusnya mencetuskan pelbagai konflik dalaman yang melambatkan perjalanan jamaah dan kemuncaknya ialah Allah membatalkan jadual kemenangannya.
Petanda Ikhlas seorang pejuang .
· Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah swt. tidak kerana target nak jadi Yang di Pertua atau seumpamanya sehingga melanggar disiplin Amal Jamaei atau membina imej diri sehingga merempuh system syura dalam Amal Islami.
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضى الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ وَ إِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَاْنَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ وَ مَنْ كَاْنَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
( رواه البخاري و مسلم )
“Sesungguhnya amalan berasaskan niat dan sesungguuhnya bagi setiap individu terpulang kepada apa yang ia niatkan , maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya kembali kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia ( tujuan keduniaan ) yang ingin diperolehinya atau kerana perempuan yang ingn dikahwininya maka hijrahnya kembali kepada tujuan asal hijrah yang ia lakukan.” [1]
Nawaitu yang ikhlas sangat diperlukan oleh seorang pejuang kerana ia kelak akan berfungsi sebagai senjata dan penangkis agar ia tidak gugur dari perjuangan suci ini sekalipun diuji dan digoncang perasaannya . Hasil nawaitu yang ikhlas ini mercerna 5 sifat positif bagi seorang pejuang.
السكينة النفسية - Jiwa yang tenang
القوة الروحية - Rohani yang kuat
الإستمرار في العمل - Istiqamah terhadap tugas
تحويل العاديات إلى العبادات - Semua tugas menjadi ibadat
احراز ثواب العمل - Beroleh ganjaran dalam tugas
القوة الروحية - Rohani yang kuat
الإستمرار في العمل - Istiqamah terhadap tugas
تحويل العاديات إلى العبادات - Semua tugas menjadi ibadat
احراز ثواب العمل - Beroleh ganjaran dalam tugas
· Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan . Jawatan hanya menjadi alat dan pengagihan tugas , bukan platform amal . Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negatif yang mendhohirkan ketidakikhlasan dalam perjuangan.
Contohilah Khalid Ibnul Walid yang menerima surat perletakan jawatan di tengah medan perang dari Amiril Mukminin Saiyidina Omar Al Khattab rha. , tetapi Khalid Al Walid meneruskan perjuangan sehingga perang selesai , barulah surat itu diwartakan kepada umum .Lantas sahabat rhm. mempersoalkan kenapa Khalid Al Walid terus berperang walhal ia tidak lagi menjadi ketua turus tentera waktu itu . Khalid Al Walid rha. mengemukakan jawapan yang cukup jelas mempamerkan keikhlasan seorang pejuang bahawa ia berjuang dan berperang bukan kerana Omar tetapi kerana Allah swt.
· Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran, kerana sikap ini bukan sahaja menyuburkan budaya التناصح ( nasihat menasihati ) dikalangan anggota jamaah malah menyemarakkan semangat keikhlasan berjuang. Justeru mereka yang memperjuangkan kepentingan peribadi dan merasakan hanya dirinya yang betul , pasti tidak akan memiliki sikap tersebut .
عن أبي رُقَيَّةَ تميم بن أَوْسٍ الدَّارِيِّ رضى الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الَدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وِ لِكِتَابِهِ وَ لِرَسُوْلِهِ وَ لأََئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَ عَامَتِهِمْ .
( رواه مسلم )[2]
“Ugama ialah nasihat , lantas kami bertanya : Bagi siapa ? Rasulullah saw. menjawab : bagi Allah swt. , kitabNya , rasulNya , pemimpin muslimin dan orang – orang awam mereka ( muslimin )”
· Tidak bermain alasan untuk mengelak diri dari aktiviti jamaah . Sebaliknya gigih berikhtiar untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam apa jua keadaan sekalipun .
لا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ
( التوبة 44 – 45 )
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
· Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun arahan itu tidak bersesuaian dengan keinginan diri . Sanggup mengenepikan kepentingan peribadi demi bukti sebuah keikhlasan .
· Prihatin terhadap keperluan jamaah . Memberi penumpuan penuh dan serious terhadap jadual aktiviti dan keperluan semasa dengan rasa tanggungjawab , tidak hanya menanti surat jemputan atau arahan . Rasa terpanggil untuk menunaikan keperluan jamaah adalah sikap yang mempamerkan keikhlasan seorang pejuang.
· Tolak ansur dalam mengendali gerakkerja dan permasalahan jamaah jua menjadi cermin diri ke arah melahirkan jiwa yang ikhlas. Tabiat mementingkan diri sendiri dan sukar mengalah adalah jelas bertentangan dengan prinsip keikhlasan , malah gerakkerja sering tergendala dan masaalah kian kusut dengan wujudnya individu seperti ini .
· Menghormati generasi terdahulu sekalipun mereka serba kekurangan, kerana mereka sekurang – kurangnya menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan suci ini . Memburuk - burukkan mereka terdahulu dengan pelbagai anggapan melulu tidaklah mendatangkan apa - apa manafaat buat perjuangan ini. Bukankah Allah telah mengajar kita dengan satu disiplin yang sangat mulia iaitu mendoakan mereka dan memohon agar tidak tumbuh sifat hasad dan dengki dalam diri kita terhadap mereka yang terlebih dahulu membuka langkah dalam perjuangan ini ?
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
( الحشر 10 )
“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
· Post mortem atau muhasabah aktiviti dan program yang telah dilaksanakan . Pejuang yang ikhlas tidak sambil lewa dan bersahaja dalam aktiviti / program yang dianjur semata - mata untuk memenuhi jadual dan tidak juga mempunyai sikap lepas tangan sejurus selesai program dilaksanakan . Sebaliknya ia mengadakan post mortem yang berdedikasi untuk menilai dan menggarap masa depan yang baik dan berkesan .
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
( الحشر 18 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan ( muhasabah ) apa yang ia telah berlalu (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
· Mengakui dan menginsafi kesilapan yang telah dilakukan agar ianya tidak diulang kembali . Pejuang yang ikhlas tidak akan teragak – agak atau malu untuk mengakui kesilapan yang dilakukan malah segera insaf dan bertaubat .
Mengakui dan menginsafi kesilapan bukan suatu yang menjatuhkan maruah diri malah ia membuktikan keluhuran budi dan keikhlasan hati .
· Menjaga rahsia jamaah , justeru ia suatu amanah yang mesti dipelihara oleh setiap anggota dan pemimpin . Perbuatan membocorkan rahsia jamaah seperti mendedahkan minit mesyuarat kepada mereka yang bukan ahli mesyuarat atau mempersoalkan keputusan mesyuarat di khalayak ramai ( seperti di kedai kopi ) adalah merupakan satu pengkhianatan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh anggota atau pemimpin , yang mana mereka adalah pemegang amanah jamaah .
· Menepati keputusan dan ketetapan jamaah.Tindakan yang bercanggah dengan keputusan atau ketetapan jamaah merupakan satu kesalahan akhlak dalam Amal jamaei . Selama mana keputusan dan ketetapan itu tidak bercanggah dengan syariat Ilahi , maka ia menjadi satu kewajipan bagi setiap ahli di pelbagai peringkat untuk mematuhinya.
Lain persetujuan dalam mesyuarat , lain pula tindakan diluar mesyuarat hanya mendhohirkan sikap tidak ikhlas terhadap perjuangan yang didokong.
· Tidak mengklasifikasikan ketaatan pada pimpinan. Peringkat mana sekalipun pimpinan itu mengeluarkan arahan , tanggungjawab anggota ialah memberi kepatuhan dan ketaatan. ( selama mana ia tidak bercanggah dengan syariat .)
Tidak ada beza pada suara arahan yang datang dari Presiden atau Ketua cawangan . ( Yang mana semua arahan mesti ditaati )
· Aktif tidak bermusim. Jangan hanya aktif di musim pilihanraya atau musim - musim tertentu mengikut mood peribadi atau isu semasa .Menampil dan menonjolkan diri hanya di musim pilihanraya atau muktamar tahunan ‘ yang ada pemilihan ’ menunjukkan ada udang di sebalik batu dan sifat ini sangat tidak ikhlas terhadap perjuangan.
Demikianlah antara petanda ikhlas yang mesti dimiliki oleh setiap anggota dan pemimpin jamaah . Keikhlasan terhadap perjuangan adalah kunci kemenangan. Lantaran itu penglibatan dengan jamaah sayugianya berasaskan semangat perjuangan yang ikhlas untuk menegakkan kedaulatan Islam dan keadilannya , kerana keikhlasan sedemikianlah yang dinilai sebagai ‘ jihad fi Sabilillah ’
حَدِيثُ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَجُلا أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ أَعْلَى فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ *
( متفق عليه )[4]
“Hadis Abi Asy-a’ri Rha. bahawa seorang lelaki A’rabi mendatangi nabi saw. lantas bertanya : Wahai Rasulullah , seseorang berperang ( berjuang ) supaya memperolehi harta ghanimah , ada yang berperang ( berjuang ) supaya namanya disebut – sebut , ada yang berperang ( berjuang ) supaya dilihat kedudukannya , maka siapakah yang benar - benar berjuang di jalan Allah ( fi Sabilillah ) Maka Nabi saw. menjawab: Barangsiapa yang berperang ( berjuang ) untuk meninggikan kalimah Allah swt. maka dia lah pejuang di jalan Allah swt.”
[1] رواه البخاري أول صحيحه و في الإيمان ( باب ما جاء أن الأعمال بالنية الحسنة و لكل امرىء ما نوى. و مسلم في الإمارة ( باب قوله صلى الله عليه وسلم : إنما الأعمال بالنية )
[2] رواه مسلم في كتاب الإيمان ( باب بيان أن الدين النصيحة ) رقم 55
[4] كتاب إمارة باب من قاتل لتكون كلمة الله هى العليا فهو في سبيل الله
[2] رواه مسلم في كتاب الإيمان ( باب بيان أن الدين النصيحة ) رقم 55
[4] كتاب إمارة باب من قاتل لتكون كلمة الله هى العليا فهو في سبيل الله
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home