UMNO guna UNITEN untuk Bersidang
Usul haramkan pemimpin PKR sertai semula UMNO
ROMPIN 14 Julai – UMNO Bahagian Rompin akan membawa usul mengharamkan para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai semula UMNO ke perhimpunan agung parti itu nanti.
Ketuanya, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, tindakan itu adalah tepat kerana selama ini para pemimpin parti tersebut membuat pelbagai tohmahan dan fitnah secara terang-terangan terhadap para pemimpin UMNO.
“UMNO bahagian sebulat suara menyokong usul supaya para pemimpin PKR diharamkan daripada kembali menyertai UMNO pada masa depan,” katanya ketika berucap pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Rompin di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini hari ini.
Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi berkata, para pemimpin PKR merupakan pemimpin parti yang carca-marba dan tidak mempunyai agenda dalam membela bangsa dan agama.
‘‘Kita akan bawa usul itu ke ibu pejabat UMNO, terpulanglah sama ada pucuk pimpinan akan membenarkan kita membawanya pada perhimpunan agung parti kelak,” katanya.
Inilah barangkali kata orang , hidung tak mancung tapi pipi yang tersorong - sorong . Umno .... Umno , bankrap isu !
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home