KHAIRY MENCABAR
SAYA SEDIA MENYAHUT.
Selesai saya merasmikan Wacana Memperingati 100 Tahun Imam Hassan Al Banna di Taman Melewar sekitar jam 11.00 am ( ahad 22 Julai 07 ) , saya menerima sms dari seorang kawan yang meminta saya merujuk Berita Minggu pada hari tersebut untuk melihat satu kenyataan Khairy selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang mempertegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam bukan Negara Sekular.
Khairy bertegas menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam seraya memberi amaran kepada pihak lain agar tidak lagi menyebut Malaysia sebagai sebuah Negara Sekular. Malah beliau kelihatan mencabar dan sedia berdebat dengan siapa sahaja bagi menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.
Kelihatan kini Pemuda UMNO pula berminat bagi meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan marah benar panglimanya terhadap orang yang berkata Malaysia adalah Negara Sekular . ( Sebelum ini Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Malaysia adalah Negara Islam di hadapan perhimpunan MCA . )
Jika sungguh Khairy ingin mencari kebenaran dan meletakkan Islam sebagai asas pencariannya , saya bersedia untuk menyahut cabaran Khairy untuk berdebat atau muzakarah mengenai isu negara Islam ini .
1 Comments:
Saya mengharapkan ustaz dapatlah kiranya menulis tentang malaysia negara islam atau kafir.Polemik ini terlalu panjang sehingga semua pihak bercakap tentangnya mengakibatkan ia menjadi semakin keliru dan tidak ilmiah.Saya ada membaca satu laman blog seorang pelajar uitm shah alam beliau berhujjah dengan begitu baik sekali dan berdasarkan footnote beliau saya sendiri agak tertarik dan penuh keilmiahan.Saya merasakan polemik ini perlu diselesaikan dengan pihak ust2 di PAS membuat sebuah buku,video atau apa sahaja demi melihat Islam adalah agama yang syumul.Malah saya terkesan bila mana mereka mengatakan perbalahan terbesar umat islam bukanlah masalah furukhiah tetapi umno dan pas.Malangnya wahhabi dijadikan sasarannya.
4:22 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home