" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, September 29, 2007

Bantahan terhadap Memorandum Dewan Pemuda PAS
kepada Kementerian Pengajian Tinggi
Berhubung Isu Kebajikan Pelajar Russia dan India

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG

ana mewakili pelajar ISLAM di KIMS, BANGALORE... berita yg nta dapat tentang kami adalah TIDAK BETUL dan TIDAK BENAR SAMA SEKALI..untuk pengetahuan nta, pergaulan disini TIDAKLAH SEBEBAS seperti yg diperkatakan..
kami akui terdapat 4,5 couples, walaubagaimanapun hubungan mereka masih TERBATAS... kami sedang berusaha untuk menasihati mereka untuk meninggalkan perkara tersebut perlahan2...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

an-nahl, 125..

Dakwaan yang menganggap kami berbelanja boros itu adalah satu PENIPUAN.. bayangkan kos SEKALI makan nasi goreng sahaja rm 5.. itu belum pun order air minuman...sewa rumah sebulan untuk seorang rm 250.. satu rumah kami kena bayar kepada tuan rumah sebanyak rm 1500..dan lain2 perkara lagi seperti bil internet, elektrik, telefon dan tambang auto @ tut2 ke bandar.. cuba nta fikir dan buat pengiraan secara teliti... secara kasar, kami hanya dapat menyimpan untuk tabungan masa depan lebih kurang rm 700 sebulan

kenyataan pihak kolej tidak menyediakan surau adalah TIDAK BENAR.. pihak kolej telah pun menyediakan surau di kediaman dan kolej.. hanya kesedaran pelajar diperlukan untuk mereka datang mengimarahkan surau.. Dan kami sedaya upaya mengajak rakan2 bersama2 mengimarahkannya... Alhamdulillah, usaha membuahkan hasil..

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk"

at-taubah,18

seperkara lagi..tentang masjid terletak jauh dari kolej kami adalah PEMBOHONGAN SEMATA2.. jika berjalan kaki untuk ke masjid hanya memakan masa 10 minit.. kalau kami menaiki auto hanya 3 minit sahaja ke masjid..Jadi, TIADA ALASAN UNTUK KAMI TIDAK PERGI KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT... ana benar2 musykil, dari mana nta dapat MAKLUMAT yang TIDAK BETUL tentang kami????... tindakan nta y terburu2 dan ENGGAN mendapat kepastian hanyalah memalukan diri nta dan parti nta sendiri...

kami pelajar2 KIMS BERBESAR HATI menerima kedatangan nta ke sini untuk melihat dan mengadili sendiri keadaan kami di sini..kenyataan nta yang tidak berasas merupakan satu tuduhan yang hanya menjatuhkan nama baik kami dan kolej.. justeru itu, kami mengharapkan nta membuat kenyataan MEMOHON MAAF kepada kami SECARA TERBUKA..

moga2 ramadhan kali ini tidak menjadi persengketaan antara kita umat islam...hamba Allah y inginkan kedamaian....

jika nta inginkan kepastian tentang kami, nta bolehlah menghubungi kami di email dibawah:

8 Comments:

Blogger Muhamamd Firdaus said...

Kenapa perlu begini reaksinya? Bukan kah memorandum itu bertujuan untuk meningkatkan mutu hidup pelajar juga? supaya pihak berwajib lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan mereka.

Kalau ada fakta yg silap sepatutnya kalian tolong bersama betulkan. Minta maaf dengan kalian pula? pelik tuntutan ini...jangan lah kebencian kita terhadap sesuatu kelompok menyebabkan kabur pandangan dalam menilai. Tindakan ini tidak mendatangkan apa apa keuntungan pun. Malah bakal menyebabkan pihak berwajib merasakan masalah2 ini telah selesai dan tidak perlu diteliti langsung.

12:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kita xkan terasa klau apa yg dikatakan x kena pada batang hidung kita sendiri...

saudara muhd firdaus dah bace kandungan memorandum??

sebangai pelajar KIMS kami cukup2 terasa...
kami disini sentiasa menjalinkan hubungan dgn saudara2 seislam kita di bumi bangalore ini...(para muslimat di kIMS akan mengikuti ceramah mingguan di sebuah pusat islam disini) tetapi dinyatakan dalam kami tiada tempat rujukan, tidak bersembahyang jumaat.. tidak bersembahyang jemaah... pergaulan bebas melampaui batas dan berbagai2 lagi..

memorandum dilihat seperti mempertikaikan cara kami mengamalkan islam di bumi bangalore dan telah betul2 menjatuhkan maruah kami...

suka saya disini menegur satu ayat didalam memorandum itu...

"pelajar melayu yang beragama islam dibawah tajaan MARA [kecuali seorang]"

saya cabar pihak berkenaan nyatakan siapa yg seorang itu...
disini kami semua MELAYU, ISLAM dan dibawah tajaan MARA.. tiada yg berkecuali walaupon seorang...

less talk more action....

dun be NATO = No Action Talk Only

2:08 PM

 
Anonymous Abu Abdullah Mubarak said...

Assalamualaikum wbt

Sebagai satu respons terhadap bantahan kepada memorandum yang dihantar DPPP kepada KPT berkenaan isu kebajikan pelajar di Rusia dan India, saya yang pernah turut tinggal mengaji di luar Negara dan mempunyai beberapa rakan yang masih mengaji di IMS, India merasa terpanggil untuk memberi respons. Saya melihat usaha DPPP sebagai satu usaha yang positif yang dibuat atas keprihatinan kepada kebajikan pelajar-pelajar Islam dari Malaysia tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Saya percaya aduan yang disampaikan kepada DPPP ada asasnya dan dibuat atas rasa prihatin terhadap kebajikan para pelajar di sana dan tidak dibuat berdasarkan niat jahat yang bertujuan menjatuhkan maruah para pelajar di IMS, India. Kemungkinan ialah perspektif yang berbeza di antara individu yang mengadu dan individu yang membantah. Yang mengadu melihat isu ini serius yang perlu diketengahkan dan yang membantah melihat ini hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan.

Saya sempat meneliti memo yang dipaparkan di blog Ust Nasrudin dan pertamanya saya ingin menegur sikap pihak yang menyatakan bantahan yang dilihat bersikap terlalu emosional hingga terlepas pandang isi kandungan memo dan fakta yang diberikan.

Ada 3 isu yang dipertikaikan di dalam bantahan yang dibuat terhadap memo itu dan di dalam satu isu yang dipersoalkan iaitu isu surau yang jauh dan tidak disediakan oleh pihak kolej. Di sini, pihak yang membantah telah melakukan satu kesalahan serius kerana di dalam memo itu, tiada isu surau tidak disediakan dan jauhnya jaraknya itu disentuh dalam perenggan berkaitan kebajikan pelajar di India, tetapi disentuh di dalam isu kebajikan pelajar di Rusia. Memo itu ditulis dengan memulakan isu dan kebajikan pelajar di Rusia dan kemudiannya baru mengulas permasalahan di India. Pembantah perlu lebih berhati-hati membaca dan meneliti memo yang disiarkan itu.

Berkenaan dua isu lagi, seperti yang saya katakan, ianya mungkin berpunca dari perpektif yang sangat berbeza. Dari maklumat yang diterima dari kawan saya yang turut belajar di IMS, India sana, isu pelajar Islam minum arak dan pergi ke pub adalah kejadian yang benar-benar berlaku. Ianya terjadi menurut sumber adalah kerana kebebasan yang tidak terkawal dan pengaruh kawan-kawan. Mungkin jumlahnya tidak ramai dan melibatkan segelintir sahaja pelajar tetapi saya melihat kemungkinan dari isu inilah dapat dilihat kepentingan tentang perlunya pegawai agama yang memantau kebajikan dan hal ehwal pelajar. Ini juga melibatkan juga isu pelajar keluar masuk rumah rakan yang berlainan jantina yang perlu sentiasa dipantau. Kerana itu saya menyokong hasrat memo yang menimbulkan isu ini.

Ketika saya belajar dahulu di luar Negara, perlakuan-perlakuan sumbang pelajar seperti bersekudukan dan minum arak ada berlaku dan bersama-sama MSD (Malaysia Student’s Department) dan ustaz yang ada di tempat saya, usaha-usaha mencegah kemungkaran ini dapat dijalankan dengan baik. Ini merupakan justifikasi yang baik untuk seorang pegawai agama di tempatkan di India untuk memantau hal ehwal pelajar di sana.

Tahniah juga pada yang membantah di atas usaha-usaha nahi mungkar yang telah dilakukan .Bagaimanapun, dengan sampainya isu ini kepada DPPP untuk diketengahkan, maka ia bermakna sesuatu masih perlu dilakukan termasuklah menyampaikannya keada pihak yang sewajarnya seperti KPT tidak kiralah melalui saluran mana pun, ie parti politik ataupun persatuan pelajar.

Berkenaan isu boros, perkara ini juga berlaku terutamanya apabila pelajar-pelajar mendapat jumlah ‘lump sum’ elaun saradiri untuk 3 bulan pertama. Dengan jumlah yang besar, maka pelajar-pelajar di tempat saya belajar dahulu menggunakan duit itu untuk membeli system Hi-Fi yang mahal harganya yang tiada kena mengena-ngena dengan keperluan pengajian. Ini adalah contoh keborosan yang memang berlaku. Saya tak pasti keborosan yang bagaimana yang dimaksudkan oleh pengadu di tempat pengadu dan pembantah tetapi kemungkinan adalah perkara yang hampir sama iaitu duit yang diterima tidak dimanfaatkan untuk pengajian tetapi lebih untuk membeli barang-barang yang tidak perlu.

Saya tidak nampak memo itu mempertikaikan cara pelajar-pelajar mengamalkan Islam di bumi bangalore cuma mengenengahkan beberapa persoalan yang perlu diambil perhatian serius yang mungkin melibatkan segelintir pelajar.

Ya, saya juga dimaklum oleh rakan-rakan tentang program-program keagamaan yang dilakukan. Saya rasa pihak DPPP juga maklum. Saya tidak nampak isu di situ.

Kepada yang membantah, di harap dapat melihat penghantaran memo ini dengan lebih terbuka dan bersikap rasional dan tidak emosional. Bersama-samalah kita melakukan kebajikan tidak kira bagaimana dalam memenuhi tuntuan beribadah dan menunaikan amanah sebagai khalifah di bumiNya dan bertolong-tolong melakukan kebaikan di samping bersangka baik dan menghargai kepada mereka yang melakukan kebaikan dan kebajikan. Jika ada sebarang kesilapan,mungkin ketidaktetapan fakta, saya yakin pihak DPPP dan Ustaz Nasrudin sentiasa terbuka untuk menerima teguran tetapi berakhlaklah dalam menegur.

Wassalam

Abu Abdullah Mubarak
Nilai

5:22 PM

 
Anonymous amnah hassan said...

mungkin pembantah terlepas pandang berkenaan hal surau ..

tetapi kalau dianalisa daripada memo yg ditulis oleh pihak ustaz nasarudin mengatakan mereka tidak menitik beratkan solat jumaat ...

pada hemat saya, pembantah membangkitkan soal jarak masjid adalah untuk menekankan bahawa mereka tidak pernah ketinggalan untuk pergi solat jumaat...

6:04 PM

 
Anonymous an-Najmi said...

Belajarlah menilai dengan mata hati. Bukan dengan amarah yang menguasai diri. Mudah2an Allah membuka pintu hati kita semua dalam menganalisa dan bertindak. Jadilah Muslim yang proaktif, bukan pasif mahupun reaktif...

11:50 PM

 
Anonymous senior@manipal said...

salam..
setiap perkara hendaklah disahkan terlebih dahulu, sebelum sebarang kenyataan/memorandum dibuat secara umum. perkhabaran dari sesetengah pihak secara mentah-mentah tidak boleh dijadikan asas, perlu disahkan terlebih dahulu.

muhd firdaus--> "Kalau ada fakta yg silap sepatutnya kalian tolong bersama betulkan. Minta maaf dengan kalian pula? pelik tuntutan ini..."

usahkan pelajar yang baru nak melangkah dewasa, orang dewasa juga akan terasa hati (atau mungkin melenting juga) seandainya ada pihak yang membuat kenyataan tidak tepat berkenaan dirinya.
sesiapa sahaja yang tersilap, harus meminta maaf, baik pihak yang membentang, mahupun yang membantah.

niat utk meningkatkan mutu hidup / akidah pelajar luar negara itu amat dipuji, dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Cuma, beberapa kenyataan yang tidak tepat dan boleh membawa kepada salah faham pembaca terhadap pihak terbabit, perlu dikaji semula.

sekian..

[senior@manipal]

12:35 AM

 
Anonymous Anonymous said...

apa yg saya juga ingin ketengahkan di sini ialah setiap benda yg ingin diketengahkan hendaklah berdasarkan fakta yg sahih. ini benda serius dan maklumat tidak boleh diambil mentah2 dr mulut ke mulut. ianya menjadi tanggungjwb pihak tuan utk mencari kesahihan sblm ianya ditayang..apatah lagi utk dijadikan memorandum kepada pihak menteri. niat utk meletakka pegawai agama itu tidak salah. bahkan ianya memang bagus. tp apa yg salah di sini ialah fakta yg digunakan adanya tidak sahih. sapa tak melenting . sebagai contohnya kiranya pihak anda dipaksa utk berjumpa mana2 ustaz utk mendapatkn nasihat setelah anda dituduh mencuri. berjumpa ustaz itu bagus..sapa taknak utk mendengar nasihat2 dan ajaran2 agama.tp apa yg salahnya ialah tuduhan mencuri itu tidak benar. di bulan mulia ini elakkanlah persengketaan kita sesama umat Islam.

2:40 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum wbt

saya adalah anonymous pertama...

hmm... perkara ini sudah berlarutan..
pertama.. saya tujukan kepada abu abdullah mubarak...

kami adalah KIMS bukan IMS... (kami bangga menjadi warga KIMS.. U milik penuh bumiputera islam melayu malaysia dibumi bangalore ini...

(dalam ayat saudara... 'saya pernah melanjutkan pengajian di luar negara... dan ada rakan yang masih lagi belajar di IMS...)

"pandangan peribadi saya"
seakan2 saudara ini sudah menamatkan UG saudara.. dah masih mempunyai rakan yang masih belajar di IMS <<-- insyaAllah bukan KIMS... kami adalah batch perintis aka 1st batch... jika tidak keberatan... datang la melawat rakan2 di IMS anda disini... insyaAllah selepas 21hb Oct kami pelajar KIMS ada sambutan raya.. (kami sedang bercuti skrg n majority of us balek malaysia).. saudara amatlah dijemput begitu jua saudara ustaz tantawi... buleh la kalian melihat sendiri bagaimana PERGAULAN TANPA BATASAN YG MELANGGAR HUKUM AGAMA antara pelajar lelaki dan perempuan KIMS...(sinis dari saya)

ataupun bersama BEBERAPA pelajar yg mendapat USD700 untuk meminum arak dan ke pub pada malam hari...(SEPERTI MANA yang dikatakan oleh RAKAN saudara ABU ABDULLAH MUBARAQ yang masih belajar di IMS dan bukan KIMS.. ini juga sinis)

akhirnya ada jua rakan SEISLAM yang paham apa yg cuba kami sampaikan.. walaubgaimana sibuk sekalipon kami tetap menunaikan solat.. FARDU dan JUMAAT... (WAJIB adalah WAJIB)

kami menyokong penuh jika ada kehadiran seorang ustaz yg dapat membantu kami disini dan pastikan elaun ustaz itu jua USD700<-- sepertimana selalu di'highlite' (mungkin pemahaman SEGELINTIR ORANG2 di malaysia bahawa ustaz2 di INDIA tidak arif mungkin kerna tidak belajar di iraq, kaherah mahupon al-azhar dan tidak layak menjadi rujukan)"ini adalah pendapat peribadi kerna untuk merujuk ustaz kami boleh ke masjid berdekatan apartment dgn hanya berjalan kaki"

semoga dengan keberkatan bulan ramadhan... kami pohon agak kita bersama2 berdoa agar kami dapat lulus dengan cemerlang 1st phase MBBS kami...semoga yang MAHA BERKUASA melindungi dan mengasihi kami kerna sepertiana dikatakan lecture kami adalah hindu dan kristian(seperti tiada isu laen untuk dibangkitkan) sedang kan kami ada seorang lecture biochem ISLAM dan seorang ex-lecture community medicine yg beragama ISLAM.. amin..

saya mohon maaf jika ada pihak yg terasa.. kerna bak kata muhamamd firdaus.. "Kalau ada fakta yg silap sepatutnya kalian tolong bersama betulkan"

saya tahu kerna mulut santan binasa....

[kecuali seorang] <<-- masih menunggu jawapan yg amat sukar dirungkaikan kerna hanya pembuat memorandum shj yg mengetahui.. pegawai dan pelajar KIMS sendri pon tidak mengetahui...

salam sinis dari saya...
semua saudara2 MELAYU beragama ISLAM tjaan MARA, JPA mahupon PRIVATE... cina dan india dijemput hadir dikediaman kami selepas 21hb.. insyaALLAH kami ada sambutan hari raya... INSYAALLAH...
(termasuk jua USTAZ TANTAWI dan ABU ABDULLAH MUBARAK=pernah melanjutkan pelajaran keluar negara.. mereka lebih arif dan berpengetahuan)

4:39 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home