" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, September 03, 2007

BERTENANGLAH WAHAI SAHABATKU

Sejak 3 atau 4 hari lepas saya dihujani dengan pelbagai bentuk soalan yang sama maksudnya dari orang yang kebanyakkannya saya tidak mengenali mereka . Saya ingat lebih 50 sms yang menerjah ruang inbox telefon bimbit saya. Sukar juga untuk melayan semua sms tersebut.

Semuanya gara - gara satu thread dari laman web tranungkite.net dibuka sebagai ruang forum dengan pembuka bicaranya oleh seorang yang menggunakan nickname agendarakyat secara jelas mengaitkan nama saya dalam topik yang diperbahaskan .

Peringkat awal saya agak hairan dan terperanjat dengan pelbagai soalan yang dikemukan kerana saya sendiri tidak tahu hujung pangkalnya sehingga seorang dari penghantar sms tersebut memberikan saya urlnya untuk saya rujuk .

Setelah saya merujuk thread tersebut , saya dapati perbahasan itu dibuka dengan topik yang agak keterlaluan dan mengaitkan nama saya secara jelas. Bahkan saya rasa tidak wajar nama saya dikaitkan malah saya hairan kenapa pula nama saya dikaitkan dengan topik tersebut ?

Lalu saya mengambil langkah menghubungi pihak webmaster dan berbincang dengan beliau lantas meminta beliau menutup thread tersebut kerana saya merasakan thread tersebut dibuka dengan maksud yang tidak baik terhadap Dr. Asri dan percubaan untuk melibatkan saya dalam pertelingkahan tersebut.

Pihak webmaster bersetuju untuk menutupnya dan saya sangat menghargai tindakan beliau walaupun saya tidaklah ahli lembaga pengarah TKO.

Namun begitu ada 2 persoalan yang timbul sejurus penutupan thread tersebut dan sekali lagi saya bagai diterjah bertubi kali dengan gaya mempertikai langkah yang saya ambil agar thread tersebut segera ditutup.

Apa yang boleh saya jelaskan di sini ialah 2 perkara :

Pertama : Hubungan saya dengan Dr. Asri

Sudah lama saya tidak menghubungi beliau dan sejak beliau menjadi mufti , beberapa kali saya cuba menghubunginya tetapi gagal . Missed call dan sms saya juga tidak berjawab. Mungkin salah nombor atau mungkin beliau tidak mahu saya mengganggu jadual ketatnya sebagai mufti. Wallahua'lam bissawab.

Tetapi sehingga kini saya tidak lagi meneruskan percubaan saya menghubunginya. Mungkin beliau terlalu besar untuk saya hubungi . Kali terakhir saya hubungi beliau ialah melalui sms dengan mengucap tahniah atas sikap dan langkah beliau terhadap isu masjid chinese. Sms itu juga tidak mendapat sebarang respon dari beliau .

Pun begitu , saya terus meletakkan beliau sebagai sahabat baik saya yang pernah sama - sama melalui kehidupan sebagai pelajar sewaktu beliau menuntut di Jordan dulu. Saya mengekalkan rasa persahabatan itu biarpun saya merasakan beliau mungkin marah dan berasa jengkel dengan beberapa tindakan saya untuk tidak bersetuju terhadap 2 atau 3 isu yang timbul berkait dengan pandangan beliau.

Saya akui dalam banyak perkara , saya berbeza pendapat dan pandangan dengan beliau , namun di sana ada perkara yang saya boleh menerima dan bersetuju dengan kenyataan atau penegasan beliau .

Saya mengambil sikap perbezaan pendapat antara saya dengan beliau tidak merosakkan persahabatan dan rasa hormat saya kepada beliau . Selama mana beliau masih berada di atas manhajnya sekarang . Kecuali beliau menyeleweng dari manhaj salafi atau menyertai UMNO. Saat itu ,( wali'yazubillah ) rasa hormat saya pasti lebur jatuh berantakkan .

Setakat beliau mengkritik PAS dengan kritikan yang pedas kadangkalanya , saya masih mampu sabar melayan dan menjawab kritikan tersebut bahkan pada keadaan tertentu , saya boleh menjadikan kritikan beliau itu sebagai bahan untuk menganalisa parti atau jamaah. Sebabnya , sesekali wajar juga kita introspect jamaah kita dengan menggunakan mata orang luar setelah jenuh kita menggunakan mata orang dalam .

Kedua : Kenapa saya minta thread tersebut ditutup .

Apabila saya menghubungi saudara webmaster agar menutup thread tersebut yang topiknya mengandungi ayat yang agak keterlaluan melampai adab perbezaan pendapat dan apa yang ketara ialah percubaan menggunakan nama saya .

Mungkin mereka yang telah membaca tajuk thread yang saya maksud ini
http://tranungkite.net/modules.php?name=Forum&file=viewtopic&t=5797&postdays=
0&postorder=asc&start=15

akan memahami kenapa saya segera meminta agar ianya ditutup .

Saya tidak bermaksud untuk menghalang ahli forum untuk terus berhujjah dan mengkritik Dr. Asri . Barangkali Dr. Asri wajar jua dikritik malah saya sendiri pernah mengkritik beliau dan saya juga tidak pernah menganggu puluhan bahkan ratusan thread sebelum ini yang mengkritik Dr. Asri.

Tetapi thread ini sangat berbeza dan saya rasa tidak wajar dijadikan satu bahan forum dalam laman web tranungkite yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Dungun . Justeru topik dan perbahasan dalam thread tersebut bukan topik yang boleh dibahas secara terbuka apabila membabitkan tuduhan yang memerlukan saksi dan pengadilan .

Saya sedikitpun tidak berhalangan jika perbahasan itu seputar masaalah perbezaan pandangan atau fikrah juga mungkin dalam hukum feqah dan sebagainya.

Saya tidak pernah memaksa webmaster untuk menutup thread tersebut dan tidak juga saya menggunakan jawatan saya lalu mengarahkan webmaster untuk bertindak . Saya hubungi beliau atau sifat sebagai seorang kawan dan sebaik sahaja saya nyatakan pandangan saya terhadap thread tersebut , saudara webmaster setuju dengan pandangan saya dan meminta maaf atas lepas pandang bagi pihak yang bertanggungjawab.

Ada pihak meminta saya berlaku adil agar saya tidak hanya meminta TKO menutup thread yang "menghentam/memfitnah" Dr. Asri tetapi beliau dan rakan - rakan beliau juga mesti diminta menutup segala fitnah yang lemparkan kepada PAS selama ini .

Fitnah kononnya PAS diresapi oleh fahaman syiah tanpa mengemukakan biarpun selampir bukti cuma , menjadi contoh bahawa fitnah seperti itu juga mesti diminta tutup dengan segera .

Saya juga berharap begitu . Mudah - mudahan langkah TKO memadam thread berbaur fitnah itu akan mengajar dan membentuk sikap mereka terhadap kita pula.

Andainya sikap mereka terhadap kita tidak pernah berubah , sebaliknya kekal dengan pelbagai fitnah dilemparkan , juga tidak membenarkan kita membalas fitnah dengan fitnah lantaran kita masih mempunyai ruang yang lebar untuk mendepani masaalah seperti ini.

11 Comments:

Blogger Best Way Of Life said...

Salafi is ok tetapi jika ia menimbulkan kebingungan dan khilaf di antara muslim malaysia yang telah mengamalkan fiqh syafie (tolak bid'ah dhalalah) ia sudah menjadi semakain kacau bilau.

a. Berkenaan masjid china, sepatutnya ia di bangunkan oleh PAS sebagai titik mula kerana gomen yang ada kini pasti tidak bersetuju kerana ia menjadi sumber dakwah bilhal dan boleh memenangkan PAS. Ini berlaku dlm satu satu Ijimak Pendakwah Kebangsaan suatu ketika dulu. Seorang mubaligh Cina Muslim yang mengutarakan pendapat tersebut tetapi lansung tiada respon dari seorang menteri yang berada di situ pada masa tersebut. So PAS perlu membina sebuah masjid Cina, imam Cina, Bilal China,Siak cina seni bina cina dan ia akan menjadi dakwah bilhal kpd non muslim dan menjana masa depan lebih gemilang utk islam di negara ini.

b. Pendakwah tersebut juga meminta gomen memberi modal bagi cina muslim berniaga tetapi juga menteri tersebut ignore je. Ini kerana mereka mempunyai roh islam tetapi dlm masa yg sama mempunyai skill bniaga cara cina. ini yang kita mahukan.PAS perlu mempelopori perkara ini selain membantu Muslim Melayu sendiri dlm bisnes, kerana ia adalah sumber kekuatan kita. Menjadikan cina muslim sbg peniaga akan memberi support kepada islam yang akan menjana ekonomi ummah dan secara tidak lansung menjadi medan dakwah kepada non muslim. Selamat berjuang, Islam will win!!!!

12:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

sebenarnya masjid tiga budaya dah ada di Kelantan. MAZA buka bagi idea baru, TG lebih advance.

12:53 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ikatan Teras Tamaddun Ummah

"Saya mengambil sikap perbezaan pendapat antara saya dengan beliau tidak merosakkan persahabatan dan rasa hormat saya kepada beliau . Selama mana beliau masih berada di atas manhajnya sekarang . Kecuali beliau menyeleweng dari manhaj salafi atau menyertai UMNO. Saat itu ,( wali'yazubillah ) rasa hormat saya pasti lebur jatuh berantakkan ."(artikel diatas)

Persoalan:
Salafi adalah jenama baru yang diketuai oleh Rasul dahri sila rujuk www.rasuldahri.com .Beliau lah yang mengecohkan keadaan dengan menerbitkan Hukum Mengkafirkan Pemerintah Islam Mengikut Manhaj SALAF.Dr Asri pada masa itu dengan lantang akan radd buku tersebut pada tahun 1998/99.Ketika itu di pulau pinang Astora vs Asri menjadi tajuk perbincangan. Sehingga sekarang Dr Asri tidak pernah menjawab buku tersebut malah menanggap penulis buku tersebut bodoh dan tidak memahami fiqhulwaqi'.Suasana sudah berubah rupanya, ketika Dr Asri menjilat semula kata2nya dengan mewar2kan beliaulah salafi tulin dan Rasul Dahri salafi khawarij.

Disebabkan MB perlis Shahidan mengambil buku tersebut sebagai senjata beliau menentang PAS maka Rasul Dahri mendapat tempat di negeri Perlis.Malah Rasul Dahri pernah ditawarkan menjadi mufti tetapi beliau menolak.Maka shahidan ketika itu sudah mula menunjukkan taringnya dengan mempertahankan salafi.Pada waktu ini Dr Asri mengambil kesempatan dari kekuatan salafi menjadi mufti dan menghina orang yang pertama menggerakkan salafi.

Malah yg peliknya salafi juga menjadi senjata kepada golongan anti wahhabi. Golongan ini juga sudah mula mengkedepankan salafi sebagai hujjah ketika berhadapan dengan salafi (Rasul dahri)

SAYA KATAKAN KEPADA ANDA SEMUA! PERCAYALAH ANDA AKAN GAGAL MENGHADAPI GOLONGAN SALAFI(RASUL DAHRI)KERANA BELIAU LEBIH MENGETAHUI APA ITU SALAFI DAN PENIPUAN2 KEATASNYA.DIKETIKA INI TENTULAH SALAFI(RASUL DAHRI)TERSENYUM MELIHAT GERAKAN MEREKA AKHIRNYA BERJAYA MENGEJUTKAN GOLONGAN PEJUANG AGAMA YANG SELAMA INI MENINGGALKAN MANHAJ SALAFI DIDALAM MENGERAKKAN DAKWAH ISLAMIAH.

Jangan melawat laman ini sekirannya anda tidak mempunyai kefahaman islam yang jelas(www.rasuldahri.com).Semoga Allah menjaga agama kita di Malaysia sehingga ke hari kiamat.Kepada mereka diperingkat kepimpinan mungkin sewajarnya menilai semula perkataan yang boleh memberi impak kepada gerakan kita selama ini.

3:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum

7:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Apa yang saya maksudkan dengan manhaj salafi ialah mereka yang berada di atas manhaj salafus soleh yang telah mendapat petunjuk dari Allah swt.

Selama mrk berada di atas manhaj tersebut , tanpa menyeleweng maka saya bersama mrk . Tetapi jika mereka menyeleweng , saya tidak dapat bersama mrk lagi .

7:22 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Islam Teras Tamaddun Ummah

Maafkan saya didalam memperkatakan perkara tersebut sebegitu rupa.Sebenarnya saya mengkagumi Ustaz dari beberapa sudut terutama didalam pengambilan ilmu , diketika kita menolak apa sahaja yang ada pada gerakan "wahhabi" Ust melihat dari sudut pandangan yang berlainan tanpa merasa takut dan bimbang.Jika dilihat sebenarnya gerakan rasuldahri telah memainkan peranan didalam persoalan negara terutama buku2nya berkeaan demonstrasi sehinggalah kenegaraan.Walaupun mereka golongan yang paling sedikit di malaysia disebabkan mereka menggunakan media buku sebagai landasan penyampaian maklumat akhirnya lambat laun memberi kesan kepada sesiapa sahaja didalam gerakan islam secara langsung atau tidak langsung.Malangnya gerakan islam mengambil sikap berdiam diri ketika berhadapan dengan golongan ini malah pengeluaran buku2 ilmiah berkenaan agama islam begitu kurang sekali.Pada ketika mereka kita cop sebagai golongan suka membawa perkara khilafiyyah, 10 tahun sudah berlalu mereka sudah menyiapkan hampir keseluruhan persoalan 2 agama dari wuduknya hingga lah ke negara.Teringatlah saya ketika PAS berhadapan dengan ARQAM yang mempunyai rangkaian perniagaan dan media yang canggih.Pada waktu itu boleh dikatakan ARQAM berasa bangga dengan kekauatanya ,malangnya kita lebih bersikap persemis menyebab idea2 yang baik hilang ditelan jerejak2 besi.

Pada saya apa sahaja buku kita boleh membaca hatta komunis sekalipun,yg penting kita mengadoptasikan keatas diri kita perkara2 yg tidak bertentangan dengan manhaj salafusoleh.Sekali lagi saya mengucapkan tahniah diatas keberanian Ustaz yang sanggup menghadapai dialam maya dengan memberi sesiapa sahaja komentar didalam blog ustaz.Pada waktu yang lain ustaz terlalu sibuk untuk memastikan dakwah islam terus mencapai standard yang terbaik agar golongan2 pemuda akan menjadi benteng paling ampuh didalam menghadapi suasana yang bercelaru ini.Kekuatan sebegini rupa bukanlah mudah ,Percayalah kalau sekiranya 'ANDA' berjuang kerana kepentingan diri maka penatlah anda dapat tetapi, saya percaya apa yg dilakukan oleh ustaz hanya semata2 mencari keridhaan Allah bukan keridhaan manusia.

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan badan yang berpanjangan disamping hidayah agar Ust dan kita semua terus berada dijalan para salafusoleh (salaf).
Rasulullah saw bersabda “Akan terus dikendong (dipelihara) ilmu agama ini dari setiap generasi oleh orang-orang yang adil (amanah), mereka sentiasa membasmi agama ini dari segala putar belit orang-orang yang melampau penyimpangannya, kedustaan orang-orang yang berdusta atas nama agama dan penafsiran orang-orang yang jahil”.

9:50 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salafi bukan untuk di dakwa bahawa ia miliki aku atau siapa ? . Tetapi salafi dalah manhaj yg disandarkan kpd manhaj salafussoleh untuk dilaksana dan diperjuangkan

7:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Kita juga mesti bijak mengenal pasti anta salafi ( yg ikut jejak berjuang golongan salafussoleh yg mendapat petunjuk ) dengan golongan mutasallif ( salafi jadian ) yang hanya mendakwa diri salafi tetapi buta erti perlaksanaan dan perjuangan salafussoleh

7:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Apabila kita menjejak manhaj salafussoleh , bukan bermakna kita menolak golongan khalaf .

Kita sewajarnya memahami bahawa kita melandasi manhaj perjuangan salafussoleh di era khalaf . justeru itu pelarasan salaf dan khalaf mesti ditangani dengan bijak , hikmah dan ikhlas untuk adden

7:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Berpaksi kpd agama yg satu , maka tiadalah perbedaan yg merosakkan syariat dan sunnah antara salaf dan khalaf .

yang merosakkan ialah golongan mutasallif dan mutakhallif .

Selamat berjuang buat sahabat semua . Terima kasih atas sokongan kalian mudah - mudahan diri ini terus thabat dan cekal mendepani segala tahaddiyat dalam perjuangan suci ini.

7:35 PM

 
Blogger Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Jadilah salafi yg sebenar.

berjuang dgn ikhlas.

berhubungan dgn pemerintah dgn sebaik-baiknya. menurut jalan dan petunjuknya as-Sunnah.

Semua insan/kelompok manusia, boleh sahaja mendakwa mereka itu Islam, ahlus sunnah atau malahan salafi... namun hakikatnya, apakah standardize yg sebenar dalam berpegang kpd manhaj/tali salafi/ahlus sunnah yg tulen?

oleh itu, saya dgn suka nya, mengajak sahabat2 sekalian... yg mana kita sama-sama mencintai Islam, ayuh kita perteguhkan kefahaman kita terhadap aqeedah yg tulen...

dalam hal ini, saya bersama sahabat2 terdekat telah mula mengonlinekan pengisian2 asas ttg info aqeedah.

boleh dirujuk di http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

diharap, perjuangannya kita mengekkan kalimah Allah yg haq akan terus disemarakkan dngan kaedahnya yg benar... selaras slogan mencintai Rasulullah dan berpegang pada manhaj yg saheh.

Diserukan setiap rasul itu adalah utk menyerukan kita mengesakan Allah:


يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

"Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain Nya" (al-A’raaf (7): 59, 65, 73, 85)

وَإِبْرَاهِيمَ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (١٦)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadanya; Yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan Yang baik dari Yang buruk). (al-Ankabut (29): 16)

Dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.:

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (١١)

Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadanya; (az-Zumar (39): 11)

Kewajiban awal bagi setiap mukallaf adalah bersaksi laa ilaaha illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan allah), serta mengamalkannya. Allah s.w.t. berfirman:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ (١٩)

Oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat). (Muhammad (47): 19)

Allahu a'lam...

10:03 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home