" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, August 17, 2007

Surat Terbuka
untuk YB-YB Ustaz UMNO Pahang Darul Makmur

Syed Azzam Al Baladi

Tulisan ini ditujukan khusus kepada YB-YB UMNO negeri Pahang yang berkelulusan agama, serta semua ustaz dan ustazah di Pahang yang cenderung menjunjung wadah UMNO. YB Wan Iqbal Afzan, YB Ahmad Jaafar, YB. Dato' Haji Ahmad Munawar bin Abdul Jalil, YB. Dato' Redzwan bin Harun, YB. Tuan Haji Mohamad Sahfri bin Ab. Aziz dan YB. Haji Shafik Fauzan bin Sharif, semuanya adalah lepasan sekolah agama.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah hasil pengamatan saya terhadap situasi yang melanda masyarakat di Pahang khususnya. Bersempena dengan kesibukan kita bersedia menyambut hari memperingati kemerdekaan adalah wajar bagi kita menekuni hasil tuaian kemerdekaan yang telah dicapai semenjak 50 tahun yang lampau. Apa yang berlaku juga adalah merupakan hasil tuaian pemerintahan UMNO yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Gelagat remaja...tuan-tuan sekelian apakah kita tidak rasa bimbang melihat tingkah laku anak-anak muda yang sudah berani berpegangan tangan, berpakaian seksi, berpelukan di taman-taman bunga malah ada yang bercumbuan di tengah khalayak ramai.


Lihatlah di pusat-pusat membeli belah, gelagat anak muda amat mencemaskan kita, ada anak gadis yang sudah berani berpakaian menampakkan lurah buah dada, mendedahkan sebahagian perut kemudian diiringi lelaki-lelaki yang mungkin penagih dadah.


Gelagat anak muda ini seolah-olah tidak langsung diambil hirau oleh ustaz-ustaz dan pegawai-pegawai agama di Jabatan agama Islam sedangkan ia amat bercanggah dengan enakmen yang melarang perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai. Yang lebih menyedihkan lagi para YB yang berkelulusan agama di negeri Pahang adalah ramai tetapi entah apa yang mereka perjuangkan di dalam UMNO.


Yang jelas kelibat mereka hanya nampak ketika hadirnya pemimpin-pemimpin besar UMNO ke kawasan mereka. Dan mereka hanya menjadi riuh rendah apabila pembangkang membuat ceramah di kawasan mereka. Sedangkan keruntuhan nilai di kalangan masyarakat tidak langsung diambil hirau malah di dalam dewan perkara ini disentuh hanya melepaskan batuk ditangga.


Lebih memilukan apabila YB-YB Ustaz ini kecut perut apabila disergah oleh YB bukan Islam yang senior. Kepada YB-YB ini sewajarnya tuan-tuan bersatu tenaga menjadi pendesak kepada kerajaan agar memastikan syariat Allah Taala benar-benar terpelihara. Janganlah berasa bimbang dengan wakil rakyat bukan Islam yang terasa hati dengan apa yang diutarakan.


Di Kuantan, penjualan arak, lesen judi, pelacuran, disko dan pesta hiburan nampak tidak berkurangan dengan kehadiran wakil-wakil rakyat bertaraf ustaz dalam kerajaan. Cuba YB-YB lihat peratusan Jenayah yang semakin meningkat di negeri Pahang! Menurut laporan Berita Harian pada 26 Julai 2007 negeri Pahang mencatat peningkatan jenayah tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 118% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.


Meskipun akhbar Sinar Harian mendakwa maksiat di Pahang menurun, namun apabila dirujuk kepada pegawai di jabatan agama mereka mengakui kadar maksiat menurun kerana kurang tangkapan akbiat pegawai penguatkuasa di setiap daerah hanya seorang!

Lihat pula kedai-kedai menjual arak yang seolah-olah sudah tiada kuasa lagi menahannya. Meskipun didakwa ia dijual kepada orang kafir sama ada China, Hindu atau Kristian, namun kebebasan menjualnya seolah-olah kita bukan lagi berada di sebuah negara milik umat Islam dan milik orang Melayu. Boleh dikatakan semua pasaraya di Kuantan khususnya menjual arak dan termasuklah kedai Seven Eleven yang terletak di kawasan 99% orang Islam pun turut mempromosikan arak.

Malah majoriti yang membelinya jika diteliti adalah anak-anak muda Islam dan Melayu. Lihat sahaja di Pulau Tioman! Sehingga kini saya masih belum faham kenapa kerajaan negeri begitu mempertahankan bumi suci Tioman menjadi pusat penjualan arak sedangkan tiada lansung orang kafir yang menginap di sana.

Apa agaknya peranan YB Rompin yang kononnya bila berbicara sentiasa selitkan mesej-mesj agama? Menantu pulak tu Tuan Kadi Rompin. Ini belum lagi kita ceritakan apa yang wujud di hotel-hotel bertaraf empat dan lima bintang yang menjual arak tanpa sebarang sekatan malah dipamerkan di ruang yang terbuka.

Kepada YB-YB UMNO lulusan agama! Apakah saudara tidak nampak betapa negeri Pahang semakin rancak dihujani dengan kehadiran konsert dan pesta hiburan yang telah terbukti membawa kehancuran kepada rakyat kita? Kalau dibilang dengan jari anugerah industri hiburan dan pesta hiburan di negara kita mencecah jumlah yang banyak setiap tahun.

Antaranya Anugerah Era, Anugerah Berita Harian, Anugerah Industri Muzik, Akademi Fantasia, Juara Lagu, Juara Lagu Klasik, Bintang RTM, Bintang Kecil, Gangstaz, Mystaz, Malaysia Idol, Fiesta Malaysia Idola, Konsert Jom Heboh dan paling terkini ialah Bintang Orang Kurang Upaya yang dipelopori oleh Media Prima melalui TV9.

Ini belum dikira dengan pertandingan karaoke yang dianjurkan oleh Umno cawangan atau JKK sempena dengan bulan kemerdekaan dan majlis-majlis tertentu. Cuba YB-YB nyatakan apakah kebaikan yang boleh dihasilkan melalui konsert-konsert seumpama ini? Kalau adapun, kebaikan tersebut pastinya akan ditelan oleh keburukan yang dibawa.

Lihatlah melalui pesta Jom Heboh TV3 baru-baru di bandar Kuantan (atau nama baru Perkampungan Hadhari).

Melihat permulaannya pada petang Jumaat kita rasa bersemangat melihat Ustaz jabatan agama Islam Pahang bercelotah panjang lebar tentang Islam. Namun sekelumit nilai murni yang di ketengahkan dihancurkan oleh konsert penamat Jom heboh yang disertai oleh artis-artis berambut panjang, berpakaian tetapi telanjang dan menyanyikan lagi yang lansung tiada nilai mendidik manusia malah mengajak kepada perlakuan maksiat.

Apakah YB-YB UMNO berpendidikan agama sudah menganggap ianya halal kerana Islam Hadari menghalalkannya?

Ya! Tidak dinafikan bahawa ada juga program keagamaan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan pejabat MB. Namun ia seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Dr Yusof al-Qardhawi umpama seorang yang sedang membina sebuah bangunan dan dalam masa yang sama terdapat seribu orang yang sedang meruntuhkannya. Bilakah bangunan akan siap?

YB-YB Ustaz Umno! Apakah masih belum sedar bahawa tanah yang menjadi milik orang Melayu Islam sudah semakin mengecil, seperti di Jerantut, Raub, Bentong, Lipis dan di Kuantan sendiri? Apakah kita masih membiarkan golongan bangsa lain memperkotak katikkan kita dengan pujukan dan kata-kata manis sedangkan hak-hak orang Melayu terus terhakis? Apakah YB-YB ustaz tidak sedar atau amat takut untuk bersuara?

Di peringkat awal kemenangan YB-YB dahulu, saya masih ingat laungan penuh bersemangat untuk membudayakan Islam di kawasan masing-masing. Bermacam-macam idea di ketengahkan. Halaqah Quran untuk belia, Majlis ilmu untuk rakyat, bantuan kepada golongan miskin dan hinggakan YB-YB berhasrat untuk membudayakan Islam dalam pemerintahan di negeri Pahang melalui perjuangan di sidang dewan undangan negeri Pahang.

Namun apa yang dapat dilihat sekarang, nampaknya YB-YB Ustaz Umno terus melutut di bawah kepimpinan PM dan TPM yang beristerikan wanita-wanita peneraju pemikiran Islam Liberal dan Sisters In Islam!

Nasihat saya, kembalilah kepada perjuangan asal wahai YB-YB Ustaz Umno! Semasa belajar dahulu YB-YB Ustaz semuanya adalah pendokong fikrah Islam yang tulin dengan menghayati pemikiran As-Syahid Hassan Al-Banna, Syed Qutb, Al-Qardhawi dan ulama-ulama tanahair.

Namun entah apa yang dikejar hinggakan saudara-saudara YB termakan dengan kilauan janji manis pemimpin-pemimpin Umno. Hinggakan hari ini saudara-saudara sudah mula pandai berbelanja besar, berbohong dan menyembunyikan kebenaran!

Sedarilah bahawa saudara-saudara dipilih menjadi wakil rakyat hanya untuk menghalang kebangkitan golongan ulama dan aktivis Islam di kawasan saudara sahaja.

Muhasabahlah diri! Selepas menang apakah agenda Islam yang dapat dilaksanakan di kawasan masing-masing?

Inilah hakikat perjuangan Umno. Anwar Ibrahim telah membuktikan bahawa memperjuangkan Islam melalui Umno umpama anjing menyalak bukit sahaja.

5 Comments:

Blogger adik_ustaz said...

Assalamualaikum wrbt.

Ana berpandangan mungkin sama dengan ramai ahli PAS yang lain iaitu, apabila seseorang ahli agama terlibat dengan UMNO, maka automatik nya lah dia akan terjebak dengan kedangkalan yang ada dalam pemikiran pemimpin UMNO. Menikus di dalam parti itu sebab adanya ugutan dan juga sogokan material membuatkan ustaz dan ustazah UMNO tutup mata dengan kebobrokan ummah di sekeliling mereka. Bukan tak nampak, tapi kalau tegas takut jadi macam Dato' Ishak Baharom pulak, kena 'gam' macam Ustaz Ismail Kamus dan macam-macam lagi ugutan akan diterima sekiranya lantang sangat menegur. Sedangkan DSAI sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO yang dulunya amat tegas dalam memberi teguran dalam bab agama pun dicantas sebegitu senang...inikan pula ahli agama yang hanya duduk di bawah, jadi kuli UMNO...nak cakap tentang agama kena tapis dulu baru boleh disebar di khalayak ramai...ana nak termuntah melihat adegan ustaz dan ustazah UMNO dan juga ahlinya yang berkelulusan agama. Buat penat saja ke Mesir, Madinah, Syria dan pelbagai lagi negara Islam yang boleh sambung belajar di sana..tapi balik ke Malaysia...jadi macam budak darjah 6! Buang duit buang tenaga...inilah ahli agama yang bakal menempah tempat dalam neraka Allah S.W.T.

10:49 AM

 
Anonymous Islah said...

Saya sarankan, tuan pimpin pemuda pemuda di belakang tuan, pi benteras semua gejala itu dengan memberi ingatan kepada pelaku tersebut. sebagai lamak, tuan kena ingatkan mereka dengan lidah teguran, dan x akan sampai matlamat penyampaian tersebut kalau tuan hanya menghantar surat terbuka kepada pimpinan amno atau sekadar berceramah dikalangan ahli sahaja. ini la tugas pemuda.. kena teruskan perjuangan daqwah didalam masyarakat..wallahhua'lam

3:39 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Dulu mereka buat buku hukum mengkafirkan pemerintah islam,kita kata biarkan kemudian sikap ahli sunnah wal jemaah terhadap pemerintah islam pun macam itu sikap kita.Entah2 dia tengah siapkan malaysia negara islam baru nganga kita dibuatnya.Harap ada yang pakar pi kat laman mereka rasuldahri.com

5:14 PM

 
Anonymous Anonymous said...

BERJAGA-JAGA DENGAN AHKAM
Ketika ahkam mula ditubuhkan sehinggalah saat sebelum DR ASRI menjadi Mufti boleh dikatakan laman inilah bermulanya episod sebuah perjuagan.Apabila saya membaca penulisan ini sehingga ke akhir begitulah yang terjadi kepada DR MAZA.Sehingga ke saat ini solah-olah mereka bersama kita.Apabila UMNO memperkatakan negara islam beliau dengan keangkuhanya berkata malaysia sebuah negara islam.Meluat saya meihat group PAS yang ada di ahkam bercakap seolah-olah membenarkan bahawa ahkam bersama mereka tetapi sebaliknya cukup takut pada Zain ys kalau2 beliau akan dibanned.Kebebasan bersuara yang dikatakan di ahkam sebenarnya sudah tiada lagi masing2 menjaga diri takut2 di banned.Sekiranya suruh kutuk rasuldahri mereka pakat ramai2 kutuk kalau sekiranya dikritik dengan suara yang amat lembut terhadap kenyataana Dr Asri tentang negara islam bersuaralah panel2 ahkam maka tertutuplah mulut mereka.Saya yakin apabila DR MAZA ditamatkan perkhidmatan sebagai mufti maka berlumba-lumbalah atas nama episod sebuah perjuagan bersama PAS kembali..Berjaga-jaga dengan group ini!.Mereka hanya ingin menjaga kepentingan sahaja.Kalau tidak percaya pada kata2 saya ust masukkan cerita negara islam atau islam hadhari ke ahkam atau cari balik forum2 yang lepas itu pun kalau Zain ys tidak membuangnya kerana baru2 ini mereka delete forum berkenaan DR MAZA dengan Dato'Sri Najib bergambar semasa pilihanraya di Machap.Sayang di forum itu kita boleh melihat mereka cukup rasa bangga melihat guru mereka bersama pimpinan UMNO seolah-olah mereka akan mendapat durian runtuh.Tak tahulah ust perjuangan ini penuh liku dan cabaran.Ketika kepercayaan kita berikan pada mereka hanya kerana setitik kemewahan yang tak ada nilai mereka gagal menghadapinya, malah penulisan membongkar penipuannya ditakuti merosakkan perjuagan ketika hampirnya pilihanraya.Persoalannya sipakah yang merosakkan?Siapakah yang membantu perjuagan UMNO.........Negara Islam isu yang tidak pernah habis......??????

10:21 AM

 
Anonymous Anonymous said...

WAN IQBAL PENIPU BESAR.REMBAT DUIT ORANG PAKAI TOPENG AGAMA

11:33 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home