Adil Kepada Diri , Adil Jua Kepada Yang Lain .
Keadilan merupakan tuntutan yang bersifat prinsipal dalam sosial ummat manusia. Tiada siapa yang mahu diri mereka dizalimi , difitnah dan dicabul hak serta harga diri mereka. Apa pun keadaan , setiap individu insan mahu dirinya diadili seadil – adilnya.
Ironisnya , berbicara soal keadilan sering difahami oleh kebanyakkan bahawa ia membawa maksud keputusan dan penilaian yang baik dan positif . Namun mestilah diinsafi bahawa penilaian secara adil juga boleh membawa keputusan yang buruk dan negatif.
Memaksa sesuatu penilaian agar berakhir dengan keputusan yang positif di atas nama "keadilan" adalah suatu yang tidak adil .
Menilai secara adil terhadap seorang yang baik agama dan syakhsiyyahnya pastilah akan berakhir dengan nilaian yang baik dan positif ( itulah keadilannya ) , demikian pula menilai secara adil terhadap seorang yang buruk agama dan syakhsiyyahnya pastilah akan berakhir dengan nilaian yang buruk dan negatif ( itulah keadilannya ).
Sangat Tidak Adil .
Juga malang , terlalu ramai yang menuntut keadilan tetapi gagal dalam memberi keadilan kepada pihak yang lain. Fenomena ini meletakkan sebahagian dikalangan kita tidak berlaku adil sekalipun disaat mereka menuntut keadilan .
Kita sering meminta agar diri dinilai dengan adil oleh orang lain , tetapi kita sendiri tidak mampu berlaku adil terhadap orang lain . Malah kita bijak berhujjah agar orang berlaku adil terhadap kita serta menilai secara positif apa yang kita lakukan , sedang kita pula secara sedar dan sengaja meletakkan diri dalam suasana yang mengundang fitnah dan pra sangka buruk.
Firman Allah swt :
أتأمرون الناس بالبر و تنسون أنفسكم و أنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون
44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
( al Baqarah : 44 )
Sangat tidak adil apabila kita meminta orang menilai kita dengan adil tetapi kita sendiri hanya menilai orang lain termasuk pihak yang menilai diri kita dengan sebelah mata bahkan dipengaruhi pula oleh sentimen peribadi .
Demikian jua sangat tidak adil apabila kita berhujjah dengan pelbagai dalil dan nas agar orang menilai kita dengan seadilnya lalu memberi keputusan dan nilaian yang positif tetapi kita tidak berjaya meletakkan diri kita dalam satu kedudukan yang layak untuk diadili secara positif.
Apabila nilaian negatif dilemparkan , kita pantas menganggap kita tidak diadili dengan adil .
Fakta dan Andaian ( kemungkinan )
Dua perkara yang sering menjadi stigma dalam menilai . Malah kedua – duanya mempunyai pengaruh besar dalam membuat keputusan dan penilaian . Selain fakta , terlalu banyak perkara yang hanya dinilai serta diputuskan melalui "kemungkinan" dan kadangkala ianya diiktiraf .
Namun apa yang pasti , suatu yang dinilai dan diputuskan secara "kemungkinan" terdedah kepada pertikaian dan perdebatan yang panjang . ( sekalipun penilaian terhadapnya telah diputuskan.)
Kita mungkin tidak menghadapi banyak masaalah dan persoalan dalam perkara yang dinilai dan diputus berasaskan fakta yang kukuh dan sohih . Sebaliknya yang memberi kesan besar dalam sistem nilai apabila ia hanya berasaskan andaian atau kemungkinan .
Prinsip umum bagi proses nilaian adil dalam perkara yang berkait dengan andaian atau kemungkinan ialah sebagaimana yang diputuskan oleh syara' ( surah al Hujurat : 6 ) :
يا ايها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبإٍ فتبينوا
أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين
6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.
Tabayyun ( penyelidikkan ) adalah suatu yang diwajibkan oleh syara' terhadap berita dan maklumat yang diperolehi dari manusia yang fasik iaitu manusia yang mengekali dosa dan sering menipu dalam perkhabaran dan penyebaran maklumatnya .
Sekalipun maklumat tersebut dilihat secara zahirnya benar , penyelidikkan ( tabayyun ) mesti dilakukan kerana status kredebiliti penyampai maklumat yang fasik sangat dipertikai oleh syara' . Setelah ianya didapati benar selepas tabayyun , barulah maklumat itu diangkat sebagai satu nilaian .
Sementara maklumat yang diperolehi dari manusia yang adil iaitu manusia yang soleh dan bertaqwa kepada Allah , ianya diizinkan oleh syara' untuk diterima meskipun maklumat tersebut masih mempunyai kebarangkalian tidak benar . Ini adalah kerana status kredebiliti penyampai maklumat sangat dipercayai .
Kredebiliti Pembekal Maklumat dan Kualiti Maklumat .
Maka isu di sini yang ingin saya ketengahkan selepas menyetuh mengenai sistem nilai ialah status kredebiliti penyampai dan pembekal maklumat sebelum ia memasuki makmal penilai .
Status kredebiliti penyampai atau pembekal maklumat menentukan gred fakta dan andaian dalam sistematika penilaian adil . Pun begitu , kualiti maklumat tetap menjadi asas utama penilaian sebagaimana yang diajar oleh Saidina Ali karramallahuwajhah :
أنظر إلى ما قال و لا تنظر إلى من قال .
Lihatlah kepada apa yang diucapkan dan jangan kamu lihat kepada siapa yang berucap.
( Konsep ini berasaskan sikap yang diambil oleh nabi saw yang membenarkan kelebihan dan keutamaan ayat kursi yang diajar oleh jin Ifrit kepada seorang sahabat Rha. )
Pembekal maklumat yang berkredebiliti dan maklumat yang berkualiti pula menjadi sendi kepada nilaian bahkan keputusan yang adil .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home