" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, October 11, 2007

KEMBARA RAMADHAN
KENANGAN YANG MENGINSAFKAN


Ramadhan menjadikan Dewan Pemuda PAS yang diterajui oleh Yb. Salahudin Ayub kian aktif dengan pelbagai aktiviti termasuklah mengadakan sessi perbincangan dua hala dengan pelbagai pihak demi menjaga kepentingan agam a , bangsa , bahasa dan tanahair.

( Gambar di atas adalah sessi dialog DPP Pusat
dengan Persatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka.)


Majlis berbuka puasa bersama artis .
Kelihatan dalam gambar di atas ialah Ameng .


Ramadhan tahun ini adalah detik paling bersejarah bagi diriku apabila berjaya mengislamkan seorang insan yang ingin mengabdikan diri kepada Allah swt. Nama barunya Iskandar dan itu adalah nama pilihan beliau sendiri.

Semoga beliau menjadi seorang muslim yang baik dan terus istiqamah dengan amal islami malah saya doakan agar beliau memperolehi ketenangan dan kedamaian yang beliau cari selama ini.

( Gambar di atas : Saudara baru , Iskandar sedang tekun mendalami pengertian syahadah sebelum ia melafazkannya sebagai seorang muslim . )


Sungguhpun Ramadhan adalah bulan mulia bagi ummat Islam , ini tidak bermakna ia hanya menjadi milik orang - orang melayu dan mereka yang beragama Islam sahaja . Ternyata rahmat Allah mampu dirasai oleh seluruh insan termasuk warga Tiong Hua ini.

( Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Lajnah Perpaduan Nasianalnya
mengagihkan Kek Bulan sempena Moon Cake Festival )

Majlis berbuka puasa di rumah orang miskin di Parlimen Jerai anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai. Satu majlis yang cukup untuk menghadhirkan rasa insaf dalam sanubari ini setelah mengamati kesusahan yang dialami sebahagian ummat Islam dalam negara kita biar pun telah 50 tahun merdeka.

Perkongsian rasa ini tentu sahaja sedikit membahagiakan keluarga susah ini , namun berat mata memandang pasti sahaja berat lagi bahu yang memikul .


Ramadhan sangat mengajar kita hidup dengan tidak melupakan mereka yang memerlukan. Apabila program seperti ini dianjurkan , kita yang turun menemui mereka sangat tersentuh hati menyaksi penderitaan mereka mengharungi pancaroba dan tekanan hidup yang kian ganas dewasa kini.

Syabas Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai dan saya percaya hampir disemua peringkat parti mengadakan majlis menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Langkah ini bukan sahaja mendekatkan PAS kepada masyarakat tetapi apa yang lebih penting ialah PAS berkewajipan dalam melaksanakan aktiviti kebajikan masyarakat justeru ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang diperjuangkan selama ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home