RESPON TERHADAP BANTAHAN KEPADA MEMO
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT.
Assalamualaikum wbt
Sebagai satu respons terhadap bantahan kepada memorandum yang dihantar DPPP kepada KPT berkenaan isu kebajikan pelajar di Rusia dan India, saya yang pernah turut tinggal mengaji di luar Negara dan mempunyai beberapa rakan yang masih mengaji di IMS, India merasa terpanggil untuk memberi respons.
Saya melihat usaha DPPP sebagai satu usaha yang positif yang dibuat atas keprihatinan kepada kebajikan pelajar-pelajar Islam dari Malaysia tidak kira di mana sahaja mereka berada. Saya percaya aduan yang disampaikan kepada DPPP ada asasnya dan dibuat atas rasa prihatin terhadap kebajikan para pelajar di sana dan tidak dibuat berdasarkan niat jahat yang bertujuan menjatuhkan maruah para pelajar di IMS, India.
Kemungkinan ialah perspektif yang berbeza di antara individu yang mengadu dan individu yang membantah. Yang mengadu melihat isu ini serius yang perlu diketengahkan dan yang membantah melihat ini hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan.
Saya sempat meneliti memo yang dipaparkan di blog Ust Nasrudin dan pertamanya saya ingin menegur sikap pihak yang menyatakan bantahan yang dilihat bersikap terlalu emosional hingga terlepas pandang isi kandungan memo dan fakta yang diberikan.Ada 3 isu yang dipertikaikan di dalam bantahan yang dibuat terhadap memo itu dan di dalam satu isu yang dipersoalkan iaitu isu surau yang jauh dan tidak disediakan oleh pihak kolej.
Di sini, pihak yang membantah telah melakukan satu kesalahan serius kerana di dalam memo itu, tidak ada isu surau yang tidak disediakan dan jauh jaraknya itu disentuh dalam perenggan berkaitan kebajikan pelajar di India, tetapi disentuh di dalam isu kebajikan pelajar di Rusia. Memo itu ditulis dengan memulakan isu dan kebajikan pelajar di Rusia dan kemudiannya baru mengulas permasalahan di India.
Pembantah perlu lebih berhati-hati membaca dan meneliti memo yang disiarkan itu.Berkenaan dua isu lagi, seperti yang saya katakan, ianya mungkin berpunca dari perpektif yang sangat berbeza. Dari maklumat yang diterima dari kawan saya yang turut belajar di IMS, India sana, isu pelajar Islam minum arak dan pergi ke pub adalah kejadian yang benar-benar berlaku. Ianya terjadi menurut sumber adalah kerana kebebasan yang tidak terkawal dan pengaruh kawan-kawan.
Mungkin jumlahnya tidak ramai dan melibatkan segelintir sahaja pelajar tetapi saya melihat kemungkinan dari isu inilah dapat dilihat kepentingan tentang perlunya pegawai agama yang memantau kebajikan dan hal ehwal pelajar. Ini juga melibatkan juga isu pelajar keluar masuk rumah rakan yang berlainan jantina yang perlu sentiasa dipantau. Kerana itu saya menyokong hasrat memo yang menimbulkan isu ini.
Ketika saya belajar dahulu di luar Negara, perlakuan-perlakuan sumbang pelajar seperti bersekudukan dan minum arak ada berlaku dan bersama-sama MSD (Malaysia Student’s Department) serta ustaz yang ada di tempat saya, usaha-usaha mencegah kemungkaran ini dapat dijalankan dengan baik.
Ini merupakan justifikasi yang baik untuk seorang pegawai agama di tempatkan di India untuk memantau hal ehwal pelajar di sana. Tahniah juga pada yang membantah di atas usaha-usaha nahi mungkar yang telah dilakukan .
Bagaimanapun, dengan sampainya isu ini kepada DPPP untuk diketengahkan, maka ia bermakna sesuatu masih perlu dilakukan termasuklah menyampaikannya kepada pihak yang sewajarnya seperti KPT tidak kiralah melalui saluran mana pun, ie parti politik ataupun persatuan pelajar.
Berkenaan isu boros, perkara ini juga berlaku terutamanya apabila pelajar-pelajar mendapat jumlah ‘lump sum’ elaun saradiri untuk 3 bulan pertama. Dengan jumlah yang besar, maka pelajar-pelajar di tempat saya belajar dahulu menggunakan duit itu untuk membeli system Hi-Fi yang mahal harganya yang tiada kena mengena-ngena dengan keperluan pengajian.
Ini adalah contoh keborosan yang memang berlaku. Saya tak pasti keborosan yang bagaimana yang dimaksudkan oleh pengadu di tempat pengadu dan pembantah tetapi kemungkinan adalah perkara yang hampir sama iaitu duit yang diterima tidak dimanfaatkan untuk pengajian tetapi lebih untuk membeli barang-barang yang tidak perlu.
Saya tidak nampak memo itu mempertikaikan cara pelajar-pelajar mengamalkan Islam di bumi bangalore cuma mengenengahkan beberapa persoalan yang perlu diambil perhatian serius yang mungkin melibatkan segelintir pelajar. Ya, saya juga dimaklum oleh rakan-rakan tentang program-program keagamaan yang dilakukan.
Saya rasa pihak DPPP juga maklum. Saya tidak nampak isu di situ. Kepada yang membantah, di harap dapat melihat penghantaran memo ini dengan lebih terbuka dan bersikap rasional dan tidak emosional.
Bersama-samalah kita melakukan kebajikan tidak kira bagaimana dalam memenuhi tuntuan beribadah dan menunaikan amanah sebagai khalifah di bumiNya dan bertolong-tolong melakukan kebaikan di samping bersangka baik dan menghargai kepada mereka yang melakukan kebaikan dan kebajikan.
Jika ada sebarang kesilapan,mungkin ketidaktetapan fakta, saya yakin pihak DPPP dan Ustaz Nasrudin sentiasa terbuka untuk menerima teguran tetapi berakhlaklah dalam menegur.
Wassalam
Abu Abdullah MubarakNilai
Dibawah adalah nas asal memo DPPP kepada KPT berkaitan student dari India.
KEADAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDIA
KIMS atau KUTPM International Medical School adalah milik penuh KUTPM Malaysia yang berpusat di Shah Alam. KIMS dibangunkan di India dengan usahasama GEF [Gokula Education Foundation]. Kampus KIMS terletak berhampiran dengan M.S Ramaiah Medical College di Bangalore, Karnataka, India. KIMS baru sahaja ditubuhkan dan pelajar Malaysia yang dihantar adalah perintis ataupun untuk kolej perubatan ini. Jumlah pelajar untuk pengambilan pertama ini ialah seramai 75 orang. Semuanya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan di bawah tajaan MARA [kecuali seorang].
Tenaga pengajar terdiri dari pensyarah-pensyarah yang beragama Islam dan juga yang beragama Hindu dan Kristian. Waktu pengajian ialah dari hari Isnin hingga Jumaat, seawal 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Pelajar-pelajar Malaysia mempunyai masa rehat yang cukup untuk solat Zohor dan solat Jumaat. Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka. Pertama, kesan daripada biasiswa sebanyak US700 yang mereka peroleh setiap bulan, pelajar-pelajar menjadi boros dalam berbelanja.
Selain itu, pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan tidak terkawal dan melanggar batas Agama. Pengisian Agama yang sangat kurang serta tidak diambil berat dan tiada tempat rujukan jika sebarang masalah timbul. Solat tidak dititikberatkan terutamanya Solat Jumaat dan solat berjemaah amnya. Terdapat sesetengah pelajar Malaysia yang mengunjungi kelab-kelab malam dengan bebas kerana tiadanya pemantauan daripada pihak kedutaan. Akibat daripada pelbagai masalah yang dinyatakan ini, pelajaran merosot dan masalah ponteng berleluasa.
Justeru, berdasarkan senario yang telah dimaklumkan di kedua-dua negara terbabit, maka kami mencadangkan perkara tersebut dipertimbangkan;
1. Pegawai hal ehwal Islam dilantik bagi para penuntut di Russia dan India dengan SEGERA bagi menjalankan fungsi-fungsi berikut :
i. Tempat pelajar-pelajar merujuk dan meminta nasihat dalam hal-hal keagamaan seperti fiqah dan masalah melakukan ibadah sebagai pelajar Islam;
ii. Membantu kedutaan Malaysia memastikan ruang-ruang ibadah seperti surau dapat diperolehi sama ada secara belian atau sewaan agar pelajar-pelajar selesa melakukan ibadah sama ada di universiti atau asrama / tempat tinggal; ( merujuk kpd isu di Russia sbb memo ini bersekali dengan maksud dan tujuan yg sama. Iaitu memohon penghantaran pegawai agama= perkataan dalam kurungan ini tiada dalam memo asal , tetapi ditulis disini utk tafsiran )
iii. Memberikan galakan pada pelajar mendalami agama supaya seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi dan tuntuan jasmani dan rohani;
iv. Menjadi penasihat kepada pelajar dan ibubapa pelajar bagi para pelajar yang ingin mendirikan rumahtangga
2. Menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah kebajikan para pelajar seperti masalah mendapatkan makanan halal dan penginapan yang sesuai bagi para pelajar.
Kami berharap agar kebajikan khususnya pengamalan dan penghayatan Islam di kalangan para penuntut Malaysia di luar negara khususnya di Russia dan India sentiasa dititikberat dan menjadi keutamaan Kementerian. Kami juga tidak mahu mereka nanti hanya pulang dengan segulung ijazah akademik semata-mata, tetapi juga menjadi manusia berjati diri dan memiliki sahsiah mithali seterusnya menyumbang kepada kemajuan umat dan negara.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah;
HJ. NASRUDIN BIN HASSAN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
85 Comments:
TALK LESS MORE ACTION...
that is the main thing that i want to highlite here....
no NATO plzz.... (No Action Talk Only)
KIMS, bangalore campus la pakcik...
not IMS india..
huhu.. kesilapan kecik kot
tp kalo mahkamah pakck dah kalah dah tuh.. cube memutar belit fakta.. hahhaha
4:55 AM
mungkin pembantah terlepas pandang berkenaan hal surau ..
tetapi kalau dianalisa daripada memo yg ditulis oleh pihak ustaz nasarudin mengatakan mereka tidak menitik beratkan solat jumaat ...
pada hemat saya, pembantah membangkitkan soal jarak masjid adalah untuk menekankan bahawa mereka tidak pernah ketinggalan untuk pergi solat jumaat...
8:16 AM
salam..
setiap perkara hendaklah disahkan terlebih dahulu, sebelum sebarang kenyataan/memorandum dibuat secara umum. perkhabaran dari sesetengah pihak secara mentah-mentah tidak boleh dijadikan asas, perlu disahkan terlebih dahulu.
muhd firdaus--> "Kalau ada fakta yg silap sepatutnya kalian tolong bersama betulkan. Minta maaf dengan kalian pula? pelik tuntutan ini..."
usahkan pelajar yang baru nak melangkah dewasa, orang dewasa juga akan terasa hati (atau mungkin melenting juga) seandainya ada pihak yang membuat kenyataan tidak tepat berkenaan dirinya.
sesiapa sahaja yang tersilap, harus meminta maaf, baik pihak yang membentang, mahupun yang membantah.
niat utk meningkatkan mutu hidup / akidah pelajar luar negara itu amat dipuji, dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Cuma, beberapa kenyataan yang tidak tepat dan boleh membawa kepada salah faham pembaca terhadap pihak terbabit, perlu dikaji semula.
sekian..
[senior@manipal]
8:19 AM
apa yg saya juga ingin ketengahkan di sini ialah setiap benda yg ingin diketengahkan hendaklah berdasarkan fakta yg sahih. ini benda serius dan maklumat tidak boleh diambil mentah2 dr mulut ke mulut. ianya menjadi tanggungjwb pihak tuan utk mencari kesahihan sblm ianya ditayang..apatah lagi utk dijadikan memorandum kepada pihak menteri. niat utk meletakka pegawai agama itu tidak salah. bahkan ianya memang bagus. tp apa yg salah di sini ialah fakta yg digunakan adanya tidak sahih. sapa tak melenting . sebagai contohnya kiranya pihak anda dipaksa utk berjumpa mana2 ustaz utk mendapatkn nasihat setelah anda dituduh mencuri. berjumpa ustaz itu bagus..sapa taknak utk mendengar nasihat2 dan ajaran2 agama.tp apa yg salahnya ialah tuduhan mencuri itu tidak benar. di bulan mulia ini elakkanlah persengketaan kita sesama umat Islam.
8:21 AM
hmm... perkara ini sudah berlarutan..
pertama.. saya tujukan kepada abu abdullah mubarak...
kami adalah KIMS bukan IMS... (kami bangga menjadi warga KIMS.. U milik penuh bumiputera islam melayu malaysia dibumi bangalore ini...
(dalam ayat saudara... 'saya pernah melanjutkan pengajian di luar negara... dan ada rakan yang masih lagi belajar di IMS...)
"pandangan peribadi saya"
seakan2 saudara ini sudah menamatkan UG saudara.. dah masih mempunyai rakan yang masih belajar di IMS <<-- insyaAllah bukan KIMS... kami adalah batch perintis aka 1st batch... jika tidak keberatan... datang la melawat rakan2 di IMS anda disini... insyaAllah selepas 21hb Oct kami pelajar KIMS ada sambutan raya.. (kami sedang bercuti skrg n majority of us balek malaysia).. saudara amatlah dijemput begitu jua saudara ustaz tantawi... buleh la kalian melihat sendiri bagaimana PERGAULAN TANPA BATASAN YG MELANGGAR HUKUM AGAMA antara pelajar lelaki dan perempuan KIMS...(sinis dari saya)
ataupun bersama BEBERAPA pelajar yg mendapat USD700 untuk meminum arak dan ke pub pada malam hari...(SEPERTI MANA yang dikatakan oleh RAKAN saudara ABU ABDULLAH MUBARAQ yang masih belajar di IMS dan bukan KIMS.. ini juga sinis)
akhirnya ada jua rakan SEISLAM yang paham apa yg cuba kami sampaikan.. walaubgaimana sibuk sekalipon kami tetap menunaikan solat.. FARDU dan JUMAAT... (WAJIB adalah WAJIB)
kami menyokong penuh jika ada kehadiran seorang ustaz yg dapat membantu kami disini dan pastikan elaun ustaz itu jua USD700<-- sepertimana selalu di'highlite' (mungkin pemahaman SEGELINTIR ORANG2 di malaysia bahawa ustaz2 di INDIA tidak arif mungkin kerna tidak belajar di iraq, kaherah mahupon al-azhar dan tidak layak menjadi rujukan)"ini adalah pendapat peribadi kerna untuk merujuk ustaz kami boleh ke masjid berdekatan apartment dgn hanya berjalan kaki"
semoga dengan keberkatan bulan ramadhan... kami pohon agak kita bersama2 berdoa agar kami dapat lulus dengan cemerlang 1st phase MBBS kami...semoga yang MAHA BERKUASA melindungi dan mengasihi kami kerna sepertiana dikatakan lecture kami adalah hindu dan kristian(seperti tiada isu laen untuk dibangkitkan) sedang kan kami ada seorang lecture biochem ISLAM dan seorang ex-lecture community medicine yg beragama ISLAM.. amin..
saya mohon maaf jika ada pihak yg terasa.. kerna bak kata muhamamd firdaus.. "Kalau ada fakta yg silap sepatutnya kalian tolong bersama betulkan"
saya tahu kerna mulut santan binasa....
[kecuali seorang] <<-- masih menunggu jawapan yg amat sukar dirungkaikan kerna hanya pembuat memorandum shj yg mengetahui.. pegawai dan pelajar KIMS sendri pon tidak mengetahui...
salam sinis dari saya...
semua saudara2 MELAYU beragama ISLAM tjaan MARA, JPA mahupon PRIVATE... cina dan india dijemput hadir dikediaman kami selepas 21hb.. insyaALLAH kami ada sambutan hari raya... INSYAALLAH...
(termasuk jua USTAZ TANTAWI dan ABU ABDULLAH MUBARAK=pernah melanjutkan pelajaran keluar negara.. mereka lebih arif dan berpengetahuan)
8:24 AM
figure of speech sahaja fr all previous comments.
siapa yg mkn cili die yg terasa pedasnya.
justifikasi emosi yg tidak praktikal langsung for facts analysis.if these were it,shameful for u guys out there
who are supposedly being called doctor-to-be.
semoga usaha ust mendapat redha allah.wassalam.
4:47 PM
bukan di india sahaja masalah ini berlaku..ttp di semua negara yg ada pelajar Malaysia, di jepun, di jerman, di peranchis..Bermakna semua negara pun perlukan pegawai agama dan pemantau dan juga surau..
5:01 PM
[ayamdemam said...
figure of speech sahaja fr all previous comments.
siapa yg mkn cili die yg terasa pedasnya.
justifikasi emosi yg tidak praktikal langsung for facts analysis.if these were it,shameful for u guys out there
who are supposedly being called doctor-to-be.]
usaha itu mulia, tetapi harus kena caranya..
lihatlah bagaimana pandangan pembaca lain terhadap pelajar2 perubatan di India..
Tahniah, ustaz..
1:31 AM
Tahniah buat ustaz Nasruddin dan DPPP atas usaha murni menyarankan untuk di tempatkan pegawai agama (MSD) di Bangalore, India. Semoga perkara ini menjadi realiti. Tiadanya pemantauan dari pihak bertanggungjawab meningkatkan lagi kebimbangan ibu bapa mengenai akhlak dan akidah anak mereka terutamanya yang berada di luar negara.
Setelah membaca memorandum, bantahan terhadap memorandum dan juga komen-komen daripada pengunjung web ustaz, saya terpanggil sama untuk melontarkan pendapat berdasarkan pengalaman di mana dua orang anak saya kini sedang belajar di India seorang di KIMS, Bangalore dan satu lagi di Kasturba, Manipal India dalam bidang perubatan dan pernah mengunjungi kedua-dua tempat berkenaan pada Mac 2007 yang lalu. Dalam situasi ini saya merasa amat sedih, kecewa, malu dan turut bersimpati dengan pelajar-pelajar KIMS yang pada realitinya tidak berlaku seperti yang ditulis dan digambarkan. Harapan saya menteri, IPTA atau pihak yang bertanggungjawab khususnya KUTPM semestinya mengambil tindakan yang wajar sebelum nasi menjadi bubur terhadap laman web yang terbabit.
Dalam mendepani isu ini, saya juga berkesempatan bertemu dengan dua orang anak kawan saya yang turut belajar di KIMS, India pada hari raya Idil Fitri lalu (13.10.2007). Peluang tersebut saya gunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan kepastian tentang situasi sebenar apa yang berlaku di samping ‘input’ dariapada anak saya sendiri dan pemerhatian saya selama seminggu semasa berada di hotel berdekatan KIMS malah pada setiap petang saya dan isteri sering mengunjungi kolej berkenaan. Sekarang ini semua pelajar ‘senior’ KIMS balik bercuti di Malaysia sempena tamat peperiksaan akhir tahun satu (semester 2), 2007 dari 29 September hingga 21 Oktober 2007.
Respons yang diberikan oleh ustaz dan saudara Abdullah Mubarak tidak tepat dan menyimpang daripada fakta sebenar tentang apa yang berlaku dan memalukan pihak kolej, pensyarah dan pelajar-pelajar yang kesemuanya pelajar Melayu beragama Islam berhubung dengan kandungan memorandum yang ditulis. Dalam kandungan memorandum mengambarkan betapa jeleknya pelajar-pelajar KIMS yang datang ke sana bukannya untuk mencari ilmu, mempertajamkan inlektual demi memartabatkan ketuanan Melayu, agama dan negara tetapi berfokuskan kepada keseronokan, lupakan agama (tidak solat) Jumaat dan lima waktu, kerap mengunjungi pub, minum arak, berdua-duaan lelaki perempuan tanpa batasan dan sebagainya. Persoalan saya tidakkah ustaz kagum yang mereka kesemuannya pelajar Melayu, berpakaian menutup aurat dan pergi ke surau atau masjid berdekatan bersembahayang jemaah?. Walau bagaimana pun tidak dinafikan ada seorang dua yang agak culas dengan sembahayang dan ada ‘kawan perempuan’ namun bilangannya sangat kecil dan tidak sampai ke tahap yang digambarkan ibaratkan untuk melihat kebaikan bukannya dilihat pada satu dua antah nasi seperiuk tetapi lihatlah pada nasi yang keseluruhannya memberi manfaat kepada manusia sejagat.
Rentetan daripada memorandum digambarkan kebanyakan pelajar KIMS boros berbelanja, menghabiskan wang membeli barang-barang yang tidak perlu dan mundar mandir tanpa ketahuan terutamanya pada hujung minggu. Saya percaya dan yakin semua pelajar yang dipilih memasuki KIMS adalah pelajar CEMERLANG, MATANG dan memiliki SAHSIAH TERPUJI sama ada pelajar tajaan JPA atau MARA yang tahu misi dan visi mereka dihantar ke sana. Jesteru tatasusila dan maruah sebagai seorang muslim masih tetap wujud dan utuh di sanubari mereka.
Kenyataan ustaz melebelkan wujud di kalangan pelajar KIMS yang suka berfoya-foya, sering mengunjungi pub, minum arak dan mengamalkan pergaulan bebas tidak boleh diterima dan tidak wujud sama sekali. Bagi saya mereka ini masih baru di sana (mendaftar September 2006) malah keluar ke bandar pun masih ada yang sesat. Tahukah saudara jadual pembelajaran seorang pelajar perubatan amat terhad, masa yang ada sebahagian besar dihabiskan di bilik-bilik kuliah, makmal dan perpustakaan, mengulangkaji pelajaran selain peperiksaan yang kerap diadakan mencakupi aspek teori dan amali yang semuanya perlu difahami dan dihafal?. Cubalah saudara muhasabah diri sendiri andainya saudara berada dalam situasi ini apakah yang saudara akan lakukan demi masa depan dan janganlah mudah mengikut emosi mengkritik, menfitnah, mencela tanpa kesahihan fakta dan elakkan daripada menjadikan diri saudara sebahagian daripada prilaku dan sifat orang-orang Yahudi dan Nasrani.
Berdasarkan penelitian saya, ustaz juga berkemungkinan tidak mengetahui secara tepat bilangan pelajar dan penaja KIMS, Bangalore India. Bilangan pelajar dahulu dan terkini seramai 75 orang yang kesemuannya Melayu dan beragama Islam dan ditaja sepenuhnya oleh JPA dan MARA. Tidak ada seorang pun pelajar bangsa lain kecuali Melayu dan bertentangan fakta dengan apa yang ditulis dan didakwa oleh ustaz dalam memorandum yang menyatakan ada seorang pelajar KIMS ambilan September 2006 bukan terdiri daipada bangsa Melayu. Saya syorkan kepada ustaz dapatkan sumber sebenar daripada pelbagai sumber sebelum membuat sesuatu kenyataan terutama melibatkan pelajar Melayu kerana pepatah mengatakan terlajak perahu dapat diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Saya sebagai salah seorang bapa kepada pelajar di KIMS amat mengalu-alukan sekirannya Kedutaan Pelajar Malaysia (MSD) di wujudkan di Bangalore seperti yang disarankan oleh ustaz. Ini kerana kedutaan di Chennai, India sekarang terletak jauh daripada pusat pengajian sama ada KIMS atau Kastuba Manipal malah kebanyakkan pelajar Malaysia di bumi India bertumpu di kawasan tengah dan bahagian selatan India dan Bangalore (lembah silikon) dijadikan pusat transit pelajar (Airport). Situasi ini sekirannya diaplikasikan akan memberi pelbagai fasilitis dan kebajikan pelajar akan lebih terurus di samping kerisauan dan kebimbangan ibu bapa terhadapa anak mereka akan dapat dikurangkan.
Harapan saya terutama kepada sesiapa yang membaca memorandum, bantahan kepada memorandum pelajar KIMS dan pemberi komen, janganlah kita mencari kesalahan mana-mana pihak. Berusahalah untuk memperbetulkan keadaan, bukannya mengeruhkan lagi situasi dengan mengutuk pihak terbabit tanpa sumber yang konkrit dan penyelidikan yang rapi berdasarkan instrument yang berwibawa bukannya dengar cakap-cakap ‘orang’, mencipta polimik atau kontroversi dan sebagainya. Walau pun sebelum ini kemungkinan penulis berhasrat atau bercita-cita untuk menjadi pegawai MSD atau tujuan kepentingan politik murahan tertentu namun ikutilah prosedur yang betul, ikhlaskan tekad dan usaha serta bersihkan hati dan perasaan. Berhati-hatilah dalam membuat kenyataan, kerana disebabkan mulut badan binasa, lidah tiada bertulang dan tergadai maruah bangsa dek kerana nafsu amarah yang tidak pernah berpuas hati melihat kejayaan orang lain dan mensyukuri nikmat Tuhan..
Dr Abd. Majid bin Sayuti
Kuala Lumpur.
s.k,:
1. Menteri Pengajian Tinggi, Putrajaya. .
2. Timbalan Censolar KUTPM, Bangalore, India
3. Pengarah KUTPM Shah Alam Selangor.
6:40 PM
eCU8zu The best blog you have!
4:58 PM
oLhOQV Nice Article.
1:27 AM
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
2:19 AM
Hello all!
3:04 AM
Nice Article.
4:02 AM
Nice Article.
5:06 AM
Please write anything else!
6:38 PM
Magnific!
11:16 PM
Magnific!
12:18 AM
Magnific!
1:21 AM
rywacf write more, thanks.
12:58 AM
Magnific!
11:57 AM
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
12:32 PM
Nice Article.
2:21 PM
Wonderful blog.
2:56 PM
Hello all!
3:30 PM
Good job!
4:30 PM
Thanks to author.
5:00 PM
Hello all!
5:38 PM
Hello all!
6:22 PM
Nice Article.
6:59 PM
Magnific!
7:30 PM
Good job!
8:01 PM
When there's a will, I want to be in it.
8:36 PM
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
9:15 PM
Thanks to author.
9:44 PM
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
10:11 PM
Hello all!
10:46 PM
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
11:17 PM
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
11:51 PM
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
12:22 AM
Thanks to author.
12:54 AM
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
1:26 AM
Lottery: A tax on people who are bad at math.
2:00 AM
If ignorance is bliss, you must be orgasmic.
2:44 AM
Nice Article.
3:23 AM
When there's a will, I want to be in it.
3:58 AM
Please write anything else!
4:33 AM
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
5:05 AM
Good job!
5:31 AM
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
5:57 AM
When there's a will, I want to be in it.
6:28 AM
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
6:56 AM
Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.
7:32 AM
Give me ambiguity or give me something else.
8:05 AM
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
8:42 AM
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
9:15 AM
Suicidal twin kills sister by mistake!
9:46 AM
Oops. My brain just hit a bad sector.
10:17 AM
A flashlight is a case for holding dead batteries.
10:52 AM
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
11:35 AM
Friends help you move. Real friends help you move bodies.
12:16 PM
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
12:49 PM
Lottery: A tax on people who are bad at math.
1:30 PM
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
2:03 PM
Calvin, we will not have an anatomically correct snowman!
2:36 PM
Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?
3:18 PM
A lot of people mistake a short memory for a clear conscience.
4:00 PM
Oops. My brain just hit a bad sector.
4:47 PM
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
5:32 PM
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
6:14 PM
When there's a will, I want to be in it.
6:55 PM
Hello all!
7:46 PM
Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.
8:40 PM
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
9:29 PM
Friends help you move. Real friends help you move bodies
10:08 PM
The gene pool could use a little chlorine.
11:26 PM
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
11:59 PM
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
12:40 AM
Please write anything else!
1:23 AM
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
2:04 AM
I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.
2:48 AM
actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.
3:41 AM
When there's a will, I want to be in it.
4:23 AM
That is very fascinating, You're a very professional blogger. I have joined your rss feed and sit up for in search of more of your wonderful post. Additionally, I've shared your site in my
social networks
Check out my site ... olinder
12:17 AM
Hmm is anyone else encountering problems with the images on this blog loading?
I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.
Any feedback would be greatly appreciated.
Also visit my webpage lazout
4:12 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home