" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, October 27, 2007

KETELUSAN MEDIA
DAN
SIFAT GENTLEMEN BARAT

Akhbar Daily Mirror telah pun meminta maaf kepada YAB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan pernyataan palsu mereka berhubung isu terrorist di London. Dalam laporan 1 Mei 2007 Daily Mirror telah mengaitkan Presiden PAS sebagai salah satu anggota berbahaya Al Qaeda yang dikehendaki oleh pihak Britain . Lebih buruk lagi beliau dikatakan sedang di penjara di Guantanamo Bay .

Selepas diwakili oleh firma Carter Ruck di London, Presiden PAS berjaya mendapat ‘keadilan’ dalam undang-undang tort yang dikelaskan dalam akta ‘defamation’ (fitnah) dan Daily Mirror sanggup membayar setengah juta kepada pihak Presiden PAS walaupun isu bayaran masih dalam tahap perbincangan.

Pihak Pemuda PAS memandang serius hal ketelusan media dan sikap gentlemen yang ditonjolkan oleh rakyat dan mahkamah Britain yang suatu ketika dahulu pernah menjajah tanahair kita. Bagaimana pula sikap ‘anak didik’ British yang kini memegang kuat tampuk pemerintahan Negara? Adakah sikap gentlemen dan keadilan juga didokongi oleh mereka?

Menjelang pilihanraya kini kita melihat bagaimana sikap media tajaan kerajaan yang saban masa mencipta isu palsu menuduh, menfitnah pembangkang seperti kes Batu Buruk (bakar bendera) dan sebagaimnya. Kenyataan akhbar dan kenyataan umum pemimpin pembangkang diberi konotasi palsu dan salah sehingga kelihatan ruang demokrasi warisan British telah lebih buruk apabila pemimpin melayu sendiri yang mengotorinya.

Pemuda menilai isu ruang demokrasi dalam artikel 11 sewajarnya diletakkan pada pentas yang wajar, bukannya sekadar diguna untuk merosak ketenteraman awam melalui isu kebebasan agama. Artikel ini perlu dibahaskan dari segi ruang demokrasi media yang semakin mencengkam. Penghinaan yang dilakukan dalam media segera diperbetulkan apabila kesalahan ditegur, apabila senseviti sesetengah pihak tercalar. Inilah demokrasi dalam media.

Akan tetapi DPPP tetap menganggap bahawa kebebasan media jangan sehingga bebas menghina pihak lain, menulis kontroversi yang memudaratkan serta biadab. Jika prinsip kemanusiaan ini dipatuhi, PAS yakin keamanan sosial boleh tercapai.

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at-Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda DPPP.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home