" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, October 01, 2007

PERISTIWA AR - RAAFIQ
Menyaksikan
Tindakan Tidak Bertamaddun Pihak JAIS

3 hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang Muqaddimah kitab Feqhud Daulah Karangan Dr. Yusuf al Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau ar Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang berauthoriti dan juga sms bahawa pihak JAIS akan menangkap saya di surau tersebut.

Sehari sebelum jadual itu berlangsung ( iaitu pada 29 . Sept . 2007 / sabtu ) , pihak penganjur telah menghubungi saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan ditangkap oleh JAIS jika menghadhiri program Tafaqquh Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 am adalah laporan yang benar dan tepat.

Pihak cuba mendapatkan keputusan dari saya , apakah saya akan hadhir atau tidak ?

Saya menegaskan bahawa program Tafaqquh Fid Deen mesti diteruskan dan saya pasti akan hadhir . Pihak JAIS tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian kerana terlalu banyak kerja yang boleh mereka lakukan terutama pada Ramadhan ini , seperti menangkap golongan yang tidak berpuasa dan makan pula di khalayak ramai .

Jika tindakan JAIS itu adalah bertujuan untuk menakutkan saya agar tidak menyampaikan ilmu agama ini kepada masyarakat , ternyata tindakan JAIS itu sia - sia malah tidak sedikit pun menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pejuang insyaallah .

Kalau langkah JAIS adalah untuk mengawal perkembangan agama dan penceramah memerlukan tauliah untuk menyampaikan ceramahnya , maka saya merasakan tindakan menangkap penceramah bukan cara atau langkah yang bijak dan bertamaddun.

Berkali penganjur mengingatkan saya bahawa maklumat rancangan JAIS untuk menangkap saya adalah suatu yang serius kerana ia datang dari sumber yang dipercayai .

Berkali juga saya memberi penegasan kepada penganjur bahawa saya akan tetap hadhir kerana ia adalah kewajipan saya dan saya tidak nampak tindakan saya itu adalah salah . Kerana sebelum daripada ini , saya telah menyampaikan ceramah hampir seluruh surau di negeri Selangor dan saya mendapat feed back yang positif tanpa sebarang masaalah apalagi membawa perpecahan dikalangan masyarakat ummat Islam .

30 September 2007

Saya tiba di Surau ar Rafiiq sekitar jam 9.30 am tanpa sebarang senjata melainkan sebuah kitab Feqhud Daulah untuk saya bentang.

Para hadhirin telah lebih awal memenuhi ruang surau tersebut dan majlis telah bermula di bawah pimpinan Ustaz Nasir Zakaria , seorang guru agama dan pendakwah yang bertauliah di negeri Selangor.

Saya dimaklumkan bahawa SB dan beberapa orang yang tidak dikenali serta sangat mencurigakan telah berada di dalam surau . Saya terus melangkah penuh yakin dan tenang membuat perkiraan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku di saat itu.

Apabila saya telah berada di dalam surau , saya mendapat maklumat dari penganjur bahawa anggota JAIS sekitar 30 orang telah masuk ke kawasan surau. Lagak mereka langsung tidak menampakkan mereka adalah penguasa agama , sebaliknya laksana gengster menuju medan pergaduhan .

Pihak Penganjur meneruskan program seperti biasa dengan Ustaz Nasir selaku penceramah dan pendakwah yang bertauliah terus memberi ceramahnya sekitar tajuk Feqhud Daulah .

Format yang Menarik .

Setengah jam kemudian , Ustaz Nasir menamatkan kuliah beliau dan membuka majlis kepada soal jawab mengenai Feqhud Daulah . Format ini dilakukan kerana saya tidak dibenarkan untuk menyampaikan kuliah dan ianya berkuatkuasa serta merta kerana akur kepada JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

Para audien mengambil kesempatan untuk terus mengajukan soalan mengenai Feqhud Daulah kepada Ustaz Nasir yang memimpin majlis Tafaqquh Fid Deen pada hari itu.

Ustaz Nasir , sejurus menerima pelbagai soalan tidak berlengah untuk terus menjawab segala soalan dengan tenang. Sementara keadaan di luar agar hingar dengan perbincangan dan perancangan untuk terus menangkap saya , sedang saya masih berada saf hadapan dalam majlis tersebut.

Tiba - tiba Ustaz Nasir membuka kepada audien jika ada sebarang penambahan terhadap jawapan yang telah beliau berikan. Mungkin kerana menyedari kehadhiran agak ramai ulama' muda seperti Ustaz One G , Ustaz Riduan Ismail malah Ustaz Zaharudin turut kelihatan dalam majlis tersebut.

Ustaz One G yang berada betul - betul dibelakang saya mengisyaratkan agar saya ambil bahagian untuk menambah point jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Nasir. Ustaz Izwan selaku pengerusi majlis , spontan menyerahkan microfon kepada saya .

30 minit ulasan.

Saya terus mencapai mic lalu menambah point - point penting mengenai Feqhud Daulah sebagai jawapan tambahan kepada soalan yang dikemukakan. Setelah 30 minit saya menjawab , saya mengembalikan mic kepada pengerusi. Majlis kian rancak dengan pelbagai soalan diutarakan oleh audien .

Ustaz One G turut ambil bahagian menjawab , demikian juga Ustaz Riduan Ismail untuk memeriahkan lagi majlis Tafaqquh Fid Deen. Malah saya sendiri tidak terkecuali untuk terus memberi komitmen menghidupkan majlis ilmu yang cukup unik pada hari itu dengan terus melontarkan idea dan ilmu yang ada buat pengetahuan dan maklumat kepada semua yang hadhir .

Keseluruhan slot yang saya guna untuk menambah point atas jawapan yang diselia oleh Ustaz Nasir Zakaria yang juga seorang guru bertauliah pada pagi itu , pada anggarannya melebihi tempoh satu jam. Saya puas hati dengan format baru ini walaupun bukan saya yang memimpin majlis kerana menghormati pihak JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.

Suasana di Luar Semakin Kalut

Beberapa orang saksi memaklumkan bagaimana pihak yang cuba untuk menangkap saya berada dalam keadaan blur dan dilema setelah didapati bukan saya yang menyampaikan kuliah sebaliknya Ustaz Nasir Zakaria yang memberi kuliah. Saya hanya menambah beberapa point atas permintaan dan dibawah selia Ustaz Nasir seorang penceramah yang bertauliah.

Tapi jelas kelihatan dari kegelisahan dan gerak geri mereka , mereka nak tangkap juga saya pada hari itu , dan kelihatan sekitar 20 orang anggota polis beruniform telah masuk ke kawasan surau .

Sementara majlis telah berada di penghujung. jam telah menunjukkan pukul 11.30 am . Keadaan di luar surau bagai dikepong oleh JAIS , Polis dan SB . Seorang saksi menelefon saya memberi anggaran lebih 100 orang yang bersedia untuk menangkap saya pada saat itu.

Saya Tidak Mahu Mengalah

Pihak penganjur mula meminta saya keluar , tetapi saya enggan keluar sehinggalah majlis selesai , kerana saya merasakan saya tidak bersalah .

Saya faham benar langkah yang diambil oleh penganjur. Mereka tidak mahu saya ditangkap. Mereka tidak mahu pemimpin mereka ditangkap oleh pihak yang tidak demokratik dan bertamaddun itu . Ya , saya memahami hal itu , malah jika saya selaku penganjur , saya juga akan menyelamatkan pemimpin saya dari diapa- apakan oleh tangan kotor yang tidak bermaruah itu .

Tetapi saya tidak mahu mengalah kerana saya berada di pihak yang benar . Apakah salah saya menyampaikan ilmu ? kalau ilmu yang saya sampaikan itu salah , mereka ada rakaman , mereka ada SB yang dihantar untuk mencatit , mereka boleh dakwa saya di mahkamah tanpa perlu menyerbu dan menangkap saya dengan menggunakan kekuatan anggota polis sebegitu ramai .

Saya terus berada dalam majlis tersebut sehingga ianya selesai . Saya lihat pihak penganjur mula bimbangkan keselamatan saya . Saya menenangkan mereka.

Saya tidak bimbangkan kekuatan manusia yang hanya dikerahkan untuk menghalang kegiatan makruf sedang mereka membiarkan sahaja pelacur selesa beroperasi biarpun disiang Ramadhan , malah saya melihat sebuah gerai yang beroperasi memberi makan kepada mereka yang tidak berpuasa , tidak jauh dari tempat program tersebut. Kenapa JAIS tidak menangkap mereka sebalik merancang untuk menangkap saya ? atau mereka bertindak atas arahan orang - orang tertentu ? apakah JAIS hanya menjadi alat orang politik yang terdesak untuk mengekalkan pengaruh politik mereka ?

Sejurus Majlis Selesai.

Saya terus berada dalam majlis sehinggalah majlis tersebut selesai dan saya terus bangun untuk keluar menuju kereta yang disediakan oleh penganjur untuk menghantar saya pulang ke pejabat saya .

Semasa saya melangkah keluar , 4 atau 5 orang unit keselamatan pihak penganjur mengiringi saya keluar melalui pintu depan dan terus menuju ke kereta . Alhamdulillah , takdir Allah swt. sebegitu ramai anggota JAIS dan Polis yang mengepong , mereka tidak perasan saya meninggalkan majlis dan terus pulang ke pejabat saya.

Dalam perjalanan saya ke pejabat , saya dihubungi oleh seorang rakan bagaimana pihak JAIS dan Polis menyerbu naik ke atas surau setelah menyedari majlis telah tamat untuk menangkap saya dan mereka terpinga - pinga melihat saya telah tiada . Mereka mengeledah 4 penjuru surau dan mereka terus mengepong surau dan mencari di persekitaran surau .

Mereka menyangka saya menyorok di mana - mana . Malah kelihatan sebahagian dari mereka yang marah - marah kerana gagal menangkap saya . Ada yang mungkin sebelum menyamar pakai kupiah , mencabut kupiah lalu menghempasnya ke bumi penuh kecewa kerana gagal menangkap saya , ada yang meludah marah penuh kecewa.

Saya hanya tersenyum mendengar laporan kawan sayan melewati telefon . Apa yang lucu , mereka turut mengekori mana - mana kenderaan yang keluar dari surau tersebut , bimbang kalau - kalau saya berada dalam kereta tersebut.

Mereka mencari kenderaan saya , mereka bagai tidak percaya saya berjaya lolos dari kepongan mereka.

Saya teringat firman Allah swt .

و مكروا و مكر الله و الله خير الماكرين

Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik - baik perancang.

18 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah...saya insan biasa pon rasa hairan dengan tindakan jais dan pihak polis ini.Kita tahu mereka makan gaji dan bekerja atas perintah...tapi "hairan" kenapa tak boleh fikir mana yg baik, mana yg buruk...
moga22 ustaz lebih tabah lagi dalam menyebarkan ilmu allah ini dan mendapat keberkatan dariNya.

p/s: masih teringat dlm fikiran saya, satu masa dahulu, bilamana pihak [olis hendak menyuraikan ceramah yg disampai oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz, di Sg Tiang, Kedah, bilamana Tuan Guru dibawa menaiki motorsikal di celah2 pokok getah...bagi mengelak ditangkap, menitis air mata saya, melihat keadaan tersebut. Doa saya kepada semua pejuang2 Islam sekalian, agar anda semua lebih tabah lagi.

12:37 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum...Ustaz

kalau ada kelapangan ceritalah pengalaman ustaz bersama Mufti Perlis sekarang....mesti bnyk yg menarik....

12:40 PM

 
Blogger Produk Halal Tanggungjawab Bersama said...

Assalamualaikum wrbt ya akhi...

ana sangat sedih kejadian sebegini menimpa para alim ulama yang ingin menyampaikan kuliah agama. Jika ceramah politik tidaklah kita hairan, tetapi yang anta ingin sampaikan adalah kuliah agama, satu pengisian rohani yang sangat didahagakan oleh para pencinta ilmu. Subhanallah, Allahuakbar..kejadian anta yang berjaya lolos daripada sekatan 'anjing-anjing' kerajaan itu adalah satu rahmat yang amat besar daripada Allah S.W.T. Apa-apa pun, ana doakan anta berjaya dalam pejuangan ini walau dalam apa halangan dan cubaan yang datang. Selamat berjuang wahai mujahidin!

3:34 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz...

Saya bersimpati dengan apa yang terjadi. Maksud saya bersimpati dengan pihak JAIS dan SB.Kesian mereka, perancangan mereka tidak sehebat perancangan ALLAH SWT. Pabila membaca perjalanan cerita yang dialami ustaz di surau Ar-Rafiq teringat pula saya pada kisah Rasul junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ketika baginda didalam rumah pada suatu malam ketika dikepung oleh puak kafir Quraisy Abu Jahal & Abu Lahab.Konon nya puak kafir Quraisy ingin menangkap Rasulullah pd malam peristiwa tersebut. Tetapi dengan kehendak ALLAH SWT, Rasulullah berjaya melepasi perangkap puak kafir tersebut di atas kelekaan mereka sendiri... teruskan perjuangan Ustaz...ALLAHUAKBAR

1:38 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...

Saya begitu hairan dengan PAS kenapa begitu lembut sangat dengan puaka2 seperti mereka itu. Kenapa kita tak buat solat hajat sahaja supaya menjadi pengajaran kepada lembu2 yang dicucuk hidung itu. Kita bukan wat solat hajat mintak mereka mati, gila atau yang berat2, kita hanya mintak mereka diberi pengajaran sedikit supaya mereka insaf sebelum terlambat.

1:42 AM

 
Anonymous Anonymous said...

solat hajat agar sume insaf...

1) tiada keji mengeji
2) tiada kutuk megutuk
3) tiada fitnah menfitnah
4) tiada senang nya percaya terhadap khabar angin
5) tiada lagi orang bertopengkan agama konon nya pejuang ISLAM sejati
6) suma hidup aman harmoni
7) SEPERTIMANA yg dikatakan saudara yg memberi komen sebelum ini... INSAF dan BERTAUBATLAH selagi belom terlambat...


"sesungguhnya ALLAH penerima taubat"

amin....

4:51 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Bukankah ayat ini difokuskan kepada org kafir:

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ (٥٤)

Dan orang-orang (Yahudi Yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak Yang membalas (dan menggagalkan Segala jenis) tipu daya. (3: 54)

12:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sempit sungguh dia nie...العبرة لعموم اللفظ لا بخصوص السبب
"Pengajaran itu diambil pada lafaz yang umum bukan diambil pada sebb yg khusus"

Termasuk la orang munafiq,kafir,orang fasiq yang mana mereka mahu menyekat dakwah islam....

Teruskan la berjuang kerana karamah yg Allah kurniakan ini pada ustz menta'kidkan lagi perjuangan PAS yang dibawa adalah benar serta keikhlassan pendokong2nya....Takbirrrrr

4:40 PM

 
Blogger Ibnu_Ismail said...

Salam.
Menarik juga method baru tu. mungkin ulama'-ulama' seperti ustaz dan yang seangkatan dengannya, perlu lebih banyak guna method baru tu.

12:52 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salaam.. AlhamduliLlah.. teruskan usaha Ustaz utk berdakwah & berislah kpd masyarakat, yg penting Allah redha akan usaha Ustaz,dan menjadi bekalan amalan & saksi Ustaz dan Ustaz2 yg lain di akhirat kelak.Bagi JAIS dan Polis juga penyokong2 mereka itu pun ada bahagian mereka di akhirat kelak, berhujah di dunia mungkin kita jadi juara, tapi di akhirat nanti, berhujahlah semahu-mahunya di depan ALlah SWT.Kita berharap semoga ALlah SWT tidak memutuskan atau mematikan di masyarakat Malaysia ini Ustaz serta Ulama' yg berkata yg Hak dan mencegah keBatilan,Amar Makruf Nahi Mungkar..WALlahu'alam

6:57 AM

 
Blogger zahrah said...

inilah duri2 dijalanan yg amat biasa sekali pejuang2 agama Allah ini lalui...Allah telah mangaburkan mata2 puak taghut itu sepertimana Allah mengaburkan mata2 musuh Muhammad S.A.W semasa perjuangan Rasul menegakkan Islam...Takkkbiiirrr!!!!

2:35 PM

 
Blogger Syaikh Al-Bakistani said...

formart Program ngan ustaz Din hari tu adalah format usrah pemuda PAS kawasan Subang... Pemuda PAS kawasan Subang bernasib baik, kerana dikalangan ahli usrah ramai dari kalangan Ustaz-ustaz, disamping golongan profesional yang berfikiran terbuka, disamping mempunyai pandangan yang bernas untuk memajukan Islam...

ada juga ahli usrah pemuda Subang yang berpendidikan biasa, tetapi mereka selalunya dari kalangan yang suka dengar ceramah agama. dari situ, mereka banyak memberi pandangan dalam usrah pemuda...

sesiapa yang nak cuba berusrah bersama pemuda subang, boleh info kepada Ustaz Azwandi : 019 229 4683

3:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamu'alaikum wbt

Baru semlm ustaz berkesempatan memberikan ceramah di ofis acik, alhamdulillah terima kasih atas segala ilmu yg dicurahkan... ilmu ustaz amat berharga bagi saya dan semua rakan disini.

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran dan kemudahan buat ustaz untuk menegakkan syiar islam.

"Dimana Bumi Dipijak, Disitu Islam Dijunjung!".

Wassalam.

11:33 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM ;

Pendirian ustaz utk meneruskan kehadiran ke majlis tsbt adalah betul. Tahniah di atas keberanian dan keikhlasan ustaz.

Apa yg berlaku tiada bezanya dgn apa yg menimpa saudara kita di Algeria, Turki, Mesir dan Palestin. Semuanya menjelaskan kpd kita kpd satu kesimpulan :

DEMOKRASI TIDAK PERNAH REDHA THDP ISLAM & UMATNYA.

Golongan moderat menipu umat islam dgn mengatakan Islam sesuai dgn aspirasi umat Islam, tetapi bila Islam tampil, maka demokrasi tidak ragu bertindak zalim. Sekalipun walau kita mengatakan kita komited thdp aspirasi demokrasi.

Insyaallah, Islam tetap akan menang.

7:03 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam ust din ....ust din baca ayat apa tue?sehingga tak nampak?

4:09 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Org Melayu memang suka yg mistik dan ajaib. Rasanya soalan ustaz pakai ayat apa tak relevan. Nanti tawakkal pd ayat pulak, bukan kepada Nya.

Inilah hakikat demokrasi. Bagi demokrasi, samada gerakan Islam ikut demokrasi atau tidak, pd pandangan mereka sama sahaja.

Semoga umat semakin terhakis terhakis kepercayaannya thdp demokrasi dan semakin membenci demokrasi.

Insyaallah, akan sampai masanya umat ini akan sedar betapa jijiknya demokrasi.

Syabas kepada ustaz Nasrudin.

7:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

curahkan saja seberapa bnyk ilmu yg ada agar lebih ramai yg mengetahui kebenaran, tapi usah gelar manusia lain "anjing", "buruh", "algojo" dan sebagainya..
insyaAllah, ustaz di pihak benar, tidak perlu melakukan itu semua..

1:42 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Napa pulak tak relevan....kalau zaman Nabi guna ayat supaya tak nampak....kita tak leh tawakul semata-mata tetapi kita kena tawakal dalam masa yg sama kena ambil sebab(ayat @ doa),sebagai contoh Nabi...Kan Nabi sebagai ikutan...jangan tersasar pulak manhaj dlm perjuangan

9:43 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home