" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, November 13, 2007

Usah Cela Rakyat Bertemu
Yang Di Pertuan Agong !!

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

Alangkah malang sekali rakyat Malaysia yang cuba dijahilkan oleh Perdana Menteri sendiri berkenaan system negara berpelembagaan dengan kenyataan simplistik beliau hari ini.

Ketika diminta mengulas sama ada tindakan pemimpin pembangkang itu adalah cubaan mengheret institusi raja ke dalam politik, Abdullah berkata:

“Tentu sekalilah. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang di-Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam politik mereka.”

Rakyat Malaysia disajikan dengan pendidikan kenegaraan sejak zaman persekolahan rendah sehinggalah ke peringkat menara gading. Tidak cukup dengan itu program BTN dan PLKN pula sebagai medan untuk rakyat faham bahawa negara ini mempunyai yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara yang melebihi peringkat ketua kerajaan (Perdana Menteri).

Umum juga mengetahui peranan Yang Dipertuan Agong sebagai tiang seri utama negara dan sebagai tempat pengaduan terakhir bagi segala permasalahan termasuk pengampunan jenayah berbahaya sekalipun.

Jika jenayah boleh berhubung dengan Yang Di Pertuan Agong, mengapa pula isu Pilihanraya dan penyelewengan SPR tidak boleh diadukan. Peranan institusi istana adalah sebagai penimbang tara kepada kegoyangan dan ketidakseimbangan politik negara.

Mengadu dan memohon istana untuk peka dengan isu marhain bukanlah bermakna mempolitikkan istana. Rakyat juga melihat sendiri begitu ramai kerabat diraja yang bermain politik. Adakah itu bermaksud mempolitikkan institusi istana?

Selepas pengaduan dan memorandum beberapa kali saban tahun kepada Suruhanjaya Hak Asasi tidak menampakkan kecerahan daripada mendung penyelewengan dan kezaliman, bantahan kepada SPR juga beberapa kali te;ah dibuat. Jalan-jalan rasmi sebegini telah acap kali dilakukan secara berprotokol. Tetapi semua mengetahui tahap demokrasi negara ini adalah antara yang terburuk.

Lihat sahaja di Britain dan Amerika Syarikat, dimana perpindahan kuasa politik bukan pencetus huru-hara dan tidak dipolemikkan secara murahan. Politik ala-monopoli UMNO dan BN adalah politik ala hutan yang dicipta oleh para ideologis melayu yang diketuai oleh UMNO.

Dalam siri-siri BTN dan PLKN, rakyat ditakutkan dengan kemusnahan, huru-hara dan kemelesetan sosial dan ekonomi jika pembangkang hari ini memegang tampuk pemerintahan. Kes 13 Mei dijadikan contoh lapuk oleh mereka tanpa mereka sedarkan kelemahan UMNO dibawah pimpinan Tunku lah yang menyebabkan perbezaan ekonomi dan taraf sosial yang menyebabkan huru-hara dan bukannya disebabkan demokrasi atau pembangkang.

Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) memandang kenyataan Perdana Menteri hari ini adalah sebagai kenyataan yang cuba memperbodoh atau menjahilkan lagi pemikiran rakyat dengan dogma picisan. Memandang usaha rakyat bertemu Yang Dipertuan Agong adalah suatu sikap yang membuka topeng UMNO bahawa mereka tidak yakin dengan kuasa institusi istana sebagai penimbangtara negara demokrasi raja berpelembagaan dan sikap ingin membolot kesemua kuasa yang ada.

Haji Nasrudin Hassan At Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

BANTAHAN PERLAKUAN DEMONSTRASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (al-Qur'an was Sunnah)

MP3 SOAL JAWAB:

http://www.4shared.com/file/29010623/1495a6e1/RASUL_DAHRI_-_Menggugat_Perlakuan_Demonstrasi.html

ATAU

http://nawawi.diinoweb.com/files/Koleksi_Kuliah_MP3/RASUL_DAHRI_-_Menggugat_Perlakuan_Demonstrasi.mp3

MP3 SOAL JAWAB ITU ANTARANYA MENGANDUNGI:

- Fatwa-fatwa ulama' terhadap perlakuan demonstrasi

- Ulasan Hadis Demonstrasi

- Apakah Ada Dalil Yang Mengharamkan Demonstrasi

- Antara Mentaati as-Sunnah & Bersekongkol terhadap Pemerintah Yang Zalim

- Adakah Daulah/Negara Islam Merupakan Fokus Dakwah Kaum Muslimeen

- Di-manakah dakwah aqidah yg sahihah?

- Apakah Wajar Pihak Polis Melakukan Kekerasan Terhadap Pen-Demonstrasi?

- Bolehkah Pihak Polis Yang Mengawal Perlakuan Demonstrasi Menjamakkan Solat?

- Apakah Demonstrasi & Demokrasi Adalah suatu Wasilah Dalam Jihad?

- Siapakah Pemimpin Yang Wajar Dipilih?

- Syi'ah Menggemari Demonstrasi

- Siapakah Parti Islam? Siapakah Hizbullah?

- Apakah Boleh Kita Menyamakan Pemimpin Di Zaman Salaf Dengan Zaman Sekarang?

Artikel/Kertas kerja:

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/07/isu-13-hukum-perbuatan-demonstrasi.html

5:16 PM

 
Anonymous Anonymous said...

PERLIS MEMBUKA PINTU MUZAKARAH
Insyallah kesedian Dato'Sri Shahidan Kassim membuka pintu perbincangan amat dialukan2 agar persoalan Agama tidak bercelaru dan merosakkan Agama kita Islam dan menjadi titik noktah agar umat Islam meletakkan Al quran As-Sunnah sebagai landasan kesepakatan dan tunjang kekuatan. Semoga kesedian Dato Sri ini memudahkan pertemuan ulamak2 PAS dan Ulamak2 Salafi untuk bermuzakarah.

12:16 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saudara anonymous.

anda mungkin ada jawatan tinggi di kementerian atau pun anda mungkin seorang kolumnis di dalam akhbar tempatan yang tersohor.

jangan samakan dengan kami, rakyat biasa. kami tak punya apa saluran.

kami tiada akhbar harian, kami tiada radio, kami tiada saluran televisyen, kami tiada suara majoriti di parlimen atau dun, kami tak punya apa.

kami hanya ada jalan raya untuk menyuarakan pandangan kami.

kalaulah demonstrasi itu bertentangan dengan syara', maka kebatilan dan penipuan di dalam pilihanraya dibenarkan dalam syara'? bukankah begitu?

dalam hal ini anda jelas tidak berlaku adil. apa salahnya kalau anda nyatakan pendirian anda terhadap penipuan2 di dalam pilihanraya, nepotisma, korupsi di dalam kepimpinan negara. ataupun anda ni sebenarnya pengecut?

10:18 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Perlis membuka pintu rundingan

Semoga Allah membuka pintu2 hati ulamak2 islam dimalaysia dan bermuzakarah adalah jalan terbaik didalam menangi isu ini.Bagi saya seorang insan kerdil mengharapkan agar satu hari nanti setiap orang islam di Malaysia saling cinta mencintai sebagai saudara seagama.Amin.

12:36 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home