" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, October 30, 2007

ECER, NCER dn WPI :
perlu menjadi agenda untuk rakyat.

Perdana Menteri telah melancarkan ECER atau Wilayah Ekonomi Pantai Timur baru-baru ini. ECER semestinya akan disambut hangat oleh semua rakyat Malaysia yang sememangnya mengimpikan sebuah negara maju dari segi ekonominya secara adil dan saksama.

Hampir keseluruhan rakyat marhain pasti akan tertanya-tanya objektif atau matlamat projek ekonomi yang meliputi daerah agak pendalaman sebegini, kaedah atau cara pembangunan yang akan dilakukan, kesudahan dan implikasinya kepada rakyat setempat.

Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) memandang serius hal perlaburan besar iaitu sebanyak RM 6 billion untuk suntikan awal bagi ECER.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tersebut akan disediakan melalui kajian semula program Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9) serta penambahan peruntukan semasa kajian separuh penggal RMK9 kelak.

“(Peruntukan ini) sebagai menandakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan usaha membawa kemajuan di ECER agar setanding dengan perkembangan arus perdana,” katanya ketika melancarkan ECER peringkat Terengganu di Taman Awam Batu Burok di sini hari ini.

Beliau juga melancarkan ECER secara keseluruhan yang membabitkan kesemua negeri di Pantai Timur — Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang akan dibangunkan juga perlu dilaksanakan secara terancang dan direalisasikan segera. Seperti kenyataan Dato’ Haji Takiyuddin Hassan, pembangunan universiti di sesebuah daerah akan merancakkan pembangunan infrastruktur di daerah berkenaan dengan beliau memberi Sintok (UUM) sebagai contoh.

DPPP menggesa agar kesemua projek pembangunan pendalaman perlu berorientasikan kestabilan awam, kemakmuran yang adil, pembangunan infrastruktur yang cukup serta aliran kewangan yang serata tanpa ada penyelewengan dan tapisan ‘orang tengah’.

Projek juga perlu dijadikan agenda UNTUK rakyat dan bukannya menjadikan rakyat sebagai agen untuk memasyhurkan negara dan kerajaan pusat semata-mata. Keadilan antara 3 projek utama ekonomi pendalaman ini iaitu WPI, NCER dan ECER perlu diselaraskan secara saksama dan berimpak tinggi sejajar dengan hasrat umum negara kita.

Bidang perlancongan dan industri yang diimpikan subur di pantai timur perlu dilihat faedah dan manfaatnya kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan, kemudahan awam kepada rakyat tempatan dan sebagainya.

Kemajuan ala pantai barat yang telah terbukti menghasilkan masyarakat yang rendah moral perlu dihindarkan.

Di dalam usaha kerajaan membina universiti di Kelantan, atas apa tujuan sekalipun, janganlah menjadikan usaha membina universiti sebagai gula-gula politik. Hal ini kerana universiti adalah suatu taman ilmu yang menjadi ankronim kebudayaan, tradisi tamadun negara dan kesepaduan keilmuan sesebuah negara.

Universiti bukan dihasilkan semata-mata untuk tuntutan industri dan kehendak pasaran sahaja tetapi perlu diperhalusi untuk menghasilkan produk yang laku dan berpotensi disamping membawa nilai akhlak dan nilai sahsiah yang tinggi.

Tuduhan liar yang mengatakan pelajar Kelantan tidak berpeluang meningkat ekonomi sendiri kerana ketiadaan universiti di Kelantan adalah suatu tuduhan yang tidak berasas. Terlalu ramai pelajar Kelantan di luar negara terutama Timur Tengah dan kebanjiran mereka di kampus Lembah Kelang juga tidak boleh dinafikan.

Justeru usaha ECER dan hasrat pembinaan Universiti di Kelantan perlu dikotakan secara jujur dan adil jika kerajaan ingin merealisasikan masyarakat yang membangun tanpa mengira daerah atau fahaman kerana ECER dan pembinaan universiti adalah HAK rakyat.

Haji Nasruddin Hassan At Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

20 tahun sudah berlalu....
Pas adalah sebuah parti pembangkang yg memerintah di negeri kelantan sudah sekian lamanya.Pas mempunyai kekuatan ahli bukan sekadar di negeri kelantan tetapi di seluruh dunia.Para ikhwan seluruh dunia melihat PAS adalah lanjutan dari gerakan ikhwanul muslimin berpusat di Mesir yang menggerakkan jenteranya hampir keseluruhan dunia islam.Setiap ahli PAS pasti berbangga dimana sahaja kemenangan parti islam berdasarkan manhaj ikhwan.Impak sebegini besar malangnya tiada merubah pemikiran dan cara bekerja yang terbaik.Akhirnya PAS terus mengharap ikhsan parti UMNO didalam apa sahaja bidang yg hedak diterokai dari yang sebesarnya-besarnya sebagai contoh lapangan terbang,pelabuhan sehinggalah sekecil2nya membina jambatan, universiti dan lain-lain lagi.
Ingatan saya masih jelas lagi ketika PAS dapat menguasai kelantan kita bakal mencipta sejarah bebbagai-bagai janji dan semangat ditiup akhirnya..........

Hari ini kita belum dapat melahirkan sejumlah besar peniaga2 yang menguasai sektor pemborong yang ada peninggalan UMNO sebagai peruncit.Alangkah baiknya diketika ini saya dan sahabat saya sedang membeli barangan di negeri johor daripada orang Islam bukan dari komuniti cina.Percayalah kita tidak memerlukan ratusan juta ringgit tetapi dengan sekadar 1 juta setahun selama 20 tahun saya menjangkakan tiada satu Dun pun tak terasa gerakan raksasa membangunkan ekonomi umat islam.Malah kelahiran peniaga2 kecil meningkat secara mendadak,koperasi ,persatuan saling kait mengait meningkatkan lagi imej kita sebagai orang Islam yang kedepan didalam menerokai bidang perniagaan.Hari ini kita terus melemparkan diri kita bahawasanya kita tidak boleh berjaya kerana kita akan terus dihalangi dengan tindakan2 yang zalim dn tidak berdasarkan lunas2 demokrasi.Kalau kita bertanya kepada Lim Goh Thong(baru meninggal) orang yang kedua terkaya apakah syarat2 untuk berjaya pasti jawapanya bukan tindakan yg zalim atau demokrasi tetapi.............................

Saya hanyalah seorang peniaga yang dapat melihat bagaimana PAS boleh merubah wajah umat islam di malaysia. Bagaimana pula dengan golongan yang lebih terpelajar daripada saya?Mereka tentu dapat merubah seluruh wajah bukan sahaja dinegeri kelantan malah negeri umat islam keseluruhannnya.
Saya tidak menolak rintangan yang terpaksa dihadapi oleh parti PAS tetapi kalau saya sendiri dengan keadan tidak mendapat pinjaman sesen dari mana-mana tabung usahawan boleh pergi sejauh begini.Malah hari ini saya berbangga kerana mendapat kepercayaan dari seorang cina bukan islam untuk mengambil barangnya tanpa bayaran (jaminan barangan hanyalah kejujuran)dengan tanpa had.

9:19 AM

 
Blogger smallvillages said...

Ucapan Tok Guru di majlis pelancaran ECER Kelantan yang tidak disiarkan oleh media. Boleh tengok dengan mengklik link dibawah.

http://jiwokelate.wordpress.com/2007/10/30/ucapan-yab-tuan-guru-dato-nik-abdul-aziz-nik-mat-menteri-besar-kelantan-ketika-majlis-pelancaran-ecer-oleh-perdana-menteri-malaysia/

harap sebarkan.....

11:24 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home