KOTARAYA : KUNING DI MANA - MANA
Kita memilih Muwajahah Silmiyyah , justeru itu kita menggerakkan Himpunan Aman sebagai menyatu suara membantah penyelewengan Pilihanraya agar PRU 12 dilangsungkan secara adil dan telus. Kita tidak memilih cara perang atau gerila untuk kita menggalas senjata dan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan menimbulkan kekacauan , pembunuhan dan sebagainya.
Sejurus selesai Meeting DPP Pusat , sebelum turun ke jalanraya untuk menyertai perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorundum tuntutan bersih demokrasi .
Tentera Merah bersiap sedia menerima arahan untuk bertugas di post - post yang telah diarahkan . Penuh dedikasi dan semangat amal islami , mereka cekal dan tabah menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal merintang . Syabas Amal .
Ke mana sahaja kami diarah , asal saja untuk Islam dan perjuangannya , kami sedia dengan penut taat setia dan beramal kerana Allah .
Sebaik sahaja selesai solat zuhur berjamaah , kami turun ke lobi bangunan PAS untuk sama - sama mengaminkan doa rabitah dan doa jihad sebelum kami berangkat ke check point pertama iaitu di Kompleks Sogo . Sementara di Masjid Jamek telah berhimpun lebih 30 ribu , demikian juga di Masjid Negara yang sedang menanti kemaraan kumpulan Komplek Sogo untuk bergabung sebelum sama - sama berarak ke Istana Negara .
Taklimat , pengarahan dan peraturan sedang disampaikan oleh pimpinan dihadapan bangunan PAS sebelum bergerak ke Sogo .
Melangkah gagah al fadhil ustaz Ghani Shamsudin memimpin rombongan ke Komplek Sogo .
Rombongan telah berada di Kompleks Sogo dan sedang menanti arahan lanjut yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Chik dan Cikgu Badrul
Rombongan pertama telah sampai di hadapan jalan utama menuju ke pintu Istana Negara .
Gambar dari atas . Rombongan pertama sedang menanti rakan - rakan yang lain ( dari masjid Jamek , Central Point dll ) . Masa ini rombongan Dato' Seri Anwar Ibrahim belum tiba .
Setelah selesai dan bersurai , kami bertembung dengan kumpulan dari Masjid Jamek yang baru terlepas dari kepongan polis dan mereka sedang menuju ke Istana . Hampa , di mana mereka terpaksa berpatah pulang kerana majlis penyerahan memo telah berakhir dan majlis telah disuraikan secara aman .
3 Comments:
nape pakai topi cepia ustaz.. mana leh pakai topi camtuh..tgk ustz azli..x de pon pakai topi..klu pun risau kene tangkap banyak cara lain nk buat..ustaz tu pegang tarbiyah
5:34 PM
Assalamualaikum .
Masyaallah , salahkah saya memakai topi tersebut ? benarlah saya bertanggungjawab dengan tarbiyyah pemuda , sebab tulah saya pakai topi tuh. Jauh sekali bimbang kena tangkap .
Kalau takut ana tidaklah duduk di saff hadapan . kalau sekadar pakai topi , polis masih kenal lagi ana , lain kalau ana pakai topeng , itu baru penakut namanya .
Saya sebenarnya menganggap demonstrasi hari tu macam turun ke medan jihad , semangat membara dan kalau terjadi apa - apa kepada pimpinan , rasanya insyaallah , saya org pertama akan mati syahid.
Saya sebetulnya dok cari baju besi dan topi besi ( tapi warna kuning lah ) sebagaimana nabi saw. yang pegang potfolio Tarbiyyah ummah sejagat pakai .
Kan nabi pakai topi masa turun medan perang sehingga nabi tertikam serpihan topi besi itu mengena rahang baginda saw.
Malangnya BERSIH tidak menyediakan topi besi . Jadi ana pakai jerlah topi kain pun , ambik semangat Nabi saw. turun ke Medan.
Nabi pakai topi besi dan baju besi tu bukan krn nabi takut mati syahid. Jangan cakap mcm tu !
cuma Nabi pakai tu sebagai alat kelengkapan perang , itulah sunnahnya .
Terima kasih prihatin anda , Insyaallah , saya akan terus konsisten untuk dengan amal Islami dan tarbiyyah kita.
Topi yg macam ust Norazli pakai tu elok juga , tapi sekali lihat macam topi ahli kumpulan rapp , tapi jgnlah kata ustaz Norazli ikut kumpulan rapp . Ustaz Norazli ada pejuang yg hebat dikalangan kami sehingga kawan kawan gelar dia Toliban .
Selamat berjuang .
( Dr. Abd Aziz Rantisi Mati syahid sedang beliau memakai topi sebijik macam topi yg ana pakai . cuma ana belum ditaqdirkan syahid sdg itulah kerinduan ana selama ini. Amiin )
apakah kelak kalau ana mati syahid semasa di medan sdg ana memakai topi , maka syahid ana di tolak oleh Allah ? ) semoga tidak.
Serban ana pun tidak ditinggal .dalam hayat hidup ana tu lah sekali ana pakai topi sebegitu .
8:04 PM
haha..ustaz..ana saja ngusik je pasai topi tuh.harap x terasa lak..saja ana bangkitkan pasal topi tuh coz nk tgk respond tok2 guru @ pelajar2 pondok.ilmu banyak tp xnak join program camni.larat main doa je sdangkan doa tu usaha trakhir kita. mm mudah2an lepas nih tok2 guru @ pelajar pondok nih celik sket mata diorg.pasnih jgn malu lak nk pakai topi cepia tuh..skali pandang hensem lak.hehe..teruskn berjuang ustaz
6:05 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home