AKTIVITI SEMASA DI
AKADEMI AR RASYIDIN
Kuliah atau pengajian agama secara intensif akan bermula 1 Feb. 2008 ini. ( esok ) Saya sangat mengharap agar ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak khasnya masyarakat setempat.
Pengajian ini dihidangkan secara percuma kepada masyarakat dengan hasrat ianya benar - benar mampu dimanafaatkan oleh segenap lapisan masyarakat ke arah membasmi kejahilan dan meningkatkan penguasaan ilmu agama .
Akademi Ar Rasyidin dengan segala keupayaannya , cuba melakukan khidmat yang terbaik , semoga ianya tergolong dalam amalan yang soleh dan diterima Allah swt.
Segala kelemahan dan kekurangan , terlebih dahulu pihak Akademi Ar Rasyidin memohon maaf dan mengalu - alukan pandangan serta penambahbaikan demi kepentingan semua.
Buat masa ini , aktiviti tetap di Akademi Ar Rasyidin akan dijalankan di Dewan al Imam Syafie sebagaimana berikut :
Setiap Hari ISNIN ( malam selasa : Jam 7.30 pm )
Pengajian Tajwid dan Ulumul Quran.
Dibimbing oleh : Al Fadhil Ustaz Zainudin Zakaria al Haafiz .
Setiap Hari SELASA ( malam Rabu : Jam 7.30 pm )
Pengajian Feqah Asy Syafie .
Dibimbing oleh : Al Fadhil Ustaz Zuridan bin Daud
Kitab berjudul : Feqh Minhaji . ( Karya Dr. Musthafa Bugho )
Setiap Hari RABU ( malam Khamis : Jam 7.30 pm )
Pengajian Tafsirul Quran.
Dibimbing oleh : Ustaz Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Kitab berjudul : Tafsir al Munir . ( Karya Dr. Wahbah az Zuhaili )
Setiap Hari JUMAAT ( Jam 5.00 pm )
Pengajian Feqh Wanita.
Dibimbing oleh : Ustazah Humaidah binti Daud
Keterangan lanjut mengenai aktiviti ini boleh hubungi kami di talian
019 - 984 8182 ( Nasrudin )
019 - 997 8427 ( Asyraf )
013 - 968 6002 ( Habibullah )
Sebarang sumbangan derma dan infaq saudara untuk menjayakan kelas - kelas pengajian ini sangat dialu - alukan dan ianya boleh disalurkan terus ke akaun Akademi Ar Rasyidin atas nama :
Ar Rasyidin Enterprise
06010000016106
CIMB ( Islamik Bank )
3 Comments:
Assalamualaikum,
Ustz, saya merasakan akademi tu perlu buat flyer berbentuk jadul dan sedikit penerangan spt yg ust dah tulis (mungkin perlu modify) sket sahaja lagi fomat tulisannya. Kita hantar kesetiap peti surat taman berdekatan spt medan tok sira, beserah dsbnya.
Insyallah saya sedia menjadi salah seorang penghantar fliers tersebut jika telah ditubuhkan groupnya.
5:49 PM
ust...tak de ke kelas pade hari sabtu dan ahad...hari biasa tak sempat nak datang..mintak ustaz fikir2kan
10:42 AM
Assalamualikum wbh Ustaz,
Maaf mngkin tak berkaitan dgn apa yg di pos dilam ustaz, saya seorg rakyat Malaysia yg ingin melihat Malaysia diperintah oleh BA (Saya juga bukan ahli sebarang parti politik tapi boleh mengundilah), saya merayu pihak BA (DAP,PKR,PAS) menggunakan satu lambang dlm pilihanraya, saya sering membaca harakahdaily, sekurang2 ada 3 surat pembaca mencadangkan BA gunakan satu lambang, ini salah satu bentuk surat tersebut
Cadangan lambang termudah dlm masa yg suntuk ini ialah BERSIH, saya harap PAS ambil serius cadangan ini
Guna satu lambang BA dalam kempen, kertas undi
Din Umar
Fri | Feb 08, 08 | 10:44:47 pm MYT
Sudah tiba masanya pembangkang mewujudkan satu simbol dan nama dalam kempen pilihan raya umum kali ini.
Gunakan satu bendera, satu jenama dan satu kertas undi. Sun Tze, seorang ahli falsafah China pernah berkata, "Know the enemy, you have won half the enemy you have won half the battle."
Siapakah musuh politik BA? Politik BA. Sudah tahu siapa musuh itu, maka kenalilah mereka.
Apa yang mereka buat? Apakah modus operandi mereka? Apakah yang telah mereka pamerkan? Gunakanlah taktik musuh ini untuk menawan musuh.
Apa lagi...Segera gunakan satu logo, satu bendera dan satu lambang kertas undi.
Secara psikologi, rakyat nampak pasti gah dan terpikat dengan kegagahan parti alternatif. Nampak besar, nampak kuat kesannya, amat mendalam dan berpengaruh dari segi matematiknya. Sudah nampak besar, lawan besar barulah ada tandingannya.
Kalau kita masih menggunakan nama parti masing-masing, sampai bila-bila pun kita tidak akan menang. Ini kerana, rakyat suka tengok benda yang kuat. Kalau tidak kuat dan tidak gagah, semua orang tidak mahu bergantung.
Ubah. ke arah yang lebih relevan dengan zaman sekarang. Ubahlah dari parti negeri kepada parti global. --- aba.
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/surat-pembaca/guna-satu-lambang-ba-dalam-kempen-kertas-undi.html
6:27 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home