PESANAN AYAH
BUAT
ANAK TERSAYANG .
BUAT
ANAK TERSAYANG .
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu . Inilah juga hari yang mungkin menjadi detik paling sibuk dan sedikit tertekan buat sebahagian keluarga yang mempunyai anak - anak untuk didaftarkan ke sekolah pada hari pertama ini.
Pagi tadi saya sendiri dapat menyaksikan bagaimana suasana keriuhan dan kesibukan para ibubapa yang mendaftarkan anak - anak mereka samada di sekolah kerajaan atau swasta .
Pendaftaran Pelajar
Hari pendaftaran ini bukan sahaja mereka menyenarai dan memasukkan anak mereka ke sekolah , tetapi mereka juga terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar yuran kemasukkan , yuran tambahan , yuran kokurikulum , yuran peperiksaan , yuran PIBG , yuran perpustakaan , buku latihan , buku tulis , uniform dan pelbagai bayaran yang terpaksa diselesaikan .
Sebagai seorang ayah yang mahukan anaknya berjaya dan cemerlang dalam pelajaran pasti sahaja sanggup menelan segala kepayahan dan kesukaran mencari dana membiayai pengajian anak - anaknya yang disayangi.
Berapapun jumlah yang terpaksa dibayar , tiada bahasa dan tiada kata lagi yang boleh diungkap . Keluarkan wang lalu membayar , itulah keterpaksaan yang mesti dilalui oleh seorang ayah mahupun ibu jika mereka mahu memastikan anak - anak mereka mendapat pelajaran sebagaimana orang lain.
Bukan sahaja sekolah swasta , malah mereka yang menghantar anaknya ke sekolah kerajaan juga terpaksa melalui pengalaman yang serupa walau jumlahnya mungkin berbeza.
Seketika dulu , sang perdana menteri pernah mengumumkan penghapusan yuran sekolah melalui bajet yang dibentang di parlimen lantas mendapat tepukan gemuruh menandakan sokongan dan pujian ke atas bajet mesra rakyat tersebut.
Hari ini , hari pendaftaran anak - anak sekolah bermula . Ianya menyaksikan tepukan gemuruh seketika dulu bertukar keluhan dan sungutan yang tidak siapa lagi mendengar dan memperdulikannya kecuali terpaksa ditelan segala kepahitan itu seorang diri penuh hiba nestapa .
Manakan tidak , yuran yang dihapuskan itu hanyalah RM 4.50 bagi sekolah rendah dan tak sampai RM 10.00 bagi sekolah menengah . Masih terlalu banyak bayaran yang dibebankan kepada ibubapa . Sebagai contoh ada sebuah sekolah , walaupun yuran peperiksaan seperti PMR dan SPM telah dilupuskan , pihak sekolah mengenakan bentuk bayaran baru seperti Dana PMR atau Dana SPM dan sebagainya bahkan bayaran dana itu lebih tinggi dari kadar yuran peperiksaan sebelum ianya dilupuskan.
Kerajaan Silap Mata
Saya sendiri sedari awal tidak langsung terpesona apalagi terpedaya dengan silap mata pihak kerajaan dalam pelupusan sebahagian yuran persekolahan ini. Kerana saya sangat mengenali cara kerajaan UMNO dan BN berfikir .
Tidak mungkin mereka berfikir untuk mengurangkan kos mereka ke atas rakyat kecuali mereka akan mengautnya kembali berlipat ganda .Malah melalui apa jua bidang dan sektor , kerajaan ini dilihat lebih cenderung untuk berniaga dengan rakyat . Lihat sahaja dalam kes tol , minyak dan barang - barang keperluan harian . Saban tahun kita dapati ianya meningkat dan kerajaan mengumumkan dengan tidak sedikitpun rasa bersalah terhadap rakyat.
Sebaliknya pelbagai alasan dikemukakan guna meyakinkan rakyat kenapa tol , minyak dan barangan keperluan ini perlu naik dan rakyat pula perlu sabar dan redho menerima lalu dinasihatkan supaya berjimat cermat sementara pemimpin - pemimpin kerajaan dilihat sanggup menghabiskan wang puluhan ribu hanya kerana mahu membida nombor flat kereta .
Bagaimana saya boleh terpedaya apabila kerajaan mengumumkan pelupusan yuran sekolah untuk mengurangkan kos rakyat kononnya. Entah sejak bila pula kerajaan UMNO dan BN ini simpati terhadap rakyatnya ?
Adapun anak saya sedari awal saya hantar ke sekolah rendah Islam ( bukan Islam Hadhari ) . Untuk tidak memilih Islam Hadhari saya terpaksa hantar anak saya ke sekolah rendah Islam swasta .
Walaupun kos agak tinggi , saya tidak punya pilihan lain demi masa depan mereka dan agama mereka . Saya terpaksa pejam mata rapat menelan segala kepahitan demi agama mereka. Saya telah kecewa dan putus asa dengan kerajaan UMNO dan BN yang sejak dulu gagal meletakkan Islam sebagai cara hidup termasuklah dalam sistem pendidikan negara biarpun mereka berkuasa .
Menghadapi kos pada hari pendaftaran ini memanglah menyebabkan saya sedikit tertekan , namun apa pilihan yang ada pada saya ? Saya bukanlah dari golongan kaya tetapi tidaklah susah berbanding mereka yang miskin dan serba kekurangan .
Saya percaya diluar sana masih ramai ibubapa yang jauh lebih susah dari saya dan dihadapan mereka pula tiada pilihan . Mereka terpaksa harungi segalanya demi anak . Bayangkan saya sendiri pada hari pertama persekolahan dengan pendaftaran 6 anak , ( seorang di Sekolah Menengah - Maahad Muhammadi Perempuan , 3 orang di Sekolah Rendah Islam al Irsyad Balok dan 2 orang di pra - persekolahan - Affan dan Irfan Kuantan ) terpaksa mengeluarkan belanja mencecah RM 2000 dalam keadaan sebahagian dari kos pendaftaran dan bayaran keperluan asas sekolah mereka masih tertangguh .
( Saya ucap terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi bicara budi yang sangat tinggi dan membenarkan saya membuat pembayaran secara tertangguh .)
Kos tersebut tidak termasuk keperluan diluar pendaftaran seperti kasut , baju , bag , van sekolah dan lainnya . Pendek kata tidak kurang dari RM 5000 untuk 6 orang anak .
Saya terduduk menghadapi situasi ini . Nyata kos hidup terlalu tinggi dan kian meningkat. Saya bayangkan bagaimana nasib mereka yang tidak berkemampuan. Tidak hairanlah kalau ada dikalangan mereka yang tidak mampu menyekolahkan anaknya dalam sistem negara kita hari ini dengan kerajaannya yang berorientasikan " berniaga dengan rakyat " bukan " kebajikan untuk rakyat ".
Demikianlah episod membesarkan seorang anak agar mereka mendapat pelajaran yang cukup khasnya didikan agama dalam membentuk aqidah , fikrah dan akhlaknya.
Anak ! Insafilah
Saya sangat berharap agar anak - anak memahami susah payah ayah dan ibu menghadapi hari - hari sukar ini demi anak tercinta. Malanglah kalau anak bukan sahaja tidak mahu memahami kesusahan tersebut malah bersikap biadap terhadap ayah dan ibu dengan melanggar nasihat atau pesanan mereka serta menyakiti pula perasaan mereka. Tidak kurang yang tergamak menconteng arang ke muka ayah dan ibu mereka .
Anak ! insafilah dan berbanggalah kalian dengan insan yang bergelar ayah dan ibu .
Saya yakin , mereka yang bergelar anak ini antara pembaca tetap blog saya . Pernah saya berjumpa dengan sebahagian pembaca blog saya sedang mereka hanya berusia 10 tahun dan ada yang 13 atau 14 tahun . Malah anak sulong saya ( 13 tahun ) antara peminat setia blog saya . Pantang berpeluang akses internet , ia pasti akan ke Episod Sebuah Perjuangan dan membacanya dengan tekun .
Saya harap mereka membacanya dan menginsafinya . Buktikan pula keinsafan itu dengan pulang membawa kejayaan cemerlang pastinya meredakan ketegangan yang dihadapi oleh kedua - dua orang tua.
Buat sahabat seperjuangan . Begitulah kita hari ini yang telah menjadi seorang ayah atau ibu sedang kita juga dahulunya merupakan seorang anak !

7 Comments:
Assalamualaikum . Ustaz ! saya berumur 15 tahun . saya janji akan membalas jasa ayah dan ibu. terima kasih ustaz .
6:55 AM
Assalamualaikum Ustaz...
Betul2 mbuatkan mata ana 'mengelinar'... tharu ana lalu terus teringatkan perit lelah mak-ayah dikampung yg masih lg memerah keringat bsawah dan berkebun di usia yg sudah melewati 60 thn...
Ya Allah.... ana 'dhoif', belum mampu mberi kesenangan pd mereka walaupun dah 2 thn keluar Universiti...
p/s... tahniah buat Along yg dpt stdy di mahaad (p)... :-)
2:58 PM
maafkan saya jika tulisan saya menyinggung ustaz.
Saya tidak faham kenapa pemuda PAS yg menerajui PASTI sendiri tidak berusaha menghantar anak anak mereka ke PASTI.
jika kualiti PASTI lemah, kami terbuka utk ditegur malah berlapang dada utk diganti.
Ketahuilah oleh ustz bahawa yuran kutipan Pasti Balok Pantai tidak mencukupi utk menanggung gaji guru, Pelajar yg dulu lebih 120 orang telah berkurang sehingga 86 org. Pasti Balok Baru hanya mendapat pelajar keseluruhan 28 orang yg mana dgn yuran kutipan hanya mampu membayar gaji guru serta 1/4 dari sewa rumah (yg dijadikan sek)
Tak silap saya, tahun lalu kita merosot 20% pelajar keseluruhan. Dengarnya ingin dibuat post mortem dan sehingga kini result kpd postmortemnya sepi.
Antara sebabnya...Kita dah tak mampu bersaing..........
zamri abdul rahman.
11:37 PM
Assalamualaikum
1:48 AM
Alhamdulillah anak - anak , ana akan dihantar ke PASTI . Kak Long dan adiknya Kak Ira tak sempat dgn PASTI sbb semasa kami tinggal di Muadzam , PASTI belum ditubuhkan di situ. Nak hantar ke Keratong mmg tak munasabah sebab jarak lebih 38 KM .Lalu kami hantar ke Pra Sekolah Pusat Latihan TUnas Islam Muadzam Shah. ( PULATIS )
Afif Syairazi dan Afif Syaibani Alhamdulillah belajar di PASTI al Hidayah Balok . dan kini mereka telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Islam al Irsyad Balok.
Begitu juga Kak Long dan Kak Ira juga belajar di Irsyad Balok . ( Kini Kak Long belajar di Mahhad Muhammadi )
Adapun Iffatul Widad baru berusia 4 tahun dan Afif Syaikhani baru 2 tahun .
Masaalah yg kami hadapi ialah tiada orang gaji atau pengasuh sedang ana senantiasa berada di luar dan isteri ana pula keluar pagi dan pulang jam 4 ptg dari sekolah Teknik Seri Pelindung.
Berbeza sebelum ini , ada jiran sanggup mengasuh dan jaga anak - anak kami . bolehlah kami hantar syairazi dan syaibani ke PASTI dan apabila mereka pulang dari PASTI terus mrk pulang ke rumah pengasuh.
Sekarang pengasuh itu telah berpindah. Kami terpaksa cari pengasuh lain , yang sehingga kini tiada yang sanggup. Akhirnya kami ambil keputusan letak Afif Syaikhani di nursery Irfan ( dekat dengan Pelindung tempat umminya mengajar dan memudahkan umminya menghantar dan mengambil)
Adapun Iffatul Widad yang kini berusia 4 tahun , pada peringkat awal mmg nak hantar ke PASTI , tetapi menghadapi masaalah penjagaan dan pengurusan.
Kalau waktu ana tiada di rumah berhari-hari , siapa yang nak menghantar dan mengambil serta menjaganya sedang umminya hanya boleh sampai ke rumah sekitar jam 4 atau 5 ptg. )
Akhirnya keputusan yg kami ambil ialah letak Iffatul Widad di Affan , sebelah dengan nursery Irfan . Di Affan menawarkan nursery disebelah petang hingga jam 4 / 5 ptg dan ini membolehkan umminya menghantar dan mengambil serentak dua beradik .
Soalnya ialah soal pengurusan dan penjagaan . Bukan soal kualiti PASTI rendah atau tidak yakin kepada PASTI.
Masaalah kami ni , siapalah nak ambik tahu . Kenalah kami tangani sendiri biarpun seribu kepayahan.
Memikirkan sangat masaalah nih , boleh membawa kepada futur dan tidak berjuang. Tapi , tuntutan perjuangan alhamdulillah sehingga kini masih boleh dilunaskan dgn baik.
Lagipun masih ramai orang lain yang susah dan lebih susah. Yang penting kami terus dan tetap memberi sokongan padu kepada PASTI .
2:14 AM
assalamualaikum...
saya baru first time masuk blog nih..
tahniah...
memang kadang kadang terfikir ketidakadilan kerajaan sekarang..
mungkin saya ni terlalu realistik ustaz.. tapi bukan masalah kesedaran yang menjadi punca .. tapi kebergantungan kepada kerajaan..
saya student.. dapat pinjaman.. ibu bapa saya pegawai kerajaan..
mungkin ustaz faham masalah yang dihadapi oleh mereka yang sedar tapi tak berdaya...
kalau boleh mintak tolong ustaz bagi idea atau nasihat...
4:07 AM
This comment has been removed by the author.
5:48 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home