OKB 4 ( Orang Kena Banjir 4 )
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man antara pimpinan negeri yang paling sibuk turun padang untuk membantu OKB . Chenur , Temerloh , Pekan dan banyak lagi tempat yang ditenggelami banjir , nyata tidak menghalang Tuan Guru turun menziarahi rakyat untuk turut merasai secebis penderitaan yang dialami oleh mereka.
Tahun ini adalah tahun Pahang . Pahang antara negeri yang paling teruk dilanda banjir tahun ini. Rata - rata setuju mengatakan bahawa banjir yang melanda negeri ini terutama Pekan , Maran , Jengka dan Temerloh adalah yang terburuk sejak 1971 yang lalu . Kalau tahun lepas , ia milik Johor . Johor teruk dilanda banjir. Hari ini Johor melalui Pesuruhjayanya Dato' Mahfuz berkunjung ke negeri Pahang untuk menghulurkan bantuan kepada OKB . Terima kasih ! dari kami BPPNP .
Cukup menginsafkan , bahawa kebajikan yang kini mula menjadi pendekatan utama PAS tidak membatasi satu - satu bangsa dan agama tetapi melangkaui nilai keinsanan . Syed Hamid antara pimpinan PAS Temerloh yang dikenali ramai turut tidak ketinggalan menyertai misi kebajikan ini.
Misi menghantar bantuan makanan ke kampung - kampung yang terputus bekalan terus digerakkan oleh Jabatan AMAL Malaysia dengan cekal dan gigih meredah gelombang dan arus banjir yang cukup merbahaya. Posisi boat ini benar - benar berada di atas jalanraya yang telah ditenggelami air sedalam kira - kira 8 kaki .
Alhamdulillah , jika 2004 dan 2005 lalu kita dapat menyaksikan bagaimana pemuda -pemuda JKS di Acheh menguasai lapangan kebajikan dan menjadi sebutan badan - badan kebajikan antarabangsa , kini untuk tahun 2006 ( di Johor ) dan 2007 ( di Pahang , Kelantan dan Johor ) Jabatan AMAL Malaysia pula menjadi sebutan semua pihak dan media kerana penglibatan mereka secara aktif dan konsisten dalam kerja - kerja kebajikan . Terutama dalam mengendalikan himpunan besar 100 ribu BERSIH di Kuala Lumpur 11 November lalu .
Merekalah petugas sepenuh masa AMAL Pahang . Dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Rosli Abd Jabbar mereka bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan tanpa mengeluh kepenatan apalagi mengharapkan imbuhan . Nak sampai ke Pekan dari Kuantan yang sepatutnya boleh sampai dalam tempoh 40 minit , kami terpaksa ambil masa hampir 3 jam perjalanan apabila terpaksa melalui Kuantan - Muadzam - Leban Chondong - Nenasi - Pekan .
Setiba kami di Pekan , Lori pula "kepenatan" dan akhirnya tersadai di Masjid Muadzam Shah . Lebih kurang 2 jam "berehat" di Muadzam , perjalanan terpaksa diteruskan untuk misi menghantar bantuan kepada OKB . Sungguh memenatkan dan memang meletihkan tetapi kami bangga dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab ini semoga ianya diterima Allah sebagai amal yang soleh . ( mana tidak , kalau Pak Joe ( setiausaha AMAL Pahang ) tu , baru balik dari Acheh ( juga misi kebajikan ) terus bekejar ke Pekan . Bila masa dia jumpa anak isteri ?? )
Misi bantuan kita kini sampai ke Jengka , dalam parlimen Kuala Krau . Setelah melalui perjalanan yang sungguh memenatkan ke Pekan dan sebelum itu melalui pengalaman yang cukup perit di Chenur ( Parlimen Maran ) dan Ubai ( Parlimen Kuantan ) . Alhamdulillah perjalanan darat ke Jengka pada hari kami sampai telah pun pulih . Sebelumnya kami gagal untuk sampai ke Jengka kerana jalan masuk ke sana terputus .
Bagi kami AMAL dan semua pihak agensi PAS yang menghulurkan bantuan atau sumbangan sejujurnya kami nyatakan bahawa kami tidaklah mampu untuk melengkapkan semua keperluan OKB kerana serba kekurangan dan kelemahan . Namun begitu kami berjanji tidak akan mengabaikan tanggungjawab kebajikan ini semampu mungkin guna meringankan beban penderitaan rakyat dan kesengsaraan mereka.
Sebelum misi kami berakhir di Bera , destinasi kedua sebelum akhir ialah Temerloh. Biarpun dimamah usia , sungguh cekal petugas kita mengendalikan bilik gerakan banjir Temerloh. Hilang raut kepenatan dilindungi senyum lebar tanda puas menjalankan kerja - kerja AMAL ini. al Amalulillah - Amal kerana Allah - itulah slogan dan prinsip kami semoga ianya dipelihara oleh Allah swt.
Akhirnya , saya selaku pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sangat - sangat berterima kasih kepada AMAL , PAS - PAS Kawasan , Individu - individu yang menyumbang dan semua pihak termasuk yang menyumbang tenaga dan idea bagi menggerakkan misi kebajikan nasional ini. Semoga Allah jua yang mengganjari kalian dengan redha dan hidayahNya.
Masih banyak lagi tugas kebajikan yang menanti kita . Kerja membersihkan kawasan banjir dan rumah - rumah yang perlu dibantu dan dibaiki dan banyak lagi . Maka yang masih berkudrat dan yang belum lagi menunjuk "bakat" kudratnya , turunlah dalam program gotong royong perdana pada hari ini dan esok ( sabtu dan Ahad ) di seluruh kawasan yang dilanda banjir. Boleh rujuk pimpinan Pemuda PAS di kawasan masing - masing .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home