" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, December 14, 2007

KAK NURI :
PENYEMARAK KEBANGKITAN MUSLIMAT

Seingat saya , sejak saya menyertai PAS pada tahun 1985 inilah kali pertama Ketua Dewan Muslimat PAS ditangkap atas "kesalahan" berniat untuk memasuki parlimen ( Dewan Rakyat ) .

Apakah ini petanda bahawa Muslimat telah mula meletakkan diri mereka di rel utama yang melandasi perjuangan suci ini ? Ya ! saya merasakan demikian . Tambahan pula , peristiwa tangkapan Ustazah Nuridah itu berlaku dihadapan mata saya . Saya dapat melihat bagaimana ketabahan dan ketenangan beliau menghadapi situasi ini .

Lebih menarik , turut tertangkap bersama Ustazah Nuridah ialah Dr. Lo' Lo' yang pastinya figure ini dikenali umum sebagai seorang tokoh Muslimat yang gigih dan cekal .

Semasa kami "terkurung" di IPK KL , saya terus mengikuti perkembangan yang berlaku di luar dan seorang sahabat , akhi Fadhil Shafie tak jemu - jemu melaporkan apa yang sedang berlaku di pintu masuk IPK KL .

Antara laporan yang saya terima , ialah bagaimana perkarangan IPK telah dikuasai oleh "tentera" Muslimat yang di ketuai oleh Dr. Mariah ( AJK PAS Pusat ) , Ustazah Wan Hasrina ( Timbalan Ketua Dewan Muslimat ) dan Aiman Athirah al Jundi ( Setiausaha Dewan Muslimat ) .

Suara pemuda atau muslimin yang biasanya lantang dipentas demontrasi jelas tenggelam di bawah laungan semangat para Muslimat yang berkumpul di depan IPK pada waktu itu .

Sehingga ada seorang pemuda yang turut serta dalam himpunan di perkarangan IPK tersebut memberitahu saya , bagaimana situasi itu benar - benar dikuasai Muslimat . Muslimat berbalas hujjah dengan pihak PDRM sehingga menimbulkan suasana panas dan tegang ekoran pihak PDRM enggan menunaikan tuntutan mereka agar membebaskan kami yang sedang ditahan pada waktu itu .

Amaran demi amaran dikeluarkan oleh PDRM supaya mereka bersurai , langsung tidak menggentarkan semangat para mujahidah yang terus lantang melaungkan slogan bebaskan tahanan !

Sehinggalah seorang pejuang tua yang istiqamah , malah tidak pernah mengenal erti kalah hadhir bagi menampakkan kembali penguasaan sang muslimin dalam satu - satu perhimpunan . Orang tua berjiwa kental yang saya maksudkan ialah Pak Cik Amjal .

Semarak perjuangan amal Islami berbekal semangat dan kesedaran menuntut hak terus marak sehingga saya sendiri mendengar suara amaran PDRM melalui corong speaker meminta mereka bersurai dalam masa 5 minit sebelum mereka diambil tindakan dan ditangkap .

Ternyata amaran itu sekali lagi tidak memberi kesan kepada mereka selagi ketua mereka Ustazah Nuridah , Dr. Lo' Lo' dan semua tahanan belum dibebaskan . Keadaan kian tegang sehinggalah kehadhiran Yb Salahudin Ayub ( Ketua DPP Pusat ) menenangkan keadaan dan bersedia utk mengambil tangungjawab bagi melanjutkan usaha membebaskan tahanan .

Apa yang ingin saya nukilkan di sini ialah kebangkitan Muslimat yang sebelum ini dilihat secara umumnya tidak bernada dan berwajah sebagaimana yang disaksikan hari ini , adalah satu kebangkitan yang sangat membanggakan .

Nyata kini mereka juga sememangnya berani berhadapan dengan kuasa yang angkuh dan zalim demi memperjuangkan Islam . Apa yang cukup membuatkan hati saya tersentuh , mereka juga sanggup mengambil risiko demi perjuangan ini dan ianya mengatasi kepentingan peribadi dan kepentingan duniawi .

Kalau yang ditangkap hanya seorang lelaki atau pemuda , itu tidaklah menghairankan saya dalam perjuangan kita di Malaysia ini. Tetapi apabila seorang Muslimat yang juga ibu kepada anak yang ramai dan masih memerlukan belaiannya , ini sangat menyentuh hati saya .

Ustazah Nuridah atau lebih senang saya panggil Kak Nuri , kini sering menasihati para muslimat anak buahnya agar tidak gentar dengan ugutan polis atau pihak musuh untuk memastikan agenda perjuangan Islam yang kita dokong ini terus dilangsungkan dengan jayanya.

Malah , sewaktu Kak Nuri memberi statement kepada pihak polis , dengan tegas Kak Nuri menyatakan bahawa saya tidak bersetuju saya ditangkap kerana saya adalah seorang rakyat yang baik dan berjuang demi kepentingan agama , bangsa dan tanahair .

Akhirnya , apa yang ingin saya kongsi dengan semua pencinta agama , khasnya Muslimat terhadap apa yang berlaku sewaktu kami dalam tahanan di IPK baru - baru ini , cukup menjanjikan sinar buat perjuangan khasnya melalui sayap kirinya .

Sebagaimana umum mengatahui , muslimat yang tertangkap hari itu ialah Kak Nuri dan Dr. Lo' Lo' . Sedari awal mereka turun ke parlimen hinggalah detik kami dibebaskan , kak Nuri dan Dr' Lo' Lo' kelihatan sangat ceria , tenang dan mesra .

Saya melihat mereka bagai satu regu yang cukup mantap dengan gabungan segala kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh mereka untuk terus memimpin Muslimat meredah belantara perjuangan ini .

Sementara diluar bangunan IPK pula , Ustaz Wan Hasrina atau lebih mesra saya panggil Kak Wan bergandingan pula dengan Dr. Mariah .

Saya antara yang sangat memahami bagaimana Dewan Muslimat terpaksa melalui hari - hari yang sukar mengorak rentak dan mencari sentuhan dalam mendepani pelbagai halangan dan rintangan ( tahaddiyat ) sebelum ini , kini bagaikan telah menemui ramuan membentuk regu kepimpinan yang mantap dan digeruni musuh .

Ya ! Gandingan Kak Nuri , Kak Wan ( Ketua dan Timbalan Ketua DMP Pusat ) dan Dr. Lo' Lo' , Dr Mariah ( AJK PAS Pusat ) akan menjadi 2 regu dalam satu pasukan menyemarakkan kebangkitan muslimat .

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam.ustaz mungkin ada sedikit pembetulan pasukan muslimat yg bhimpun di luar ipkkl di ketuai oleh DR mariah dan di bantu oleh al-uhkt aiman athirah al-jundi dan ajk2 lain.Timbalan ketua muslimat bertindak ssebagai pemerhati keadaan.
Al-Ukhti aiman athirah telah mengetuai pasukan muslimat dgn laungan2 yg meminta io dan polis memberikan kerjasama dalam membebaskan para pemimpin kita.
Amat meyedihkan, Al-Ukhti Aiman Athirah yang cuba utk mengawal keadaan dalam suasan yg penuh smagt juga telah cuba ditangkap oleh polis2 di ipkkl, Alhamdulillah dgn izin Allah apabila muslimin dan muslimat bergabung tenaga utk menghalang polis, akhirnya polis mengalah dgn melepaskn al-ukht aiman athirah.

Apa pun, sehingga ke malamnya apabila di khabarkan bahawa tahanan dibenarkn bebas dgn jaminan polis maka, antara muslimat yg sampai terlebih dahulu adalah dr.mariah, al-ukhti aiman athirah dan beberapa sahabt lain.

Apabila tiba masanya berjuang tnpa menoleh ke belakang menjadi pegangan, dgn myakini bahawa Allah sebaik2 sandaran langkah muslimat akan terus tegar demi mendaulatkan Islam.InshaAllah

12:29 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Walaikumussalam.

Kalau begitu kandungan pembetulannya , tidak mengapalah . Hadhirnya Kak Wan walau tidak melaung dengan slogan yg penuh semangat tidak boleh dianggap sebagai pemerhati .

Ia adalah Timbalan Ketua Dewan Muslimat dan hadhirnya bukti ia bersama mungkin kelebihan untuk melaung suara dan memaparkan semangat berkobar tidak dimiliki oleh Kak Wan .

Saya percaya kalau Tok Guru Nik Aziz hadhir masa tu pun , tok guru tidak akan melaungkan suara tinggi mengalahkan suara Dr. mariah dan suara Aiman Athirah .

Tapi bolehkah kita kata Tok Guru hanya menjadi pemerhati . Hadhirnya atas kapasiti jawatan yang diamanah adalah satu sokongan tinggi buat anak buah .

dan seperkara yang paling penting , artikel ana ini utk menampakkan kehaibatan muslimat dan menyatakan bahawa mereka kini telah memiliki regu yang baik untuk perjuangan Islam . Semoga semua pihak bersih hati dan ikhlas qasad .

Siapa tak kenal dengan aiman athirah dgn suara lantang dan begitu juga Dr. Mariah . sebabtu kalau perhatikan uslub saya menulis , saya " ianya diketuai oleh Dr. Mariah ( namanya didahulukan kerana ia adalah AJK PAS Pusat ) , Kak Wan ( sbb dia adalah Timb. Ketua DMP Pusat ) dan Aiman nama ketiga sebab ia adalah setiausaha .

ertinya saya susun nama mereka mengikut perjawatan kerana menghormati mereka dan amanah ahli atau kepercayaan ahli yang diberikan kepada mereka .

Tiada maksud untuk mendahulukan sesiapa dan membelakang kan sesiapa .

Jika dalam satu - satu himpunan , ana selaku timb. ketua DPP Pusat bersuara langtang sementara yang turut hadhir dalam perhimpunan itu ialah Dr. Syed Azman yang tidak bersuara lantang dan mungkin hanya diam , kalau ana yang menulis , ana akan tulis perhimpunan itu dipimpin oleh Dr. Syed Azman krn beliau adalah AJK PAS Pusat .

Persoalannya , tidak penting siapa yang mengetuai satu - satu himpunan itu , sebab perjuangan kita tidaklah terhenti sekadar berhimpun sebegitu , tetapi penyertaan dan kebersamaan dalam apa jua aktiviti dengan hati yang ikhlas dan bersih .

Jauh dari prasangka dan jujur untuk agama Allah malah sering mencari ruang untuk berdamai sedamai salju di musimnya yang indah .

7:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Asif ustz, ana sbenarnya dha maklum pun mengenai susur galur artikel ustz yg du tulis atas kapasiti pertanggungjawaban yg ada pada jemala pimpinan kita.

sekali lg maafkan ana. cuma apa yg ana ingin perbetulkan adalah suasana yg agak tegang shingga hampir2 al-ukhti aiman athirah tertangkap..
selain dan selebih dr itu kt berada di saf yg utuh dgn pimpinan mereka yg telah di pilih Allah.Moga Allah membantu kt untuk memberikan kejayaan pd perjuangan ini.

Moga Allah ampunkan ana atas khilaf yang telah ana timbulkan di sini. Asifni Jiddan

10:11 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Waalaikumussalam

Asal sahaja perjuangan kita bertolak dari nawaitu yg tulus kpd Allah swt. pasti sahaja kita akan merasai nikmat berjuang tanpa khilaf .

Selamat berjuang ana ucapkan buat saudari . Terima kasih jua atas komentar yg diberi . Masa depan milik Islam

9:42 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home