OKB ( Orang Kena Banjir )
Air Sungai Pahang yang menenggelamkan sebahagian besar kampung bersebelahan dengan Sungai Pahang di dalam DUN Chenor .
Banjir sebesar ini hampir menyamai Banjir besar yang melanda kawasan tersebut pada tahun 1971 .
Ini sahajalah yang masih tinggal kepada kami . Alhamdulillah kami masih selamat .
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang memberi sedikit sumbangan tanda kebersamaan menghadapi penderitaan yang dialami oleh penduduk kampung yang telah 8 hari berteduh di bawah khemah ini .
Air sedalam 7 kaki menenggelamkan separuh dari rumah sahabat anggota Unit Amal kita . Tapak rumah ini juga telah senget dilanda arus yang deras .
Siap untuk melakukan visi ziarah dan menghantar bantuan kepada OKB sekitar Kampung Kertau dan kampung - kampung yang berhampiran .
Kawasan banjir ini menenggelamkan beberapa - beberapa buah kampung serentak dan menjadikan kawasan luas ini bagaikan lautan keruh yang terbentang .
Masjid ini turut ditenggelami air sedalam 7 hingga 8 kaki . Selepas ini , Unit Amal akan dikerahkan untuk membersihkan rumah Allah ini sejurus air surut . Harap Unit Amal Pahang stanby .
Bangunan Sekolah 5 tingkat ini dijadikan kawasan penempatan banjir bagi penduduk sekitar . Mereka telah terperangkap di bangunan tersebut sejak 8 atau 9 hari yang lalu dan memerlukan makanan juga bantuan perubatan . Kedudukan mereka jauh melebih 3 km mengharungi arus air banjir yang deras dan sungai Pahang yang dalam , baru boleh tiba ke tempat mereka .
Kami kekurangan tenaga untuk bertugas menghantar bantuan , lebih seribu penduduk yang terperangkap jauh ke tengah dikepong oleh banjir besar dan sungai Pahang yang luas. Saya mengambil masa sekitar 45 minit menggunakan bot laju ini untuk sampai ke perkampungan yang memerlukan bantuan .
Hampir Maghrib , saya kembali dari misi ziarah dan menghantar bantuan , saya singgah sebentar di Bilik Gerakan Banjir PAS Kawasan Maran . Yang jelaskan , kami perlukan bantuan tambahan pada kadar segera dalam bentuk tenaga dan wang ringgit . Kepada para dermawan , saya merayu .... Semoga Allah membuka hati !
Saya dan rakan - rakan OKT ( Orang Kena Tahan ) baru pulang dari Mahkamah KL terus ke lokasi mangsa OKB ( Orang Kena Banjir ) untuk menghantar bantuan dan menziarahi mereka yang terperangkap .
1 Comments:
Begini cara PAS mendekati mangsa.. dan begitu cara BN mendekati bangsa..
Begini maksud ana : ustaz yg berkain pelekat yg benar2 turun ke air.. dan begitu maksud ana Dato' Najib yang turun dgn Baju melayu dan bersampin songket serta berbut getah...
Wahai rakyat pahang saksikanlah... Pilihan di tangan anda
3:46 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home