" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, December 29, 2007

OKB 3 ( Orang Kena Banjir 3 )



Meskipun ada pihak yang tidak membenarkan kami membawa masuk makanan ini ( rendang dan pulut kuning ) , OKB yang sememangnya merindui masakan rendang dan pulut sempena hari raya ini keluar beramai - ramai dan meminta akan makanan itu dibekalkan kepada mereka . Alhamdulillah dan orang yang tadinya bersungguh menghalang kerana bimbangkan keracunan kononnya , hilang entah kemana . Tak mengapalah , mungkin beliau tidak memahami hasrat kami ( AMAL ) datang membantu OKB .


Terimalah Nek ! dari kami tak seberapa dari Unit AMAL dan PAS Kawasan Kuantan yang bertungkus lumus siapkan rendang ini . Panas lagi nih ! Insyaallah selamat dimakan . Tiada keracunan ! Insyaallah .



Kambing ! minta maaf laaa , ini Rendang dan Pulut . kamu tak makan pulut kan ? So janganlah cemburu . Allah tetap akan memberikan rezeki kepada kamu .



Masih berbaki Rendang kami , maka tidaklah kami lupakan OKB yang tidak berpindah tetapi masih terkepong di Perkampungan Ubai ini . Kebetulan , walaupun rumah mereka tidak ditenggelami air tetapi jalan keluar kampung mereka semuanya terputus dan mereka terdiri dari keluarga yang tidak berada . Semoga hari Raya ini kita nikmati bersama .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home