Skandal Seks Pemimpin
Salahuddin ajak rakyat tumbangkan BN
Penglibatan para pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam skandal seks bukanlah benda baru dalam politik negara, bahkan pengakuan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Soi Lek, bahawa beliaulah orangnya yang terlibat dalam video lucah tidak mengejutkan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Perkara tersebut tidak aneh kepada rakyat kerana sememangnya diketahui umum tentang kerendahan moral pemimpin Barisan Nasional (BN), katanya. Kes di Melaka, Altantuya dan Mustakizah contoh terdahulu "Jika kita masih ingat tentang kematian Mustakizah dan Altantuya, ia mempunyai hubungan yang rapat dengan skandal seks pimpinan utama negara..
"Dahulu pun, di Melaka, gadis bawah umur membuat pengakuan dirogol oleh Ketua Menteri. Penarikan diri seorang menteri daripada bertanding jawatan penting dan berprestij sebuah badan dunia baru-baru ini juga dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal seks.
"Ini tidak termasuk kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin yang lebih rendah seperti kes rogol dan paparan aksi lucah dalam website dalam kamera digital 3G seumpamanya beberapa orang ahli-ahli Parlimen di kalangan BN.
Sukar cari pemimpin BN bebas skandal
"Ini biasa bagi mereka cuma yang peliknya hari ini yang berlaku ialah bila skandal itu dapat divideokan seperti kes video lucah VP Vijandran dan Soi Lek baru-baru ini," dakwanya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini, hari ini.
Apa yang pasti katanya, bagi rakyat, amat susah untuk mencari seorang pemimpin BN yang benar-benar bersih daripada skandal. Beliau menegaskan, daripada skandal rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, judi hinggalah kepada skandal seks, keruntuhan moral para menteri sudah cukup untuk memberi makna Islam Hadhari, integriti dan agenda modal insan yang dilaungkan oleh Umno/BN.
"Semua ini adalah pembohongan untuk mengaburi mata rakyat, padahal hakikatnya pemimpin BN sendiri mengalami keruntuhan dan kehancuran moral yang begitu dahsyat. Tidak ada guna kita bercakap soal Rukun Negara dengan ( Kesopanan dan Kesusilaan ) jika pemimpin sendiri beraksi umpama binatang yang tidak mengenal sistem hidup bermoral yang menunjangi kestabilan masyarakat," katanya.
Alasan diperangkap tidak boleh diterima, ia memalukan
Malah katanya Pemuda PAS tidak dapat menerima alasan menteri tersebut bahawa beliau diperangkap apabila kamera sengaja dipasang dalam bilik tersebut untuk merakam kegiatan seks haramnya.
Soal pencerobohan hak individu mungkin benar bagi seorang penganut faham hak asasi barat, tetapi perbuatan mengadakan hubungan seks haram adalah bercanggah dengan budaya negara ini dan amat tidak bertanggungjawab, katanya.
Tambahan pula katanya, Perdana Menteri baru sahaja mengingatkan bahawa hak peribadi mesti diamalkan secara bertanggungjawab. "Sebagai seorang menteri, perbuatan ini amat tidak layak dan memalukan. Ia akan menjadi contoh yang buruk kepada para remaja.
"Perbuatan menteri ini sendiri bertentangan dengan kempen Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan seks bebas bagi mengawal penyakit kelamin. Seorang menteri seperti ini tidak layak meneruskan tugasnya untuk negara," katanya.
Dalam pada itu katanya, Pemuda PAS menyedari bahawa ada usaha untuk menjatuhkan menteri tersebut sehingga video seksnya didedahkan kepada awam oleh media arus perdana sendiri.
Kem yang sama dengan Ong Ka Ting
Katanya, umum mengetahui Menteri Kesihatan berada dalam kem yang sama dengan Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting, dan telah menjadi pengetahuan umum juga bahawa wujudnya krisis dan konflik yang tidak berkesudahan dalam MCA.
"Kejadian seperti ini berlaku kerana ada usaha untuk menjatuhkan pemimpin MCA itu dengan memperalatkan media arus perdana. Ia juga memberikan gambaran jelas kepada rakyat tentang hakikat perpecahan besar-besaran dalam kepemimpinan BN menjelang pilihanraya ini," katanya.
Katanya, DPP Pusat melihat bahawa pendedahan skandal seks ini mempunyai hubungan yang rapat dengan usaha-usaha untuk menjatuhkan Chua Soi Lek, lebih-lebih lagi apabila pemimpin MCA tertentu terus bersuara tentang perkara ini.
Namun begitu, katanya rakyat melihat betapa kronik krisis kepemimpinan dalam parti-parti komponen BN.
"Pemimpin antara parti bertelagah, pemimpin dalam parti yang sama juga berkrisis. Adakah pemimpin seperti ini yang patut diangkat oleh rakyat untuk mentadbir negara?.
"Dengan moral yang begitu rendah dan daya kepemimpinan yang lemah, pemimpin BN sudah tidak layak lagi untuk diberi mandat dalam pilihanraya akan datang,"
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home