" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, April 09, 2008

ULANGTAHUN PERKAHWINANKU
YANG KE 14


Alhamdulillah , sambutan ulangtahun perkahwinan saya yang ke 14 berjalan lancar dan meriah walaupun disambut secara sederhana.


Terima kasih kepada kaum keluarga , sahabat handai yang hadhir dan juga mereka yang tidak putus - putus menitip doa selamat buat kami seisi keluarga.

Doa dan kata - kata semangat dari sahabat perjuangan cukup membara di jiwa agar menjadikan keluarga yang saya bina sejak 14 tahun yang lalu terus menjadi pemangkin kepada gerak kerja amal Islami di medan juang.

Biarpun keluarga saya masih kecil dengan hanya 8 anggota , namun meredah tempoh 14 tahun bukanlah suatu yang mudah . Pelbagai pahit getir telah kami lalui.

Bermula detik ijab qabul pada tahun 1994 , semasa kami masih menuntut di Perlembahan Nil hinggalah kini , genaplah 14 tahun kami mengharungi pancaroba hidup berumahtangga .

Alhamdulillah , rumahtangga yang telah diwaqafkan kepada perjuangan Islam ini masih mampu bertahan biarpun menghadapi tekanan dan cabaran yang sungguh sukar. Mudah - mudahan rumahtangga ini terus dikurniakan sakinah , mawaddah dan rahmah hingga ke akhir hayat.

Sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 14 ini diadakan adalah sebagai langkah kami untuk tajdidul bi'ah ( memperbaharui suasana perkahwinan kami ) agar keceriaan , keharmonian , kebahagiaan dan ketenangan dapat dipertahan dan dikekalkan.

Ianya suatu yang sangat penting bagi individu seperti saya yang terlibat sepenuh masa di medan juang . Isteri dan anak - anak yang sering ditinggal jua sangat memerlukannya.

13 Comments:

Blogger Hasbullah Pit said...

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan, semoga bahagia lagi....

1:30 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salaam alaikum w.b.t.. Cewwah, cantiiik!!! Alhamdulillah, dan semoga ustaz sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat selamanyaa, baarokallahu lakum, amiiin :)

1:58 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Terrbaiklah ustaz....Tahniah.,moga Allah memberi kerahmatan yang kekal selamanya sehingga ke akhirat kelak untuk ustaz sekeluarga...InsyaALLAH

10:17 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Bestnya tengok anak-anak ustaz yg berderet-deret tu....walau apapun, semoga berbahagia sehingga ke akhirat......

Salam perjuangan dari saya
BULANMASA

10:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah, tahniah ustaz. Moga2berkekalan hingga ke syurga, InsyaAllah. Takbir...

3:31 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ustaz... sekalung tahniah dr ana atas kebahagiaan rumahtangga selama 14 tahun yang ALlah telah kurniakan kepada ustaz...mdh2n ana doakan ianya berkekalan hingga ke syurga ALlah insyaALlah.

satu kemusykilan yg ana nk tanya ustaz brkenaan tajdidul bi'ah ( memperbaharui suasana perkahwinan kami )...boleh x ustaz terangkan konsep nih sbb biasa ana dengar penganut Kristian je yg memperbaharui ikrar perkahwinan nih...
adakah konsepnya sama? harap penerangan dr ustaz..

5:51 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Tajdiidul Biah maknanya memperbaharui suasana bukan memperbaharui ikrar .

10:10 PM

 
Blogger khalati69 ....indahnya hidup Fi zilli al Quran said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, kepada seluruh ahli abait Ustaz semoga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah Taala,
Sebenarnya saya tsecara tak sengaja melayari blog ustaz setelah mencari beberapa maklumat dalam webPAS, pertamanya tahniah kerana telah berjaya mengharungi bahtera perkahwinan yang agak panjang semoga kekal sehingga akhir hayat.Ana juga sebearnya adalah salah seorang kenalan & sahabat kepada zaujah ustaz, harap sangat Kak Hamidah dapat hubungi ana untuk bertanya khabar atau sekuran-kurangnya menyambunng silaturrahim yang sekian lama terputus, Buat pengetahuan Kak Dan, kalau masih ingat pada seorang insan bernama( Nadzirah )masih berada di UIA Gombak sebagai pensyarah di KUlliyyyah Ilmu Wahyu ( Department Quran & Sunnah) Kalau ada kelapangan boleh hubungi no 012-6639944 - semoga ikatan persahabatan kembali segar, sekian wassalam.

12:41 PM

 
Blogger Produk Halal Tanggungjawab Bersama said...

Salam ustaz...selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 14.

Sejuk mata memandang melihatkan keluarga ustaz...

semoga berbahagia dan berjaya menempuh pelbagai cobaan yang mendatang...pengalaman mengajar kita erti matang dalam hidup...semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada seluruh keluarga ustaz...

teruskan perjuangan menegakkan agama Allah

1:07 PM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum....Tahniah usataz.Teruskan perjuangan. Moga usataz bahagia bersama keluarga. jangan lupa kan kami di Bangi ni.Harap jika ustaz berkelapangan singgahlah berceramah di surau annur bangi.

2:52 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

insyaallah . cdg tu 19 april ni , kalau an nuur setuju boleh call ana.

1:14 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Buat Nadzhirah , nanti Kak Dah akan hubungi Nadhirah

1:15 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam..

ustaz, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke-14...doakan juga kami beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat bersama keluarga tercinta...

from : zahrah -you kay-

1:48 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home