Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong cadangan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM )
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM )
“ Tukar Baju untuk Elak Gangguan Seks “
Cadangan dan gesaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) terhadap Kementerian Pelajaran agar menukar baju putih yang menjadi uniform pelajar sekolah sebelum ini kepada pakaian berwarna agar tidak menarik perhatian mata lelaki yang mengundang jenayah seksual adalah suatu yang sangat baik dan wajar .
Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan sokongan yang tinggi terhadap cadangan tersebut dan turut mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran segera mengambil tindakan sesuai dengan tuntutan agama yang mendidik agar kita senantiasa menutup apa jua ruang dan peluang yang menghela ke arah jenayah dan mungkar . ( Sadduz Zarai’ )
Peningkatan jenayah dan gangguan seksual dikalangan pelajar sekolah semakin parah dan membarah. Pihak Kementerian tidak sewajarnya memandang sebelah mata dan hanya mengeluh setiap kali kes baru membabitkan jenayah seksual pelajar sekolah dilaporkan. Islam telah menggariskan etika berpakaian dan imej penampilan bagi mengurang dan mengelakkan jenayah seksual ini berlaku secara berleluasa.
Menutup aurat dan berpakaian sopan serta sesuai agar tidak menampakkan bentuk tubuh dan bayang pakaian dalam , adalah suatu yang asas dalam Islam bagi menjamin ketenangan dan keselamatan kaum wanita itu sendiri .
Dewan Pemuda PAS Pusat sangat yakin bahawa apa yang telah dicadangkan oleh PKPIM itu bukan sahaja telah didahului oleh kajian dan penelitian terhadap kes yang berlaku tetapi juga mewakili keresahan dan kegelisahan ibubapa berkait dengan peningkatan kes cabul , zina ,salah laku dan rogol yang melibatkan pelajar sekolah .
Uniform Baju putih sememangnya perlu dinilai semula kerana kini menjadi trend oleh sebahagian pelajar perempuan mengenakan pakaian dalam berwarna dan menyerlahkan bayang pakaian dalam mereka dan ia menarik perhatian lelaki yang rosak akhlak, bahkan terdedah kepada risiko berlakunya jenayah seksual ke atas diri mereka. Perkara seperti tidak boleh dianggap remeh dan dipandang kecil kerana ia boleh mengundang musibah .
Pihak Kementerian Pelajaran digesa membuat kajian semula terhadap uniform pelajar sekolah dengan mengambil kira cadangan dan pandangan dari pelbagai pihak . Malah Dewan Pemuda PAS Pusat mencadangkan agar Kementerian merujuk kepada para mufti atau ulama’ untuk mendapatkan nasihat dalam perkara ini.
Bukan sahaja melibatkan soal pakaian tetapi sebaliknya Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa agar satu langkah berkesan diambil oleh pihak Kementerian secara menyeluruh bagi menangani peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual dikalangan pelajar sekolah.
Ianya pasti sahaja melibatkan soal pendidikan agama dan penghayatan serius terhadap amal Islami mesti diterapkan kepada pelajar sekolah disamping menyediakan persekitaran yang selamat dan aman dari anasir maksiat dan mungkar dikalangan pelajar .
Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .
7 Comments:
Salaam alaikum w.b.t.. Mmmm bagus cadangan itu, alhamdulillah.
Ustaz, bagaimana dengan melaung2kan Allahu akbar kuat2 seperti penyokong2 PAS? Bukan ke berzikir sepatutnya dalam nada yang rendah? Sekadar mahu mengetahui :)
Harap ustaz dapat komen dengan artikel di link di bawah ini
Allahu akbar dengan suara yang kuat menyalahi sunnah
1:17 PM
ada 2 masalah di sini:
1) masalah sistem
- kerana proses peggubalan undang-undang2nya kufur, kemudian dari situ lahir macam-macam undang2 kufur dari pemertintahan, ekomoni, politik, dalam negara, luar negara, sosial
- dah keseluruhan sistemnya adalah kufur, wajarlah banyak masalah. islam sebagai muallajah masyakil insan tidak berlaku.
2) hukum pakaian dan aurat bagi muslimah:
- hasil dari sistem yang tidak islam diaatas, maka penjagaan aurat bagi muslimah pun terabai.
- wajib memastikan muslimah(dan muslimin juga) menutup aurat. tetapi jika ia sekadar 'solekan' untuk mengurangkan masalah ganggungan seksual, ia masih lagi tidak selari dengan hukum syara'.
oleh itu, saranan saya adalah tekanan perlu diberikan kepada kerajaan sekular hari ini untuk mengubah seluruh sistem kufur kepada islam, bukan sekadar tampal sulam disini sana keatas sistem sekular, ia tidak akan menyelesaikan masalah.
"Masuklah Islam secara kaffah"
4:49 PM
pakai la bju kurung warna apa pun, kalau tak bertudung seksi juga jadinya.
Bertudung pun boleh seksi jua, kalau yang dipakai tu bukan 'tudung', tapi kain tutup kepala.
Makanya, pakai lah ikut cara Islam..
Hakikatnya, dlm tv penuh dengan org tak berpakaian. Itu lagi menyumbang masalah moral.
Manusia pening kepala dengan masalah yg melanda. Sebab? Degil, tak mahu ikut acuan Allah
12:56 AM
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar dibidas Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh.
Nuridah menyatakan bahawa sesuatu kejadian itu terutama yang melibatkan maksiat ataupun jenayah seks tidak akan berlaku sekiranya tidak melibatkan kedua-dua pihak atau keadaan sekekeling yang mengundang kepada perbuatan tidak senonoh itu.
"Pintu ransangan itu mestilah ditutup terlebih dahulu sebagai langkah awal kerana sudah jelas bahawa pakaian yang menjolok mata seperti pakaian seragam sekolah yang nipis dan telus (transparent) mengundang nafsu orang lain melihatnya.
"Saya harap Hishamuddin merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan seweang-wenangnya malah mesti dilihat mahu membuat perubahan demi keselamatan pelar-pelajar sekolah khususnya perempuan," katanya
Beliau juga mahu ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.
Sungguhpun begitu, beliau tidak mahu perubahan drastik dilakukan ke atas pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.
"Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai," katanya memberi saranan. - mns
Untuk pengetahuan Noridah pakaian pelajar sekolah perempuan dari dahulu sebenarnya tidak ada masalah apa-apa pun. Adakah di Malaysia dan khususnya di kelantan terjadi banyak kes rogol dikalangan budak sekolah semasa mereka disekolah,dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah?? Jawapan nya adalah tidak.
Disini adalah penting kita umat islam wajib kepada siapa yang mampu buka lah perniagaan dan bekallah pakaian sekolah yang tidak nipis dan tidak lutsinar.. kalau cakap sahaja tanpa menunaikan tanggungjawab fardu kifayah berdosa kan terutamanya sebagai seorang pemimpin. Ingat bahawa sekarang hampir 95% pelajar perempuan pakai tudung jadi buat lah perniagaan untuk pakaian tebal untuk pelajar sekolah.
Saya sedih kerana masih ramai lagi pemimpin PAS masih mengeluarkan kenyataan mengkritik tanpa memberi jalan penyelesaian.
Dan jika bukan islam membantah peraturan itu atas alasan kebebasan bukankah akan menjadi masalah? Bagaimana kalau sahabat baik kita DAP yang membangkitkan isu ini macam mana nak jawab.
Dan tolong beritahu PKR suruh wanitanya semua supaya mengenakan pakaian yang tertib mengikut Syariat ISLAM jangan terjebak sama ikut pakaian wanita UMNO terlalu menarik perhatian.Jikalau sahabat PKR pun susah kita nak tarbiah macam mana kita nak tarbiah satu Malaysia.
wassslam
8:38 AM
Allahu akbar ketika perang dan jihad ketika berhadapan dengan musuh kena perlahan jugak ke? Dalam memahami sunnah, kena bezakan zikir bakda solat di masjid dan zikir ketika berperang..
4:06 PM
salam...
pakai jubahpun kalau orang tengok seksi boleh jadi seksi...
tengok ulama PAS dah kahwin 2 dan nak kahwin 3...jumpa abe MIE kat
pkrpasdap.blogspot.com
12:50 AM
salam alaik.. ustaz, ana ingin menanykan satu pendapat dan nak tahu apa yg perlu saya buat.. beberapa bulan yg lalu ana ada mengenali seorg akhawat yg insyaallah baik dari segi perwatakan, agamanya dan sebagainya dan ana rasa cukup 4 perkara untuk dijadikan isteri... ana telah pun berkawan dgn dia bukn dalam erti kata couple mcm sesetengah org lain... kmi berkawan dgn niat untuk dirikan rumah tgga dan kedua keluarga tahu bahawa kami ingin bernikah suatu hari nanti... tapi jarak dan masa yg tidak mengizinkan kami... ana di jordan dan dia di ukrain... dan kami bercadang sesama sendiri untuk tggu sesama lain sehingga tamat pengajian... iaitu tahun 2010... ini yg menjadi persoalan ana.. kami dah dapat nekad untuk dirikan rumah tgga tp ayahnya si akhawat menjadi penghalang antara kami... oleh kerana ana ni seorg org yg berasal dari kelantan maka ayah nya terus menolak ana, bukan dari segi pelajaran, agama dan kekayaan tapi hanya disebabkan ana ini berasal dari salah sebuah negeri iaitu negeri kelantan... jd sekarang ini kami semakin bingung untuk membuat keputusan sdgkan di belah pihak ana hnya menggu lampu hijau jer... tapi disebelah pihak perempuan lampu merah jer yg asyik menyala... menyala dgn satu masalah iaitu kerakyatan kelantan ana menjadi batu penghalang bagi ana.... dan anak perempuannya... kalau nak diikut kan istakharah.. sudah bnyak kali kami lakukan jwpn yg sama yg keluar malah istikharah ini sudah menjadi amalan harian kami dlm tentukan bik buruk... jadi apa pandangan dan dorongan dari ustaz??? minta ustaz boleh selesaikan masalah kami ini... wallahuaalam...
4:05 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home