" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, September 12, 2008

Berpindah "Rumah"

Alhamdulillah , sedikit sebanyak dapat disiapkan penstrukturan semula "rumah" usang ini. Kalau tidak menarik , mohon berbanyak maaf . Maklumlah rumah orang kampung tradisional , macam ni lah seadanya .

Sehari dua ni nampaknya tak boleh lah saya post artikel baru sebab dok sibuk dengan "memunggah barang" ke rumah baru ni . Letihlah jugak nak menghabiskan kerja kerja pemunggahan ini. Ini yang saya malas berpindah randah nih .

Tapi nak buat macam mana , keadaan memaksa . "Rumah" lama saya rosak teruk . Ntah angkara siapa , saya hanya serahkan kepada Allah swt.

Masa saya tinggal di Mesir dulu , perkara yang paling saya tidak suka ialah berpindah rumah . Tapi apa boleh buat , berpindah rumah menjadi perkara biasa bagi kami di Mesir . Kalau tidak masaalah rumah , masaalah dengan tuan rumah . Kalau tidak dengan tuan rumah , masaalah dengan jiran pulak . Yang pasti , berpindah randah menjadi isu biasa di Mesir .

Penat memanglah penat . Tapi kalau saya tak pindah , tentu sahabat handai tidak boleh lagi membaca artikel - artikel saya . Ya laa , artikel saya ni bukanlah hebat tetapi kata orang , boleh buat penghubung silaturrahim dan pengubat rindu. Lama kita berpisah , nukilan hati dan karya pena tentu sahaja merapatkan antara kita .

9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam. tuan uda update blog tuan. cantik pic tuan keluar dr kereta tu tapi tah kenapa saya spt merasakan mcm gambar itu spt menunjuk2 dengan gaya dan style tersendiri. saya rajin melayari blog2 yg lain tp tah napa saya kurang berperasaan begitu. maaf, sekadar pandangan peribadi.

6:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Gambar blog dulu tu nampak tak islamik, berkopiah putih dan kemeja lengan pendek.Itu pakaian kumpulan Erdagon.

Grup bukan Erdagon kena pakai jubah meleret dan berserban, lagi besar serban lagi nampai 'islamik'.

Anwar kata selapas Pakatan ambil alih Malaysia, dalam tempoh 6 bulan hingga setahun PRU 13 akan diumumkan. Apa komen ustaz.

Ana cadangkan ustz join kumpulan ana hizbul Tahrir. Tolakla pilihanraya ni. Mana boleh laksana Islam melalui pilihanraya.

Sejarah telah membuktikan pilihanraya tak memenangkan Islam. Semua kes seperti yg ustaz cerita, ulama jadi tukang tolak kereta akibat daripada percaya demokrasi.

9:19 PM

 
Blogger Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi said...

w'salam

Laaa ingatkan nak tambah semangat. Gambar tu seorang rakan merakamnya secara candid sebaik saya turun dari kenderaan untuk menyampaikan kuliah di surau ar Raafiq dulu .

Itu bukan gambar posing atau bergaya . cuma bila saya tengok gambar tu , saya sendiri naik semangat untuk terus melangkah meredah leliku perjuangan ini .

itu lah pun gambar terbaik yang saya ada :)

Tak ada niat apa apa , sekadar rasa bangga hidup sebagai seorang muslim dan mampu duduk sebaris dengan pejuang - pejuang Islam yang lain untuk terus mengambil risiko perjuangan ini dgn yakin dan optimis .

Kalau sahabat tersinggung dgn gambar ni , saya mohon maaf banyak banyak . Tapi izinkanlah ia menjadi potrait terbaik saya untuk saya hiasi di laman rumah saya sendiri .

Maaflah saya pun dah tak tahu nak letak gambar mcm mana . Pakai topi org kata ana sekular , pakai kopiah baju lengan pendek org kata ana erdogan . Laa ni nak try gambar pakai jubah serban plak . :)

1:34 AM

 
Anonymous Anonymous said...

ustaz,macamana dengan 3orang kena tahan ISA.ustaz setuju kan??kan ustaz sebulu ngn puak2 yang ustaz suka dan setuju sangat bermuzakarah tu.???mereka ni la kawan yang ustaz nak bermuzakarah sanagat tu.jangan2 ustaz ada dalam list depa gak.jaga2.dah tau budaya UMNO cam tu lagi nak kawan,sebelum PRU12 semangat kata nak tentang kezaliman,sekarang termakan permainan agama UMNO.saya hilang respek pada ustaz

7:14 AM

 
Blogger k-one said...

salam. ini hadiah buat geng2 yg nk condem usaha2 merubah krjn . pada saya geng2 ni bukan nya nak membantu . kalo tak nk membantu pun bg sokongan moral pun tak pa la jugak , tak pun diam...
sebelum saya bg hadiah ini saya ingin bertanya, pernah ka ustaz berdakwah dgn MP2 BN agar mereka terbuka utk bertekad berhirjah masuk pas ? pernah kah ustaz berusaha ke arah itu dgn tujuan agar lebih ramai MP BN hijrah ke dlm PAS supaya MP PAS dlm parlimen paling ramai sekali gus akan d nobatkan sebagai PM? kalo betul2 mahu spt apa yg ustaz tulis tempoh hari, patutnya usaha ini d giatkan. ingat, anuar 'dakwah' dgn MP BN spy mrk hijrah masuk pakatan. sepatutnya kamu pun turut serta dgn usaha itu agar bila mrk masuk pakatan, maka mrk pilih PAS drpd PKR atau DAP.

spt yg d janjikan terimah hadiah dari saya,
-------------------------------------
RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA
1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.





NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

11:47 AM

 
Anonymous Anonymous said...

SALAM.. SAYA BARU BALIK DARI TERAWIH DAN TADI ADA TAZKIRAH..
BAYANGKAN PAS AKAN DITINGGALKAN OLEH PR ATAU MENINGGALKAN PR..KERAN ISLAM.. JADI SAYA RASA PAS DARI AWAL LAGI TIDAK BERSAMA PR KERANA RAKAN2 PR YG LAIN TIDAK MENDASARKAN ISLAM DALAM PARTINYA DARI AWAL LAGI..

PAS HARUS TERUS SENDIRIAN KERANA BERLAINAN IDEOLOGI.ATAU MELAYU SEMUA DALAM PR MENYERTAI PERJUANGAN PAS TERMASUK DSAI...

10:36 PM

 
Blogger matcomot said...

salam ustaz :
dah ok gambar tu..
maybe sebaba saiz dia besar sngt.
cuba kecik kan sikit saiz dia
mungkin ok.

saya suka bertukar fikiran di blog ustaz,walaupun mcm email yang maki hamun saya.

saya cuma nak yang terbaik utk semua.

1:47 PM

 
Blogger faham islam said...

salam...buat renungan semua kawan2,saya teringat kisah amru ibnu asr,apabila beliau diutusakan oleh saidina umar untuk membuka mesir,beliau telah memohonm tentera bantuan seramai 4000 org,tetapi yang dihantar oleh saidina umar hanya 4 orang.bodoh kan kita fikir,tapi golongan 4 org ini memiliki iman yg begitu tinggi,sehinggakan ada seorang yang bernama qa'qaah,saidina umar menyatakan beliau ini menyamai seribu org pemuda,sekali teriak,bertempiaran musuh..i.allah ana cadangkan pas mesti tetap dengan prinsip islam walaupun bersendirian,kita golongan yang betul yakin lah,pertolongan allahn datang kepada mereka yang iman tinggi.mesti ingant bilangan ramai tak menjamin kemenangan.yang pntn iman yang kuat,kita tarbiyyah betul2 ahli kita!yakinlah ustaz,kita golongan yang bakal mendapat uatusan bala tentera allah!!!!!!!!seperti perang badar

7:46 PM

 
Blogger faham islam said...

salam...buat renungan semua kawan2,saya teringat kisah amru ibnu asr,apabila beliau diutusakan oleh saidina umar untuk membuka mesir,beliau telah memohonm tentera bantuan seramai 4000 org,tetapi yang dihantar oleh saidina umar hanya 4 orang.bodoh kan kita fikir,tapi golongan 4 org ini memiliki iman yg begitu tinggi,sehinggakan ada seorang yang bernama qa'qaah,saidina umar menyatakan beliau ini menyamai seribu org pemuda,sekali teriak,bertempiaran musuh..i.allah ana cadangkan pas mesti tetap dengan prinsip islam walaupun bersendirian,kita golongan yang betul yakin lah,pertolongan allahn datang kepada mereka yang iman tinggi.mesti ingant bilangan ramai tak menjamin kemenangan.yang pntn iman yang kuat,kita tarbiyyah betul2 ahli kita!yakinlah ustaz,kita golongan yang bakal mendapat uatusan bala tentera allah!!!!!!!!seperti perang badar

7:49 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home