" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, September 10, 2008

Segeralah Sembuh Sahabatku
Semalam , sebaik sahaja selesai majlis ihya' Ramadhan bersama Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang saya bersama al Fadhil Ustaz Nasharudin Mat Isa mengambil peluang untuk menziarahi sahabat lama yang kini terlantar di pembaringan .

Beliau mengalami kecederaan yang agak teruk apabila terlibat dalam satu kemalangan jalanraya baru - baru ini .

Tangannya patah di bahagian labu lengan dan kakinya sehingga saat saya menziarahinya masih belum boleh berjalan . Semoga Allah swt memberikan keafiatan kepada al Fadhil Ustaz Sabri Arshad serta kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Kepada sahabat yang ingin menghulurkan sumbangan kepada al Fadhil Ustaz Sabri Arshad boleh sahaja terus menghubungi beliau atau melalui bendahari Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home