" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, September 01, 2008

SQUARD BADAR 313

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah swt yang telah menjayakan Ops Sayangi Remaja anjuran BADAR 313 ( Briged Amar Ma'aruf dan Nahi Mungkar - 313 ) . Seramai 350 orang sukarelawan termasuk anggota unit Amal mengambil bahagian .

Ops tersebut adalah dilaksanakan bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara menjelang detik 12 tgh malam 30 ogos yang lalu . Alhamdulillah ianya berjaya menggemparkan ribuan remaja - remaja bermasaalah sosial malah penduduk tempatan di sekitar B. Ajam , tempat operasi tersebut di jalankan .

Turut gempar BADAR 313 di anggotai Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang , BADAI , Seketeriat Dakwah Pulau Pinang , PUM Pulau Pinang , Nisa' , API dan beberapa buah NGO Islam dan pelajar - pelajar IPT sekitar Pulau Pinang .

Lebih seribu remaja yang bermasaalah sosial berjaya ditemui dengan pendekatan tarbiyah , nasihat dan kaunseling. Para remaja tersebut dinasihatkan agar berhenti dari berkelakuan yang bercanggah dengan Islam dan diminta agar meninggalkan tempat tersebut untuk pulang ke rumah masing - masing .

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga berjayanya operasi ini.

Yang Menjalankan Tugas
Ustaz Hafiz Nordin
Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang .

1 Comments:

Blogger lan said...

takbir!

6:12 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home