" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, October 08, 2008

Masalah Replika
Dato' Seri Anwar Ibrahim

Berdasarkan pandangan yang dipegang oleh al-Malikiyyah yang turut dipegang oleh Ibn Hamdan dari kalangan ulama al-Hanabilah, replika Anwar adalah dibenarkan oleh Syarak.

Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:

Patung yang dibuat adalah berbayang (tiga dimensi). Ini dijelaskan oleh kata-kata Ibnu Hamdan yang merupakan salah seorang ulama daripada al-Hanabilah :

المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق

Sekiranya tidak mempunyai tiga dimensi, maka hukumnya tidaklah haram sebaliknya hanyalah makruh.

Patung yang mempunyai tiga dimensi tersebut adalah patung yang sempurna yang seandainya hidup, dia akan boleh hidup. Maka sekiranya patung 3 dimensi tersebut hanyalah kepala sahaja, atau kepala dan dada sahaja, atau patung tanpa kepala, maka hukumnya tidak sampai ke peringkat haram kerana tiada seorangpun yang mampu untuk hidup sekiranya dia hanya mempunyai kepala, atau hanya mempunyai kepala dan dada atau tidak mempunyai kepala.

Namun sekiranya patung tiga dimensi tersebut hanyalah tidak mempunyai tangan dan kaki contohnya, maka hukumnya adalah haram kerana manusia ataupun haiwan dapat hidup sekalipun tanpa tangan dan kaki.

Patung yang mempunyai 2 ciri di atas dibuat daripada benda yang kekal seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Sekiranya ia dibuat daripada benda yang tidak kekal seperti kulit buah tembikai, lilin, ulian tepung dan sebagainya, maka hukumnya adalah tidak haram.

Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.

Walau bagaimanapun hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan. Namun sekiranya replika Anwar hanyalah kepala sahaja ataupun bahagian-bahagian jasad yang sekiranya dianggap hidup, ia tidak akan mampu hidup, maka hukum makruh tadi akan hilang. Ini bermakna sekiranya gambar replika Anwar hanyalah gambar kepala hingga ke dada sahaja, hukumnya adalah tidak makruh di sisi mazhab al-Malikiyyah.

Replika Anuar Dalam Pandangan Mazhab Yang Lain

Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.

Kesimpulan:

1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:

الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ

2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.

3. Masyarakat perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan bukanlah disebabkan individu. Perjuangan adalah dengan berdasarkan wahyu.

Rasulullah pernah bersabda:

أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ[1]

Sayyidina Ali pernah berkata:

لا تَعْرفِ الحقَّ بالرجال . اعْرِفِ الحقَّ تعرفُ أهلَه[2]

4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:

Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan .

Al Maaidah . Ayat : 8

Cadangan Saya terhadap Dato' Seri Anwar.

Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan diatas , ia termasuk dalam urusan khilaf dikalangan ulama' . Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.

Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .

Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.

Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.


[1] Lihat al-Mu'jam al-Kabir [2] Lihat Ihya Ulumiddin Jilid 1 Bab Kelima : Fi Adab al-Muta`allim Wa al-Mu`allim.

12 Comments:

Blogger Salam Ukhuwah... said...

Setuju sgt ustaz... Berjuang utk Islam (keadilan dan kebenaran) bukan utk individu...

3:16 AM

 
Blogger izali said...

salam ustaz,

bagaimana pula poster tuk guru di dada2 t-shirt.

harap dpt reply kpd ana

khairolazli
zliey@yahoo.com

3:30 PM

 
Anonymous Anonymous said...

"Sinar Harian buat laporan salah dan tidak bertanggungjawab"

Ust banyak buat rujukan menggunakan Sinar Harian.. Isu Kenyataan Guan Eng tentang beberapa prinsip pakatan antaranya mengekalkan negara sekular... Ust merujuk pada Sinar harian...
(yg peliknya dlm sinar harian je maklumat prinsip negara sekular, semua akhbar lain termasuk yg berhasa inggeris

Isu Khalid Samad minta Mustafa Ali dihadapkan ke disiplin sinar harian juga jadi rujukan.

Saya harap selepas ini jadi-jadilah menjadikan sinar harian sebagai hujah. Kecuali ia juga dilaporkan oleh hampir semua media dan nadanya sama.

Tentang gembar tu saya bersetuju dengan azali. Tuanguru jika berjiwa besar mesti tegur penggunaan gambar beliau pada sebarang t'Shirt. Apa mesej nak disampaikan kalau hanya tercegat gambat tok guru tanpa sebarang mesej tertulis. Jangan hanya pandai suruh anwar je

5:11 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Sinar Harian buat laporan salah dan tidak bertanggungjawab"
Rujuk Harakah daily

5:13 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Jadi pasang replika kertas ni setaraf dengan cukur janggutlah, semua mazhab feqah kata haram kecuali satu kata makruh. Boleh pakai hujah ni tak kalau nak kekalkan replika kertas tu?

6:11 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam ustaz,

pointnya adalah,kenapa kita terlalu mendewa-dewakan individu?sehingga buat replika,patung.

Kita sokong individu tertentu kerana kandungan perjuangannya -> menegakkan keadilan dsb. tak perlu mendewa-dekan beliau sampai buat replika/patung.itu dah kira macam agama hindu.Kelak nanti kalau beliau dah tidak ada macam mana ?

P/S : Sekarang baru faham kenapa Nabi Muhammad mengharamkan walau potretnya dilukis, sebab baginda tidak mahu manusia menyembah beliau dikemudian hari....

11:24 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kita tak mau jadi seperti abuya, meagungkan dia melampau-lampau,maklumlah PKR ex-UMNO.

4:30 PM

 
Blogger sumandak bayu said...

Salam Ustaz,

Sumandak terkejut juga bila mana akhbar tak siarkan berita ni... adakah nak menutup atau sebenarnya isu ini bakal menjadi bahan polemik agama plus politik di antara orang-orang Melayu....

PKR perlu melihat semula buruk baiknya tindakan mereka bukan main tangkap gitu je.....

Sumandak yakin ahli PKR ada gak yang bergelar ustaz atau ustazah toonglah baiki perkara ni agar kita satu agama dan satu bangsa tak malu oleh bangsa dan agama lain...

LU PIKIR SANDIRILAH

11:03 AM

 
Anonymous Anonymous said...

bila pKR dah wat salah..
jgn lak cari point nak slhkan parti lain plak..
npk sgt penyokong PKR buta hati..

7:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Yee saya setuju dengan ustaz tapi pastikan tugu negara & patung PM pertama M'sia tiada baru leh cite panjang lebar, yang mana sememangnya haram mengikut dari tulisan ustaz

10:58 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kacanghijau,

PAS pun ex-UMNO juga...kih kih kih

7:14 PM

 
Anonymous Anonymous said...

pas memanglah ikut sejarahnya ex-umno tapi pendirian dan dasarnya islam..PAS meninggalkan UMNO dengan meninggalkan dasar sekular UMNO dan mempertahankan dasar islam, PKR ex-UMNO tapi mengekal dan mempertahankan dasar sekular UMNO dalam perlembagaan PKR...!!!! kalaulah besok UMNO jadi baik..apa PKR nak buat???

11:10 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home