" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, November 03, 2008

AMARAN PRESIDEN
FORMULA PERKUKUHKAN PAKATAN

Sebuah wawancara antara Mingguan Wasilah dengan al fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz .( EXCO DPP Pusat )

Siri Ketiga : ( akhir )
Apabila Muktamar memutuskan muqabalah boleh diteruskan , adakah ini bermakna PAS masih terbuka dengan tawaran UMNO ?

UMNO sekarang pun tidak ada masa lagi hendak bermuqabalah . Cuma saya dimaklumkan apabila muktamar memutuskan demikian , ramai dikalangan pimpinan dan ahli parlimen kita yang bertemu dengan orang UMNO dan mereka gembira untuk berbincang dengan berani kerana mereka dibenarkan secara jelas .

dan mereka mengatakan adalah satu keuntungan dapat bercakap dengan ahli parlimen UMNO kerana perbuatan mereka adalah bentuk dakwah . Barulah seruan dakwah itu dapat disampaikan dengan lebih jelas , kita boleh berotahu mereka Islam bagaimana yang kita mahu dan ahli UMNO dengar dan kita boleh tahu luahan dari mereka pula .

Ini dibuat oleh ahli - ahli parlimen , masing - masing berhubung dengan orang - orang yang mereka kenal , maknanya diperingkat tertinggi pun ada muqabalah dan peringkat pimpinan bawahan pun ada dan ini memberi satu kesan yang besar .

Walaupun kita boleh terima beberapa hujjah ( yang bimbangkan risiko muqabalah ) , tapi antara benda baik yang perlu diperhatikan dengan muqabalah ialah keyakinan orang melayu kepada PAS .

Kita tahu orang melayu tidak berubah dalam pilihanraya umum 2008 baru - baru ini , yang berubahnya hanya sedikit . Banyak di Kelantan sahaja , di tempat lain terlalu sedikit . Mereka masih dipihak UMNO dan memberi keyakinan kepada UMNO berbanding PAS dan PKR .

Tetapi kita kena ingat dalam keadaaan UMNO itu begitu letih , PAS melalui muqabalah "mengambil" perjuangan UMNO . ( Dalam keghairahan ) menyebut hendak bela melayu dan Islam , akhir sekali apabila PAS mengambil sikap terbuka untuk mengadakan muqabalah , orang yang bukan UMNO totok , orang atas pagar yang mengundi UMNO sebelum ini , mereka melihat PAS ini rupa - rupanya berjuang untuk semua , bukan sahaja Islam cara PAS bahkan semua perjuangan yang UMNO hendak perjuangkan itu , PAS ambil peduli belaka .

Maknanya bila - bila masa mereka hendak tinggalkan UMNO memang boleh kerana sudah ada parti yang jadi alternatif .

Kalau PAS menolak dan mengambil sikap keras , tidak mahu muqabalah atau muzakarah dengan UMNO , maka akan kekallah golongan majoriti melayu dalam keadaan was - was dan tidak yakin dengan PAS . Ini kelebihan dari keputusan muqabalah .

Saya mendapat makluman , para ilmuwan di universiti dan pegawai - pegawai kerajaan berasa seronok kerana PAS sanggup hulur tangan untuk muzakarah dengan UMNO untuk memberitahu UMNO ini yang dikehendaki oleh Islam . Ini benda baik . Orang nampak PAS terbuka dan tidak gila kuasa meninggalkan melayu .

Majoriti melayu masih bersama UMNO , bila PAS memilih bersama DAP dan PKR , mereka merasa PAS mahukan kuasa dan tidak hiraukan kepentingan melayu dan Islam , tetapi bila kita ambil tahu kedua - duanya , PKR pun kita sokong , UMNO pun kita tidak tinggal , ini satu kelebihan kepada kita .

Cuma suasana dalam masyarakat itu yang tidak menyebelahi Presiden , kerana 'kepanasan' suasana , kerana kita terlalu seronok , terlalu ghairah hendak mengambil kuasa , kesungguhan menyebabkan kita tidak mahu dengar bend a- benda yang menyekat pergerakan dalam Pakatan Rakyat .

Sedangkan ( mengikut kaedah ) Islam apabila kita buat hubungan dengan parti - parti bukan Islam , kita kena bergerak penuh hati - hati . Semua orang tahu bahawa situasi politik hari ini adalah situasi politik baru di mana kerajaan BN kedudukan mereka amat tergugat . Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan sampai sekarang , ini saat paling getir bagi BN dengan suasana politik mereka tidak tentu hala .

Maka pada masa ini , PAS mesti ambil peranan tentukan arah masa depan . Kalau ANwar hendak menentu arah cara dia , DAP hendak menentukan arah cara dia , PAS pun mesti tunjuk arah dia . Masing - masing hendak memenangi situasi . Dan mestilah kita sebagai seorang muslim , kita mahu kemenangan itu berpihak kepada Islam .

Ada orang pertikai melalui kerjasama PAS dalam Pakatan mahu membentuk kerajaan dengan cara lompat parti , bukanlah semudah itu kata mereka untuk PAS mencapai objektif sebuah pemerintahan Islam ?

Itu bukan isu . Samaada kita hendak bentuk kerajaan dengan cara lompat parti ataupun tunggu pilihanraya ke 13 , bagi saya kedua - duanya boleh selagi ia dibenarkan oleh sisitem demokrasi . Dan mengikut pakar undang - undang perlembagaan pun , pembentukan kerajaan baru dengan cara lompat parti adalah tidak salah .

Adakah kerajaan Pakatan Rakyat ini hendak buat Islam , kita pun tidak tahu . Kita hanya tuntut dari kerajaan Pakatan Rakyat hak supaya peluang dibuka seluas - luasnya untuk dakwah Islam .

Kita tidak tuntut Anwar kena buat Islam , tapi kita minta beliau yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri , membuka peluang kepada PAS untuk menyampaikan Islam , untuk difahami oleh rakyat Malaysia . Tidak sebagaimana dizaman BN , suara dakwah disekat sebelum ini sehingga orang Islam dan orang bukan Islam tidak boleh faham Islam yang sebenar .

Itulah harapan kita dengan kerajaan baru . Kita tidak tuntut negara Islam pun dengan Pakatan Rakyat . Tetapi matlamat kita tetap negara Islam . Sebuah sistem pemerintahan Islam yang tunduk kepada perintah Allah swt. dalam semua urusan .

Macam Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebut , kita nak kalau boleh melalui kerajaan Pakatan Rakyat ini , perlaksanaan Islam sepenuhnya dapat dibuat di Kelantan dahulu pun sudah cukup . Bagi peluang kepada Kelantan kerana rakyat Kelantan sudah lama hendakkan demikian . Buka ruang sepenuhnya kepada Kelantan jika tidak dapat dibuat seluruh Malaysia .

Dasar PAS jelas . Hujungnya mahu kepada Islam . Jadi kita harap bila kita ikut Pakatan Rakyat , kita minta jaminan daripada Anwar , Islam ini berkembang dengan baik . Jika Islam tidak disekat , semua hak - hak akan terjaga dengan sendirinya , tidak kira hak orang Islam atau bukan Islam . Lim Guan Eng ( Ketua Menteri Pulau Pinang ) pun faham .

Apakah PAS sudah tiada sangsi dengan Anwar ? Tuan Guru Nik Aziz nampak sangat senang dengan Anwar ? Adakah maaf sudah diberi ?

Itu tuntutan Islam . Saya ingat semua ahli PAS sudah memaafkan Anwar . Beliau sudah menunjuk rasa bersalah , telah datang dan meminta maaf atas cerita - cerita lama . Dan beliau telah berjanji untuk membawa satu reformasi baru . Memberi maaf adalah tuntutan Islam .

Tuan Guru Nik Aziz seperti itu dan Tuan Guru Hj. Hadi pun seperti itu . Tinggal lagi perkara akan datang . Memberi maaf tadi kepada barang dan cerita lama yang berlaku . Semuanya sudah memaafkan Anwar . Yang di depan itu yang penting sekarang . Dan orang yang menentukan masa depan PAS sekarang kalau secara individunya ialah Presiden .

Kalau kita berfikir tiap - tiap jam untuk PAS , kita kena ingat Presiden berfikir tiap - tiap saat untuk PAS . Jangan kita rasa kita berfikir lebih daripada Presiden . Kalau kita sayang kepada PAS , adalah kita rasa kita lebih daripada Tuan Guru Hj. Hadi ? kalau kita fikirkan masaalah PAS tiap - tiap hari , kita kena faham Tuan Guru Hj. Hadi sebagai Presiden , beliau memikirkan PAS tiap - tiap saat .

Jadi takkanlah kita melihat segala kehendak Tuan Guru Presiden menyalahi kehendak Ahli - ahli PAS . Digembar gembur bahawa ramai ahli - ahli PAS tifdak setuju , yang setuju kita tidak sebut . BIla saya tengok kalangan pimpinan , lagi ramai yang setuju dan mereka lihat benda ini benda biasa .

Syarat majoriti Muslim seperti yang disebut Tuan Guru , ini syarat biasa . Walaupun ada yang lihat ini syarat yang ketat ( dalam pembentukan kerajaan baru ) tapi inilah kerangka yang dibina PAS untuk membentuk kerajaan Pakatan . Tidak ada masaalah .

Tuan Guru Nik Aziz pernah menjawab dalam satu temubual bahawa tidak ada masaalah kalau akhirnya PAS diketuai bukan ulama'

Saya setuju tidak ada masaalah jika yang hendak memimpin PAS ini ahli profesional asalkan dia ini memahami Islam dan memiliki ilmu Islam yang baik .

Dengan dipimpin oleh Majlis Syura ?

Ia memang sudah ada dalam perlembagaan . Tidak ada pandangan pun hendak rombak Syura . Kalau ada pandangan begitu , kita akan hantar mereka kepada UMNO ( ketawa ) . Syura ini barang mesti dalam Gerakan Islam . Satu institusi yang dimestikan oleh Allah dalam gerakan . Tiada siapa boleh rombak .

Ia satu tajdid yang paling hebat selepas zaman Allahyarham Dato' Asri Muda ( bekas Presiden PAS ) yang menyebabkan PAS gagah sehingga ke hari ini semenjak kepimpinan ulama kerana institusi Syura terlalu dihormati .

Jadi PAS untuk zaman sekarang tidak ada masaalah semula menerima orang bukan ulama' sebagai Presiden ?

Majlis Syura akan menilai samaada beliau layak atau tidak dengan ilmu Islam yang dia ada jadi Presiden . Bila saat itu , kita akan tengok apabila dia muncul kelak .

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Tabik Nik Abduh

1:09 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualailkum,

Tertulis dalam artikel.....
"PAS ini tidak akan bersama UMNO selagimana UMNO tidak memenuhi syarat Islam yang dikemukakan PAS."

Begitulah PAS...dgn sesama muslim, berbagai syarat yg diletak,

Tetapi dgn golongan kufur yg terang-terangan memperjuangkan kekufuran dan anti-Islam, pelbagai syarat Islam dicabut satu persatu.


Ya...Allah, ideologi kufur telah membuat ummat ini saling membenci
antara satu sama lain,
sementara itu mereka berkasih sayang dgn org-org kafir yg membenci Islam.

RIRK

12:16 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam,

Saya tak nampak lagi dlm kerjasama dan toleransi antara pas dan puak kafir ni nampak pas tergamak mencabut islam satu persatu ...RIRK, anda perlu buktikan....tuduhan anda itu terlalu melulu...

Marilah kita bersama Pas menegakkan daulah Islamiyyah dan merealisasikan khilafah dimukabumi ini suatu hari nanti...takbir !

1:43 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam wbt

RIPK - bukan nak kata apa, tapi gaya hg cakap tu macam gaya orang UMNO cakap ja. pemikiran yang orang UMNO nak tanam dekat rakyat.

ni pandangan ja. boleh terima atau tak. cuma nak suruh hg hati-hati sikit. tu ja

cukuplah kalau islam itu yang menjadi tema perjuangan, dan dengan adanya para ulama' yang memandu, kita kasik ketaatan dekat mereka. kalau tak boleh terima yang ni, silalah kepada UMNO atau buat tak tau ja. (walaupun sebenarnua kita perlu peduli)

kita banyak tak tau hal-hal dalaman ni. kena check balik diri sendiri - layak ka komen aku buat tu? kadang-kadang kita ni tak reti nak ukur baju sendiri. (ni nak peringat diri sendiri juga ni. kadang-kadang kita rasa pendapat kita ja yang betui)

9:21 AM

 
Blogger Panglima Perang Cyber said...

bilakah PAS dan UMNO akan dapat bersatu dan apakah kaedah ke arah itu?

mohon jawapan utk panduan umat...

11:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

KPD PANGLIMA CYBER
PAS SELALU TERBUKA
BILA2 MASA LEH BERSATU....
TAPI UMNO KNA TUKAR DULU
EDEOLOGI MEREKA...

6:44 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home