" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, October 20, 2008

SELAMAT HARI LAHIR
SEMOGA AYAH CHIK TERUS THABAT

20 hb. Oktober 1947 adalah tarikh lahir Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Chik .

Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat hari lahir yang ke 61 buat Ayah Chik semoga Allah swt mengurniakan kekuatan dan kesabaran buat Ayah Chik terus memimpin Gerakan Islam ( PAS ) ke arah mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini khasnya tanahair kita .

Ayah Chik telah melalui pengalaman yang cukup luas di dalam dan di luar negara bersama dengan kebangkitan ummah menongkah arus tamaddun material dan ideologi Jahiliyyah Modern hari ini .

Jua telah melalui pelbagai pahit maung berdepan karenah ummah dan ahli Gerakan Islam ini dalam proses memimpin dan membentuk mereka , agar lahir sebuah generasi yang berjuang dan merdeka dari penjajahan pemikiran jahiliyyah hari ini .

Kami pemuda sangat berbesar hati di atas segala curahan ilmu dan bimbingan pengalaman yang telah Ayah Chik berikan tanpa jemu dan penat .

Insyaallah , perjuanganmu Ayah Chik akan kami langsungkan sehingga Islam tegak di bumi ini . Semoga kehidupan Ayah Chik sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah swt .

2 Comments:

Anonymous ummu ainul said...

assalamualaikum...

Selamat Hari Lahir buat TGHH..

Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam setiap langkah dan perjuangan TGHH.

2:43 AM

 
Blogger Jabatan Amal Pahang said...

Assalamualaikum...
Semoga usia tok guru sentiasa diberkati ALLAH s.w.t.
Tak lupa juga kami daripada Jabatan Amal Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa tabah dalam memimpin kami dalam perjuangan pas ini. Semoga ALLAH menambahkan kekuatan kepada tok guru dalam membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar aman dan makmur di bawah naungan kibaran panji-panji ISLAM.

3:18 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home