" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, October 13, 2008

Dewan Pemuda PAS Pusat
Melakar Pelan Amal Jamaei
Merentas saat payah dan Sukar

Musibah yang paling besar bagi sebuah Gerakan Islam ialah apabila berlaku kerosakan teruk atau kepincangan ketara pada 5 Rukun Amal Jamaeinya.

5 Rukun inilah yang kami jadikan sebagai peringkat atau marhalah wajib lulus oleh semua individu amilin yang memberi intima' kepada Gerakan Islam ini .

Berfungsi sebagai filter besar untuk menilai tahap kelayakan dan keupayaan bagi seorang amilin menapak ke marhalah/peringkat berikutnya seperti Nuqaba' - Naqibun Nuqaba' - Amir Wilayah - Ahli Majlis Syura - Amir Aam .

5 Rukun yang saya maksudkan ini ialah:

Ukhuwwah ( persaudaraan ) ,
as Samu'u wat Taa'ah ( dengar dan taat ) ,
Iltizam ( komitmen ) ,
Tadhiyyah ( pengorbanan )
Wala' ( kesetiaan. )

Alhamdulillah , setelah kita melalui tempoh sukar dan payah kini suasana kian stabil dan tenang . Seperti kita mengambil perjalanan yang jauh dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain , pasti sahaja kita akan melalui beberapa selekoh tajam , kawasan kemalangan , bukit tinggi dan jalan berlubang . Keadaan - keadaan itu membuatkan kita dalam situasi berisiko dan tidak mustahil kenderaan kita mengalami hentakkan yang kuat , terbabas ke bahu jalan dan tersasar melepasi garisan tengah.

Keadaan tersebut memberi kesan kepada pemandu atau penumpang . Mungkin dikalangan mereka pening , mabuk dan terhantuk . Sehinggalah kita melepasi kawasan - kawasan sedemikian , lalu memasuki highway atau jalan lurus yang luas dan baik . Namun , berkemungkinan besar kelak dihadapan , sebelum kita sampai ke destinasi yang dituju , masih banyak kawasan berisiko yang terpaksa kita lalui .

Suatu yang sangat penting bagi kita ialah istiqamah dan iltizam ( komitmen ) . Janganlah kerana halangan dan risiko sedemikian , maka kita tidak meneruskan perjalanan atau membatalkannya sebaliknya sabar menghadapi saat susah dan payah demi sampai ke destinasi dengan jayanya.

Demikianlah pengajaran yang perlu kita ambil sewaktu mengenderai perjuangan besar ke arah mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Banyak mehnah dan ibtila' yang pastinya mendatang risiko tinggi kepada para pejuang . Samaada halangan dan cabaran itu datang dari luar atau dalam , ianya menjadi sunnatullah yang suka atau tidak terpaksa dilalui oleh para pejuang.

Istiqamah , iltizam dan sabar menghadapi mabuk dan pening sementara kita melalui saat susah dan payah perjuangan ini menjadi sebahagian syarat untuk kita mencapai kejayaan dalam memikul beban amanah perjuangan suci ini .

Firman Allah swt :

قال قد أجيب دعوتكما فاستقيما و لا تتبعان سبيل الذين لا يعلمون

Telah berfirman ( ALlah swt ) Sesungguhnya aku memustajabkan doa kamu berdua ( Musa dan Harun Alaihimassalam , maka beristiqamahlah dan jangan kamu berdua mengikut jalan orang - orang yang tidak mengerti .

Surah Yunus : Ayat .89

Istiqamah dengan maksud tetap pendirian dengan ketulenan perjuangan dan aktif menggerakkannya dengan tidak mengalah sekalipun perit dan getir menerima musibah di sepanjang perjuangan .

..... dan tidak mengikut haluan atau arah tuju yang menyimpang dari jalan Allah swt. semata - mata kerana terpesona dengan silauan mata benda dunia atau keliru dengan papan tanda arah .

Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengamati pengalaman yang telah kita lalui semalam . Ternyata hari ini kita sangat wajar ( semua anggota Dewan Pemuda ) mempelajari penegasan Allah swt agar kita Istiqamah dan jangan pula kita ubah haluan perjuangan suci ini .

Antara yang sangat mahal dan tinggi nilainya ialah ukhuwwah fillah dikalangan kita . Alhamdulillah saya melihat , biar pun kita mempunyai perbezaan pandangan dalam banyak perkara namun tidak mengheret kita ke kancah pertelingkahan dan perbalahan yang mazmum ( keji ) .

Kebiasaan Dewan Pemuda PAS Pusat , sejurus selesai mesyuarat bulanan , semua exco akan makan tengahari bersama dan solat zuhur berjamaah . Kami juga bersalam - salaman penuh mesra meski pun terus mengutara pandangan yang berbeza dan mencongak strategi yang tidak serupa .

Pun begitu , tidaklah banyak sangat perkara yang berbeza dalam pandangan antara kami para exco DPPP sebagaimana tidak juga banyak congakan yang tidak serupa dalam strategi . Kami sering dapat mencari kata sepakat setelah lama berbincang dengan dada lapang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain .

Mungkin ini juga berkat bacaan al mathurat dan doa rabitah yang di baca setiap kali memulakan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat . Kalau ada yang nak berbalah pun , hatinya tak sampai untuk berbuat demikian . Kalau ada yang nak bertelingkah pun , jiwa tidak gamak untuk pergi jauh sehingga memutuskan persaudaraan yang dibina .

Akhirnya , salam dan senyum manis menyimpul segalanya . Kita tidak kemana selagi 5 rukun Amal jamaei ini tidak mengalami kerosakan teruk dan kepincangan yang ketara .

Yb Salahudin Ayub selaku Ketua Pemuda dalam mesyuarat yang lepas telah menasihati semua anggota pemuda agar tidak menjadi seperti harimau yang hanya tahu memanjat tetapi tidak tahu turun . ( dengan maksud jangan kita hanya tahu berbalah tetapi tidak untuk kembali berbaik atau damai )

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam,

Apa yg kurang yg mungkin tidak disedari ialah pemikiran Islam yg ideologis.

Dalam istilah yg lain, fikrah dan thariqah Islam dikalangan ahli PAS masih tidak begitu jelas. Ini kerana ahli-ahli PAS tidak dibekalkan dgn fikrah dan thariqah Islam yg jelas, sebab itu ikatan dikalangan ahli PAS dan ikatan ahli PAS dgn PAS lebih kepada ikatan emosi. Bukan ikatan pemikiran Islam yg bersifat mabdai @ ideologis.

Hal ini juga tampak jelas jika dilihat pada "modul usrah" PAS yg lebih kepada perbincangan kerohanian serta cerita-cerita politik.

Secara ringkas, utk memastikan amal jamaie ini dihayati perkara pertama yg perlu diwujudkan adalah;

1. Pemahaman bagaimana sistem hidup Islam lahir dari aqidah Islam yg merupakan satu-satunya aqidah yg benar.

2. Bagaimana Islam sebagai sebuah sistem hidup yg syumul / menyeluruh yg mengatur hubungan manusia dgn tuhan, diri sendiri dan sesama manusia.

3. Apakah dia sistem khilafah sebagai satu-satunya konsep negara Islam dan bagaimanja ianya berfungsi dalam menerapkan / menjalankan sistem hidup Islam yg syumul tersebut.

(Rujukan : At Takattul Hizbiy, Syeikh Taqiyuddin)

Wallahulam.
RIRK

6:05 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home