KE ARAH MENDAULATKAN
SYARIAT ISLAM
Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw.
SIRI KETIGA
Beberapa Tahaaluf telah berlaku di zaman Rasulullah saw samaada sebelum atau selepas nubuwwah . Antaranya ialah :
Perjanjian ( Hilf ) Mutayyibin .
Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :
شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم
Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193
Perjanjian ( tahaaluf ) ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah , hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian ( tahaaluf ) untuk tidak merampas hak masing - masing .
Kemudian dibawa bekas berisi air wangi yang diisi oleh Bani Abd Manaf di hadapan Kaabah kemudian sekutu - sekutu perjanjian itu memasukkan tangan masing - masing ke dalam bekas air wangin tersebut dan melakukan perjanjian . Lantas mereka menyapunya ke Kaabah. Perjanjian ( tahaaluf ) ini dinamakan Mutayyibin ( orang - orang yang memakai minyak wangi . )
Perjanjian ( Hilf ) Fudhul
Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah .
Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .
Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian ( Fudhul ) yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .
Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.
Perjanjian ( tahaaluf ) ini melibatkan Bani Hasyim , Bani Mutalib , Asad bin Abdul Uzza , Zuhrah bin Kilab dan Taim bin Murrah . Mereka menamakan perjanjian ini sebagai Hilful Fudhul
Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .
Si Badwi ini mengadu kepada beberapa kabilah seperti Makhzum , Abd daar dan A'di bin Kaab tetapi mereka menolak untuk membantu malah lelaki Badwi ini diherdik . Lalu Badwi ini akhirnya nekad memanjat Bukit Qubais sewaktu matahari mula muncul sementara orang - orang Quraisy sedang berhimpun dihadapan Kaabah lantar ia berteriak :
Wahai golongan yang menyaksikan orang yang dizalimi hartanya di Kota Makkah , ia datang dari kampung halaman yang jauh . Orang - orang ihram dengan kusut , belum menyempurnakan umrahnya . Wahai orang yang sedang berkumpul di Hijr Ismail dan Hajar aswad . Sesungguhnya Tanah Haram hanya diduduki oleh orang terhormat dan tidaklah layak tanah haram ini didiami oleh orang - orang yang selalu berbuat dosa .
Setelah mendengar ucapan tersebut , Zubair Abdul Mutallib bangun lantas berkata : Perkara ini tidak boleh dibiarkan , lalu mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an dan memeterikan satu perjanjian untuk membasmi kezaliman .
5 Comments:
Salam,
Saya tak berapa jelas ke mana arah perbincangan ustaz nak bawa.
Apa yg pasti, pertamanya kita terikat dgn syariat Islam dalam apa jua persoalan hidup.
Adap[un yg menjadi rujukan adalah wahyu, iaitu al Quran dan Sunnah.
Adapun apa yg Nabi buat sebelum baginda dilantik menjadi Rasul....setahu saya ianya tidak menjadi sumber hukum bagi kita.
Antara perjanjian2 besar di zaman baginda seperti ;
Nabi cuba mendapatkan sokongan dari pelbagai kabilah Arab bagi mendokong tegaknya daulah Islam. Usaha ini juga suatu cubaan Nabi utk membuat perjanjian bagi menjamin sokongan kabilah2 tersebut terhadap tegaknya sistem Islam.
Sehinggalah org2 madinah berminat sehingga pembai'atan iaitu baiatul aqabah 1 dan 2. Ianya merupakan suatu perjanjian org2 Aius dan Khazraj utk meletak Islam, Allah dan Rasul di atas segala-galanya. Lalu tegaklah negara Islam yg pertama.
Perlembagaan Madinah hakikatnya juga sebuah perjanjian iaitu kontrak sosial komuniti warga daulah Islam yg pertama tersebut.
Bbp tahun kemudian terjadi perjanjian Hudaibiyah, suatu perancangan politik yg sangat brilian Nabi saw bagi menghentikan ancaman negara jahiliyah Mekah thdp Madinah sekaligus bermakna pengikrafan thdp negara Islam di madinah.
Perjanjian ini merupakan suatu kejayaan politik bagi Nabi saw. Hasil dari perjanjian ini adalah bangsa Arab mula membuka mata kepada kekuatan Islam yg kini merupakan suatu kekuatan yg real / nyata. Kutub di jazirah Arab mula menjadi dua dan akhirnya bangsa Arab berbondong-bondong masuk Islam. Tak lama selepas itu, kota Mekah pula berjaya ditakluki. (Rujuk, Daulah Islam, Syeikh Taqiyuddin).
Akirkata saya masih menunggu tulisan seterusnya. Semoga tulisan2 selepas ini membuat saya lebih jelas apa yg ustaz nak sampaikan.
Dari
RIRK
rindu islam...rindu khilafah
Wallahualam.
5:50 PM
"Zaman Jahiliyyah menyaksikan sekiranya perjanjian itu menyebabkan terjadinya bermacam – macam fitnah dan peperangan antara puak maka perjanjian ( tahaaluf ) itu dilarang". - petikan dari siri ke-2
Perjanjian Pakatan Rakyat juga mengundang pelbagai fitnah... hinggakan TGNA menuduh Mustafa Ali sebagai 'seperti' suara Presiden UMNO, berlakunya puak2 dlm PAS yang saling tuduh menuduh antara satu sama lain termasuk di kalangan pimpinan PAS sendiri hingga ahli2 juga terpengaruh, Khalid Samad membuka gelanggang debat yang lebih membawa kepada perpecahan berbanding penyelesaian, berlaku tuduhan bahawa pimpinan PAS khianati Pakatan Rakyat kerana berunding dgn UMNO... TIDAKKAH SEMUA FITNAH INI MEMBAWA KEPADA TAHALLUF ITU DILARANG?
7:23 PM
Mohon sedikit penjelasan. RasuluLlah saw di ketika itu mewakili keseluruhan ummat Islam.
Dalam konteks kita sekarang PAS bukan mewakili seluruh ummat Islam di Malaysia dan di Dunia. Musuh yang ditentang memiliki jaringan mereka yang menyeluruh sedunia. Di M'sia mereka ambil jalan lembut tetapi di tempat lain mereka menyembelih ummat Islam. Jadi, cara bertindak kita perlu ke tidak selari dengan pandangan ummat sedunia dan bukan kepentingan ummat secara kelompok ?. Bak kata orang Islam tu bersaudara. Jadi tindakan sepatutnya selari dan selaras walau di mana kita berada. Jika tidak kita macam tak merai kesempitan saudara-saudara kita di tempat lain.
Harap pandangan tuan dalm perkara ini.
10:28 PM
Salam,Setakat pemahaman saya,siri ini lebih kepada ingin menerangkan sejarah dan asal usul tahalluf(Hulf) itu sendiri,di mana ianya mengambil kira saat saat awal sebelum Nubuwwah(kenabian).
Sistem kehidupan bernegara kita sekarang ini telah di susun oleh barat setelah jatuhnya kerajaan Khalifah Othmaniah di Turki,kita terpaksa melaluinya dengan mengusahakan apa yang terbaik boleh kita lakukan dalam menjalani hidup bernegara bersama sama non muslim yang lain.Untuk itu barangkali ijtihad ijtihad baru harus dihasilkan dalam menghasilkan hukum yang terbaik untuk semua umat islam di Malaysia khasnya.
12:37 PM
Salam
Tahniah & terusan menulis ustaz, sekarang ada usaha untuk mengalih perhatian ulama' supaya membincangkan perkara2 lain daripada membincangkan perkara penting seperti ini..tajuk2 seperti ini menjadi fobia bagi sesetengah org...
salam perjuangan
2:40 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home