" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, November 12, 2008

MENYOKONG TINDAKAN MAZLAN

Baru - baru ni sahabat saya sdr Mazlan Aliman AJK PAS Pusat merangkap Presiden ANAK telah membuat laporan polis berhubung amalan rasuah yang berlaku dalam UMNO khasnya menjelang pemilihan kepimpinan mereka .

Ada pihak tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan yang dianggap mencampuri urusan dalaman UMNO malah menganggap tindakan Mazlan adalah tindakan yang bodoh dan tidak matang berpolitik .

Saya mempunyai pendapat yang berbeza dalam isu ini , sebaliknya menyokong tindakan Mazlan yang saya kira tindakan tersebut termasuk dalam bab al Amru bil Makruf wan Nahyu A'nil Mungkar .

Alasan pihak yang tidak bersetuju hanya terhenti di atas tindakan mencampuri urusan parti UMNO , kenapa tidak hanya memberi tumpuan kepada parti sendiri ( PAS ).

Secara prinsipnya saya menegaskan bahawa di mana sahaja kita lihat berlakunya mungkar maka wajib kita menegah atau mengambil tindakan untuk membasminya . Sabda Rasulullah saw :

من رآى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان

Sesiapa yang melihat/mengetahui dikalangan kamu akan kemungkaran ( yang berlaku ) maka wajib yang merubahnya dengan tangannya ( kuasa ) , jika tidak mampu ( tiada kuasa ) maka ( hendaklah ia ubahnya ) dengan lidahnya dan jika tidak juga mampu ( tidak petah ) maka ( hendaklah ia ubahnya ) dengan hatinya dan sedemikian itu ( merubah dengan hati ) adalah selemah - lemah iman .

Muttafaqun Alaihi.

Tiada kompromi dalam perkara mungkar termasuklah mungkar yang melibatkan parti sendiri , ianya wajib dicegah .

Berhubung tindakan Mazlan yang membuat laporan polis terhadap rasuah yang berlaku di dalam UMNO tidak boleh dilihat sebagai mencampuri urusan orang lain tetapi mesti dilihat sebagai berusaha untuk mencegah mungkar dan tindakan itu adalah tindakan terpuji malah ia juga boleh dilihat sebagai usaha murni untuk menyelamatkan insan yang lain dari terjerumus dalam lembah maksiat .

Nabi saw pernah menghadhiri seorang wanita Yahudi yang sedang naza' ( menghadapi sakaratul maut ) untuk mengajarnya agar bersyahadah bahawa Tiada Tuhan yang Layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah , sedang Yahudi itu adalah orang yang bertanggungjawab menyakiti Nabi saw sepanjang hidupnya.

Nabi saw tidak mengambil sikap : " biarlah urusan dia , nak mati ke atau nak hidup ke . Itu dia punya pasal , sementelah pula sewaktu hidupnya dia adalah seorang yang jahat " .

Sebaliknya Nabi saw tunjukkan sikap kepeduliannya lalu ziarah dan ajar yahudi itu mengucap 2 kalimah syahadah demi menyelamatkannya dari disambar oleh api neraka .

Kepedulian Yang di Syariatkan

Mengambil peduli dan mencampuri urusan orang lain sememangnya ada batas yang dibenar dan ada batas yang dilarang . Namun secara umumnya kita dibenar mencampuri urusan orang lain selama mana ia bermaksud untuk kebaikan .

Seperti contoh , jiran yang kelaparan atau kesakitan atau ditimpa musibah atau melakukan maksiat . Kita mesti mengambil tahu malah wajib hukumnya kita mengambil tahu dan mencampuri urusan mereka agar kita dapat membantu mereka . Jika lapar kita hulurkan makanan , jika sakit kita hantarkan ke klinik , jika ditimpa musibah kita hulurkan bantuan dan jika mereka melakukan maksiat maka kita menasihati dan mencegahnya.

Sabda Rasulullah saw :

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukan dikalangan orang Islam .

Tetapi mencampuri urusan orang lain sehingga mendedahkan aibnya yang sebelumnya tidak diketahui oleh sesiapa atau sengaja menjatuhkan maruahnya tanpa sebab yang syarie maka hukumnya jelas dilarang oleh syara' .

Rasuah Dalam UMNO

UMNO adalah sebuah parti yang terlalu lumrah dengan rasuah dan pelbagai maksiat yang lain . Mazlan yang saya kenal telah pun beribu kali menasihati UMNO agar menjauhi najis rasuah ini melewati ceramah , memorundum , risalah , buku dan ucapannya. Namun UMNO tidak pernah bersedia untuk berubah . Maksiat rasuah yang dilakukan dilihat makin merebak.

Apa yang lebih dibimbangi lagi , rasuah seperti tidak lagi menjadi satu jenayah dan dosa kepada UMNO dan ahlinya ekoran ia menjadi rutin saban kali menjelang pemilihan pucuk pimpinan mereka atau sewaktu mereka mengendalikan amanah sebagai peneraju kerajaan .

Sedang dalam UMNO ni ada adik beradik kita , ada anak beranak kita , ada sahabat handai kita malah mungkin ada dikalangan kita yang ibubapanya ahli UMNO , tentu sahaja kita tidak mahu mereka terjebak dalam kancah maksiat , apalagi menganggap maksiat sebagai perkara biasa. Sebab sebesar - besar dosa ialah rasa tidak bersalah malah berbangga dengan dosa yang dilakukan .

Tindakan Mazlan sekurang - kurangnya satu usaha ke arah membasmi maksiat atau jenayah rasuah dalam UMNO sekaligus menyelamatkan ahli UMNO dari terus menerus terjebak dalam perangkap maksiat keji ini .

Tindakan Mazlan dari Pespektif Politik

UMNO adalah parti lawan PAS yang sangat konsisten menghalang PAS dari mendaulatkan syariat Allah swt . Malah UMNO sendiri tidak pernah mahu berubah agar mereka bersih dari najis maksiat dan mungkar . Maka UMNO mesti dijatuhkan ! agar Islam dapat didaulatkan . Kecuali UMNO bersedia untuk kembali kepada Islam .

Untuk menjatuhkan UMNO dalam medan pertempuran politik ini , tidak sahaja kita menyerang dari luar seperti melalui media , pentas ceramah dan seumpamanya , tetapi boleh menggunakan kaedah menyerangnya dari dalam .

Saya menyifatkan tindakan Mazlan membuat laporan polis agar polis dan BPR masuk menyiasat dalam UMNO serta menangkap atau mengambil tindakan ke atas pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah adalah satu serangan dalaman yang mungkin berkesan dan mendatangkan hasil .

Ia boleh mengucar kacirkan dalaman UMNO dan melemahkan kepimpinan UMNO yang korup ini . Jika sabit kesalahan , maka jelaslah bahawa UMNO benar - benar terlibat dengan rasuah dan ini akan membuka mata agar mereka yang belum masuk UMNO dan belum menyokong UMNO janganlah berkira - kira untuk masuk atau menyokong UMNO selepas ini .

Mazlan yang saya kenal

Kalau kita menggunakan lojik tak usah kacau dalaman UMNO kerana kita mesti fikir pasal parti kita sendiri , maka usahlah kita bincang soal kerajaan atau pemerintah yang selama ini bertindak zalim dan memeras harta rakyat , sebab kita hanya kena bincang pasal kita sebagai pembangkang dan jangan campur urusan orang lain ( pemerintah ) . Betul kah cara berfikir begini ?

Mazlan yang saya kenal sangat rajin dan aktif membenteras segala mungkar . inilah baru sekali dia report pasal rasuah dalam umno sedang sebelum ini lebih 1001 kali beliau bertindak memerangi mungkar di luar dari umno bahkan berani menegur pimpinan sendiri bila dilihat ada kesalahan yg dilakukan .

Ertinya Mazlan bertindak pada landasan yang betul dan tindakannya adalah benar . Saya ucapkan Mabruk akhi Mazlan . Teruskan usaha saudara untuk terus komited menentang kemungkaran . Saya bersama saudara . Selamat berjuang !

1 Comments:

Blogger IndukYati said...

syukur ke hadrat Ilahi..dpt saya mengikuti artikel didlm blog ustaz,saya melihat dari sudut pandang yg berbeza dlm hal ini,iye benar kata2 ustaz-amal makruf nahi mungkar....dan ada pendapat lain pula berbeza drpd pandangan ustaz,itu saya ambil sebagai satu strategi berpolitik,mungkin saya betul mungkin tidak.

9:54 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home