" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, December 29, 2008

DERITA GAZA
APA UPAYA KITA ?

Biar Gaza beribu batu dari sini tetapi deritanya bagai di depan mata . Malang sungguh bagi muslim yang masih mampu diam membatu diri menyaksi penderitaan Gaza .

Benar kita tidak sampai tangan dan kaki tapi sekurang - kurangnya kita ada berbuat sesuatu untuk bersama penderitaan mereka .

Paling tidak kita mendoakan mereka agar segera bebas dari penderitaan , hulurkan bantuan kewangan untuk meringankan penderitaan mereka , suarakan bantahan kepada dunia khasnya Amerika untuk menunjuk kebersamaan kita dengan penderitaan ummat Palestine dan tidak lupa kita mendesak agar seluruh ummat Islam bangkit dan pemimpin - pemimpin ummat Islam berbuat sesuatu untuk mengajar Israel Alaihi Laknatullah .

OIC mesti digesa agar mengambil langkah berkesan untuk menyelamatkan ummah seagama dan seaqidah . Kenapa tentera ummat Islam boleh dihantar ke Perairan Somalia , ke Bosnia sebelumnya dan ke seluruh negara untuk misi pengaman antarabangsa tetapi tidak ke Palestine .

Ummahku , apakah derita Gaza tidak pernah mendekap dihati kalian ? atau kalian tidak pernah dapat menghayati apa ertinya derita ?

Bangkitlah ummahku . Marilah kita kita titipkan doa buat mereka tanpa jemu dan bosan jua tanpa buruk sangka kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Kaya lagi Lagi Maha Perkasa .

Insyaallah esok ( selasa : jam 11 am ) Dewan Pemuda PAS Pusat akan menggerakkan ummat Islam prihatin untuk berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika bagi membantah kekejaman sekutu rapatnya ( rejim Israel )di Gaza .

Saya mengharapkan agar kita semua dapat keluar beramai - ramai menyatu hati bersama ummat Islam di seluruh dunia menyuarakan bantahan di samping kita mengadakan solat hajat agar Israel segera dihukum dan dibinasakan .

9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam ustaz....

anjurkan solat hajat dan doakan kebangkitan umat islam seluruh dunia.


tok pengulu

8:03 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jelas dan nyata kemenangan puak Islam dalam pilihanraya dulu tidak memberi apa-apa makna. Ini kerana Yahudi dan Nasrani takkan redha kpd Islam selama-lamanya. Mereka sanggup melanggar peraturan ciptaan mereka sendiri jika kemenangan berpihak kpd Islam.

Apa yg ummah perlukan, khususnya dalam kes Palestin ini adalah : KHILAFAH !!!

Ummah hari ini perlu dibangkitkan dan digerakkan kearah penubuhan negara Khilafah.

Nabi saw menyebut.."(khalifah) adalah perisai. Dibelakangnyalah kaum muslimin berlindung dan berperang" !!

Kaum muslimin di wilayah Arab sangat ramai.....senjata yg mereka miliki juga tidak kurang hebatnya. Namun yg tiada adalah seorang khalifah, yg memimpin sebuah negara Islam, yg akan mengisytiharkan jihad ke atas Yahudi laknatullah, yg akan menggerakkan putra-putri kaum muslimin melakukan jihad yg mulia.

Semoga PAS serta para ulamak dan pemimpin Islam di Malaysia berhenti dari ucapan yg berputar-putar, berbelit-belit, berpura-pura. Demokrasi, HAM dan seumpamanya semua itu mengarut. Ummat Islam takkan ke mana dgn demokrasi...percayalah.

Ayuh marilah kita mengejar kemuliaan dgn mengajak ummah membuang segala pemikiran dan sistem kufur.....melaksanakan syariah....menegakkan khilafah.......insyaallah Allah akan mengabulkan doa-doa kita semua !!!


RIRK

6:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

tuan..saya ada kemusyikilan...

Apa itu Thalabun Nusrah yang dibawa oleh Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani?...

apa benar dakwaan Hizbut Tahrir yang mengatakan perjuangan PAS tidak ikut syariat Islam kerana memilih jalan demokrasi?

7:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Thalabun Nusrah maknanya minta kaum demokrasi/kapitalis/sosialis serahkan kuasa secara aman kepada Hizbut Tahrir.

12:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Pemuda PAS Bakri.....kepada siapa sebenarnya sdra tanyakan soalan tu ?

Saya rasa sdra boleh dapatkan jawapannya dari mykhilafah.com atau jumpa je syabab2 HT di Bakri tu.

Dari sirah Nabi saw...aktiviti thalabun nusrah boleh kita lihat ketika Nabi saw berjumpa dgn ketua-ketua suku dan kabilah Arab...utk meminta sokongan & dokongan politik dan ketenteraan bagi tegaknya sistem dan syariat Islam. Jika sdra mendalami peristiwa baiatul aqabah ke 2, insyaallah sdra akan mendapatkan gambaran yg lebih jelas.

Bagi saya thalabun nusrah bukanlah "original" sheikh Taqiyudin nabhani. Saya tak setuju jika HT thalabun nusrah adlh "milik" HT. Sebab...ianya dilakukan oleh Rasulullah saw, sedang Rasulullah bukan "milik" HT seorg ! Oleh itu thalabun nusrah adlh hukum syarak ke atas sesebuah parti politik mengenai bagaimana kuasa pemerintahan diambil utk menegakkan sebuah pemerintahan Islam.

Thabun nusrah adlh konsep Islam....HT hanya beramal dgnnya insyallah.

RIRK

RIRK

3:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Mengapa perlu wujudkan Hizbut Tahrir Malaysia sedangkan di Malaysia sudah ada PAS yang berjuang untuk Islam???...

tidakkah ini memecahbelahkan jemaah?

6:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Mengapa perlu ada PAS sedangkan di dunia ini sudah ada hizbut tahrir ?

Okeylah....persoalan samada wajar atau tidak suatu perkara....ianya perlu dikembalikan kepada syariat....bukan baik atau buruk menurut pandangan / logik aqal.

Kedua....kita lihat para ulamak silam tidak pernah "mengharamkan" adanya pelbagai pandangan / mazhab "baru" selagi ianya sesuai dgn hukum syarak....walhal kalau kita ikut logik....kenapa perlu ada berbagai mazhab...tidakkah ianya memecahbelahkan ummah ?

Kerja parti politik adalah mendidik ummah agar mereka faham apa itu Islam dan apa itu kufur. Makin ramai org yg berdakwah....makin baik...tidakkah begitu.

Jadi....kita kena ubah mentaliti org melayu....saling berkelahi dan bergaduh sesama sendiri....

Kenapa kita perlu berkelahi ?

Jadi....mari kita lihat secara positif banyakkanya gerakan Islam / politik di negara kita.

Ideologi kufur di Malaysia di wakili pelbagai kelompok, bentuk dan golongan seperti : UMNO, DAP, PKR, PARTI SOSIALIS, SIS, PERSATUAN2 AGAMA KUFUR, PELBAGAI NGO & YAYASAN YG MEMBAWA PEMIKIRAN LIBERAL, MAJLIS PEGUAM, AGAMA LANGIT AYAH PIN dan seribu satu macam lagi. Saya tak fikir PAS mampu sendirian menghadapinya.

Yang diperlukan sekarang bagi saya adalah keterbukaan PAS atau ahli PAS menerima kenyataan bahawa Islam di Malaysia bukan hanya PAS. Bahkan PAS patut bekerjasama dgn mereka. Cuma yg hairannya PAS sanggup bekerjasama dgn parti politik kufur demi utk kuasa tetapi mengganggap kelompok Islam sebagai ancaman. Inilah masalah sesetengah ahli PAS bagi saya.

Padahal kesediaan golongan kufur bersama PAS bukan kerana mereka menerima Islam yg di bawa oleh PAS tetapi kerana kesediaan PAS menerima kekufuran yg dibawa oleh mereka.

RIRK

8:11 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Biarkan HT dgn idealisma mereka. Mereka telah gagal di negara-negara Arab. Hingga kini, setelah 50 tahun penubuhannya,HT masih gagal menegakkan Khilafah.

Sedangkan Taqiuddin an-Nabhani hanya meletakkan sasaran 13 tahun selepas penubuhannya untuk menegakkan negara Khilafah.

HT hanya berani mengadakan demo di Indonesia, di negara-negara arab, mereka ibarat tikus dalam lubang.

KRIR

4:46 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Org Melayu perlu kikis salah satu tabiat buruk mereka iaitu : saling menjatuhkan sesama sendiri.

Apabila kita melihat saudara-saudara kita mengajak kepada kebaikan.....kita tidak patut biarkan sahaja, sebaliknya kita patut menyokongnya.

Kalau parti yg berjuang utk demokrasi / HAM yg kufur tu kita bersungguh-sungguh berkerjasama dan menolongnya, kenapa parti yg mengajak kepada aqidah dan syariah kita perlu membencinya.

Guane gamok ?

RIRK

7:58 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home