" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, December 25, 2008

HUDUD
Keperluan Rakyat dan Negara .

Isu Hudud sekali lagi membelah ruang politik tanahair dengan pelbagai polemic yang sengaja ditimbulkan oleh pelbagai pihak . Seolah – olah mereka bersikap tidak pernah mahu memahami kenapa Hudud atau Kanun Jinayah Syari’ah dipertahan dan diperjuangkan oleh PAS sebagai sebuah Gerakan Islam dan lebih penting lagi ialah , mengapa Hudud sangat diperlukan oleh Negara .

Undang – undang Jinayah Syari’ah ini bukanlah suatu yang baru atau asing terutama kepada ummat Islam di Malaysia . Sejak 1990 apabila PAS Berjaya menguasai negeri Kelantan undang – undang Jinayah Syari’ah atau Hudud menjadi popular sejurus draf Qanun Jinayah Syari’ah itu dibentang dalam Dewan Undangan Negeri buat pertama kalinya.

Telah banyak seminar , symposium , nadwah dan wacana yag dianjurkan seluruh Negara bagi membincang serta membahaskan harapan dan halangan perlaksanaan hukum hudud di Negara kita amnya dan di Kelantan khasnya .

Kalau nak faham , saya kira semua orang sudah boleh memahami prinsip , konsep , falsafah , objektif dan matlamat perlasanaan hukum hudud . Terutama bagi seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt dan Kitab yang diturunkanNya . Kalau pun benar mereka belum memahami hukum hudud , mereka pasti sahaja tahu siapa orangnya yang boleh dirujuk untuk mempelajari atau mengambil tahu mengenai hudud .

Malangnya , mereka sengaja menjadikan hudud sebagai satu polemic ( terutama menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu sekaligus mengharapkan agar gandingan Pakatan Rakyat berpecah ) untuk menimbulkan keresahan dikalangan non muslim dan juga dikalangan muslim yang masih gagal untuk memahami Islam agama yang mereka sendiri menganutnya.

Saya menyokong kenyataan Naib Presiden PAS Dato’ Husam Musa yang kembali mempertegaskan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud kiranya rakyat memberikan mandat kepada PAS sebagai sebuah Gerakan Islam untuk memimpin dan mentadbir Negara ini .

Ia menjelaskan bahawa PAS tidak pernah pudar prinsip perjuangannya walaupun telah meredah pelbagai musim yang penuh cabaran dan kekangan sebaliknya masih segar bugar dengan pegangan atau aqidah perjuangannya. Inilah yang menjadi rahsia kekuatan PAS mampu bertahan sejak tahun 51 hingga kini biarpun terlalu banyak serangan dan ancaman dari pihak musuh.

Hudud bukanlah ciptaan PAS . Inilah yang dipertegaskan entah kali ke berapa ribu oleh pimpinan PAS bahkan Mursyid Am . Ia adalah ciptaan Tuhan Qadhi Rabbul Jalil dan Tuhan yang samalah memerintahkan agar hudud dilaksanakan . Firman Allah swt :

و أن احكم بينهم بما أنزل الله

Dan hendaklah kamu menjalankan hukuman antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt.

Surah al Maaidah : 49

Kenapa harus ia menjadi polemic apabila Naib Presiden PAS mempertegaskan hasrat dan cita – cita PAS untuk mendaulatkan undang – undang Tuhan . Firman Allah swt :

أفحكم الجاهلية يبغون و من أحسن من الله حكما لقوم يوقنون

Sesudah itu , patutkah mereka berkehendak lagi akan hukum Jahiliyyah ? Siapa lagi yang terlebih baik hukumnya ( berbanding hukum Allah swt ) bagi mereka yang yakin .

Surah al Maaidah : Ayat 50

Saya tidak hairan apabila Lim Guan Eng pantas menolak hasrat PAS yang mahu melaksanakan hudud andai Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Negara ini justeru Lim Guan Eng bukan seorang yang arif mengenai Islam dan dia tidak mempunyai pertimbangan dosa jua pahala .

Biarpun saya sangat tidak bersetuju dengan sikap beliau yang pantas membuat kenyataan membantah hasrat murni PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt di atas tanahair tercinta ini. Sementelah beliau berulangkali menyatakan bahawa beliau mahu memimpin negeri berasaskan kepimpinan Umar bin Abdul Aziz . Umar bin Abdul Aziz tidak pernah menolak hukum Allah swt tersebut .

Saya sekali lagi sangat tidak bersetuju , bagaimana seorang pemimpin yang menegaskan mahu memerintah negeri dengan Amar Makruf Nahi Mungkar tiba – tiba secara terbuka menolak hasrat suci PAS mahu melaksanakan hudud . Mungkin beliau gagal memahami bahawa hudud adalah Amar Makruf .

Tetapi saya lebih kesal , lebih hairan dan lebih – lebih tidak bersetuju apabila UMNO sendiri yang mempertikaikan hudud . Mereka mempunyai kuasa memerintah Negara tetapi sejak merdeka mereka gagal melaksanakan hukum Allah swt ini .

Khairy Jamaludin contohnya , sewaktu membentang idea dan hujjah dalam Wacana Perdana di Kota Bharu baru – baru ini mempersoal kenapa Kelantan yang dikuasai PAS sejak 18 tahun yang lalu masih gagal melaksanakan hudud .

Sedang semua pihak tahu , masih wujud terlalu banyak kekangan undang – undang dan perlembagaan untuk membolehkan Kelantan sebagai sebuah Kerajaan Negeri melaksanakan hudud . Malah UMNO pernah memberi amaran kepada Kelantan agar tidak melaksanakan hudud bahkan UMNO pernah mencabar hudud dan menyamannya ke mahkamah .

Persoalannya kenapa tanggungjawab melaksanakan hukum Allah ini mahu dibebankan kepada Kelantan yang hanya bersifat Kerajaan Negeri dan pasti sahaja banyak halangan dan ketidakupayaan mengatasi kekangan undang – undang bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hudud .

Kenapa UMNO sebagai sebuah kerajaan yang telah menguasai Kerajaan Pusat sejak awal malah pernah menang besar pada tahun 2004 , mendapat mandat rakyat yang hampir solid menguasai parlimen enggan melaksanakan hudud ?

Paling tidak , kenapa UMNO tidak pernah membawa usul ke parlimen agar kerajaan BN melaksanakan hudud sedang UMNO juga turut mendakwa mereka adalah parti umat Islam ?

Malaysia Perlukan Hudud.

Hudud adalah undang – undang Jenayah yang berasaskan syariat Allah swt . Undang – undang yang dicipta sendiri oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini . Undang – undang untuk membenteras jenayah . Hukumannya adalah untuk menghukum penjenayah yang merosakkan kepentingan manusia seperti harta ( kerana mencuri ) , aqal ( kerana minum arak ) , keturunan ( kerana zina ) , nyawa ( kerana membunuh ) dan agama ( kerana murtad ) .

Apa yang tidak kena dengan hudud sehingga ia mahu ditolak dan hasrat PAS mahu melaksanakannya dibantah keras ? Jika kerana masih belum memahaminya , PAS sedia menyediakan bengkel khas untuk memahamkan mereka mengenai hudud .

Atau kerana apa ? kerana kepentingan politik ? bukankah kita berpolitik untuk kesejahteraan ummah dan menjaga ke amanan Negara ? Lalu kenapa masih tidak selesa dengan hudud ? bukankah Hudud untuk membasmi penjenayah yang gagal dihapuskan oleh undang – undang ciptaan manusia sejak merdeka lagi .

Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam menunjuk atau membuktikan keupayaannya menghadapi jenayah yang dilakukan oleh manusia . Kita boleh merujuk bagaimana indeks jenayah yang semakin meningkat dalam Negara kita walaupun pelbagai akta dan undang – undang telah diperkenal dan diperketatkan .

Rasionalnya setelah kita buntu dengan satu cara , kita mesti mencuba cara yang lain . Demikian hari ini Negara telah buntu menghadapi peningkatan indeks jenayah dan jelas undang – undang yang ada pada hari ini gagal mengekang peningkatan serius jenayah dalam Negara kita . Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam ?

Melaksanakan Islam dan hukumnya bukan bermakna non muslim dipaksa masuk atau menerima Islam . Melaksanakan Islam juga bukan bermaksud semua orang mesti dihukum , yang dihukum hanyalah mereka yang bersalah dan disabitkan kes .

Hudud tidak zalim , jauh sekali ganas sebagaimana tohmahan sebahagian mereka yang jahil dan berniat jahat terhadap Islam . Sekali lagi saya tegaskan bahawa hudud adalah hukum Allah swt dan Allah telah menitahkan seluruh hambanya agar berlaku adil dan membasmi kezaliman/keganasan . Firman Allah swt :

إن الله يأمر بالعدل و الإحسان و إيتآئ ذى القربى و ينهى عن الفحشاء و المنكر و البغى يعظكم لعلكم تذكرون

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan serta member bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman . Dia mengajar kamu dengan suruhan dan laranganNya ini semoga kamu mengambil peringatan dan mematuhinya .

Surah an nahl : Ayat : 90

9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

pimpinan pas prlu trus mnrus tnpa hnti brbicra tgg hukum hudud dimana2 pentas cermh. ini bolh mmhmkn ahli pas KHASNYA, bhwa pas bukn skdr prtai plitik,tp harakah islamiyyah.
Laksanakan apa yg diprinthkn Allah,pdulikan org2 yg yg musyrik(yg mnntg).

1:38 PM

 
Blogger SEBUAH PERJALANAN HIDUP said...

Tengok contoh bank islam yang diperkenalakan..akhirnya orang bukan islam mula terpaut hati dengan sistemnya bahkan ada bank2 bukan islam membuka perbankan islam... Laksana dulu baru tahu..Itu konsep di Malysia nie...Laksanakan hudud hanya untuk umat Islam dahulu..Bagi option kepada non muslim..Niscaya dengan wajah keceriaan mereka pasti memilih dan menyayangi hukum Pencipta ini...

2:41 PM

 
Blogger PondokDungunTerengganu said...

Assalamu'alaikum Ustz Din,

Itu satu cabangan yang baik untuk didakwahkan kepada ummat oleh PAS. Tetapi, diharapkan juga kerja mendakwahkan Islam; yakni penyebaran Islam dengan secara missionaris dan out-reach dilaksanakan dan digembeling oleh PAS dengan penuh agressif. Sunnah Kenabian. PAS ada sumber tenaga dan peralatan yang lebih dari mencukupi dengan beberapa kerajaan pula diterajuinya. Kaedah dakwah ialah menekankan kebenaran Al-Qur'an dan Kenabian Nabi Muhammad saw yang sentiasa dipandang serong oleh musuh Islam. Jika dakwah Qur'an dan Kenabian diterima sifirnya pasti kesyari'atan Hudud diterima.

Dakwah hudud tidak boleh mengatasi dakwah Qur'an dan Kenabian kerana ianya tidak sama di segi prioritinya. Saya percaya Ustaz Din faham. Takut-takut Dakwah Hudud diperalat musuh dan mereka yang tak faham dari kalangan PAS sendiri untuk menikam perjuangan Islam balik atau sekurang-kurangnya memecah-belah. Ambe 'ternampak' sesuatu.... Harap dibaca dengan bashirah..

Sekian pandangan ambe..

PONDOKDUNGUN

3:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

HUDUD,Qisas,Takzir, Negara Islam,Khilafah dan sumpamanya.....sering dipandang negative dan sensitif oleh sesetengah org, terutama org kafir cina dan india.

Sesetengah dari kita,umat Islam pula takut membicarakannya dgn org kafir samada bimbang persepsi negative, tak dapat sokongan undi dan sebagainya.

Padahal menjadi tugas ummat Islam, terutama gerakan Islam seperti PAS,juga hamlud dakwah secara terbuka membicarakanyya. Biar org kafir tolak...pd awalnya...kerana mereka tidak tahu. Tugas kita....mestilah dgn berani dan penuh keyakinan menjelaskan ttg keperluan undang-undang syariah utk manusia.

Pepatah menyebut....alah bisa tegal biasa.

Jika ada org Islam meraguinya...jgnlah pulak dgn pantas dihukum...KAU KAFIR !

Org mcmni tak faham.....tugas kita ialah terus meyakinkannya.

PAS tidak boleh lagi berpura-pura "TAK MAHU" syariah....dan berpura-pura "MERESTUI KEKUFURAN".

Kalau masih terus bersikap berpura-pura...sampai bila ummat takkan faham. SElagi takfaham.....mereka tidak terdorong utk bangkit dan mengubah hidupmereka kepada syariah Islam.

Tak perlu bimbang ttg sokongan undi....ummat faham keperluan syariah itu lebih penting. Inilah methode Rasulullah saw.

Namun kalau cerita bab hudud sahaja pun tak tepat. Hudud hanyalah secuil dari hukum syarak.

Ringkasnya...ummat Islam serta pelbagai kelompok Islamsamada PAS,HIZBUT TAHRIR, JIM,ABIM,TABLIGH,UMNO,WAHABI/ SALAFI, PAKEDA,HIZBULLAH,IKHWANUL MUSLIMIN dan apa sahaja namanya.......WAJIB BERTERUS TERANG DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ KEPADA UMMAT DAN SELURUH MANUSIA BAHAWA KITA MAHU MELAKSANAKAN SYARIAH ISLAM 100% YG DITEGAKKAN MELALUI SEBUAH NEGARA KHILAFAH.

Ummat Islam,pelbagai kelompok Islam perlu saling berganding bahu dalam menyampaikan mesej ini, bukan saling membenci.

Jadikan isu PENEGAKKAN SYARIAH ISLAM sebagai ganti isu ketuanan Melayu.

Saya percayakalau PAS berjaya jadikan ini sebagai isu nasional.....UMNO boleh tutup kedai....org2 Cina dan India yg fanatik dgn perkauman masing-masing pun boleh tutup kedai.

Pro dan kontra thdp syariah okey....tak perlu kita melatah. Yg penting terus gagah menyampaikan Islam....bukan demokrasi, HAM,keadilan, Anwar jadi PM dan sebagainya.

BERTERUS TERANG,PANTANG BERPURA-PURA

RIRK

5:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Kulasegaran , who is also Ipoh Barat MP, said that he respected PAS for wanting to implement hudud laws, and that Islam was the party’s aspiration.

“It is still subject to amendments to the Federal Constitution,” he however added, noting that PAS would not be able to get the two-thirds majority to amend the Constitution.

Betul tu.....hudud takkan boleh terlaksana melalui PARLIMEN...tetapi melalui "PANDANGAN UMUM" yg mahukan syariah.

7:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

hmmm...saya rasa macam bersetuju dgn pandangan bahawa 'hudud memang sukar dilaksanakan' melalui parlimen. Tapi ia boleh di realitikan melalui desakan umum yang inginkan syariah Islam itu dilaksanakan. Sudah pasti sesuatu perkara itu utk menjadi keinginan umum mesti sangat-sangat difahami mereka dgn jelas bukan saja dari aspek hukum wajibnya, bahkan akan molek dan indahnya hukum Allah itu.

saya kira masayarakt tidak mendapat ilmu yang jelas tentang hal ini. Bahkan dikalangan ahli pas sendiri tidak begitu memahami walaupun mereka turut mengaku setuju dan meyokong hasrat parti pas nak laksanakan hudud.

saya rasa peluang memberi faham kepada masyarakat umum termasuk non muslim ttg hukum hudud ni perlu diambil betol-betol oleh Pas. Inilah masa yang paling sesuai....paling sesuai yakni ketika pas mendapat sokongan ramai, memiliki media penyampai maklumat, non muslim yang mula menunjuk minat....ah soal kit siang yg menolak atau menentang tu pun mungkin satu kelebihan. Ia boleh membangkitkan sikap ingin tahu orang awam dan pas boleh lebih agresif memberi penerangan ....

betol kata RIRK....berterus-terang, jangan segan-segan...

11:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Saya setuju dgn muslimat bahawa inilah masa yg paling sesuai....kerana org membicarakannya.

Daripada berpolemik ttg ketuanan melayu dan bahasa melayu....lebih baik berpolemik ttg hudud dan pelaksanaan syariah Islam di Malaysia.

PAS tidak perlu bimbang ttg sokongan DAP,PKR,Cina dan India. Lagi pula sokongan mereka kpd PAS sebelum ini dan sekarang bukanlah sokongan yg "hakiki".Umpama pohon yg tidakberakar tunjang. Bila-bila masa boleh tercabut.

PAS perlu menggasak isu hudud dan perlaksanaan syariah....sampai Karpal dan yg sekapal dgnnya surrender !!

UMNO mungkin menganggap idealisme Islam yg diperjuangkan PAS sebagai sumber @ titik lemah. Amat malang jika para pemimpin PAS juga berfikiran demikian.

Jika para pemimpin PAS yg lain tak mahu mengambil peluang ini...kerana takut kehilangan sokongan DAP dan non muslim ,saya harap ustaz DIN tidak terikut-ikut.

Husam telah menyebutnya...Tok Guru Nik Abd Aziz telah menegaskannya. Pasti ummat beserta pelbagai kelompok di dalamnya bersama-sama dgn hudud dan syariah.

Islam,aqidah dan syariah...inilah sumber kekuatan umat Islam dan gerakan Islam.....bukan ikatan atas dasar pemikiran kufur seperti demokrasi dan HAM.

Wahai kaum muslimin !!
Kamu mulia, disegani sekaligus digeruni kerana kamu memegang erat Islam. JIka kamu ragu malah malu dgnnya...maka tunggulah hari kebinasaanmu.

Rindu Islam, Rindu Khilafah

RIRK

2:11 AM

 
Blogger kamaruzz said...

sokong hudud dilaksanakan,
tapi bukan sekerat-sekerat,
seluruh hukum syarak wajib dilaksanakan serentak

1:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

wa cakap lu, antara guru dlm pas tu sendiri ramai yang buta tentang hudud, Kalau diterangakan dgn bijaksana ttg keadilan dan proses hukumannya wa rasa tak ramai non muslim yg tidak menyokongg. Setahu wa, hukum nih ada khilaf ulamak, ada ulamak yg kata kafir sekali kena hukum dan ada yg kata tidak, so what...kalau depa tidak dihukum dgn cara islam masakan mereka nak marah?. Kita tak pernah marah depa amal ibadah cara mereka,so what the point depa nak marah kita jika kita buat hukum nih just for muslim?
putiq.

6:27 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home