APAKAH POSTER ALTANTUYA
ADA ALHANTUNYA ?
Sahabat saya Timbalan Angkatan Muda Keadilan Pusat saudara Faris Musa yang juga rakan sejawat menjadi mangsa pertama polis dalam tempoh Pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu .
Kesalahan beliau yang membuatkan ditangkap hanyalah kerana menampal poster Altantuya tanpa sebarang tulisan atau perkataan yang berunsur provokasi dan juga hasutan .
Tapi , sebagaimana saya kata bahawa poster Altantuya ada Alhantunya yang sangat ditakuti oleh orang - orang tertentu . Sehingga poster Altantuya benar - benar menghantui fikiran mereka dan membuatkan mereka tidak senang duduk apalagi dirasakan mengancam keselamatan mereka untuk turun berkempen di Kuala Terengganu .
Biasanya yang takut kepada orang mati ni ialah orang yang ada kes terhadap simati . Sehingga wajah simati kalau pun tidak hadhir sebagai hantu tapi cukup menghantui pesalahnya sehingga dia tidak lena tidur dengan nyenyak .
Saudara Faris tentu sahaja bukan pesalahnya sebab dia tak takut apa - apa pun malah dia yang menampal poster Altantuya . Kalau Faris yang bersalah sudah tentu dia awal - awal lagi tidak akan menampal poster Altantuya kerana Alhantunya mesti menyerang Faris . Kalau bukan Faris pesalahnya kenapa Faris pula yang kena tangkap ?
Apa pun saya ucapkan selamat berjuang dan tabah hati buat saudara Faris dan rakan - rakan dari AMK yang ditangkap baru - baru ni .
2 Comments:
assalamualaikum.
ustaz, ini tiada kaitan dengan post ustaz pada kali ini.
cuma saya rasa harakahdaily.net telah kena hack.
bila klik, lamannya tak muncul melainkan pop-up2 yang memualkan.
minta usahakan sesuatu supaya pengundi p036 berterusan dapat maklumat yang betul tanpa disekat.
terima kasih.
11:23 PM
sila kunjungi :
http://prk036.pas.org.my
untuk dapatkan maklumat terkini mengenai pilihanraya kecil Kuala Terengganu
7:19 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home