" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, January 03, 2009

Al Fatihah :
Buat 2 Tokoh Gerakan Islam
Negeri Pahang Darul Makmur

Tokoh Pertama :

Tokoh yang saya maksud ini ialah al Marhum Ustaz Jamahir bin Ideris 84' yang telah kembali ke rahmatillah kira - kira jam 12.35 tengah malam 29 December lalu .

Saya bawakan saudara catatan oleh Khairil Abdul Rahim Pegawai Penerangan badan Perhubungan PAS Negeri Pahang .

Menurut menantunya Farid Yaakub Pesuruh jaya PAS Pahang ke 5 ( 1969 - 1977 ) itu meninggal di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan ( HTAA ) Kuantan setelah terlantar disitu selama 4 hari dipercayai akibat komplikasi paru - paru .

Jenazah disembahyangkan dirumahnya Taman Guru Batu 5 Kuantan dan disemadikan di tanah perkuburan Islam batu 8 jalan Gambang . Al Marhum meninggalkan seorang balu Fatimah Abu Bakar 70' , tiga orang anak dan 8 orang cucu .

Ustaz Jamahir dilahirkan di Bukit Tinggi , Sumatera Barat pada 1924 . Belia adalah bekas anggota Masyumi sebuah Gerakan Islam di Indonesia dan mempunyai hubungan akrab dengan tokoh besar seperti Mohd Natsir , Agus Salim dan Hamka .

Sejarah beliau bersama Gerakan Islam di Malaysia bermula pada tahun 1948 apabila beliau menyertai Hizbul Muslimin dan beliau mula berkenalan dengan Abu Bakar Baqir , Ishaq Muhammad , Dr. Burhanuddinal Helmy , Ahmad Boestamam dan Asri Muda .

Beliau menjadi Setiausaha Penaja Hizbul Muslimin Cawangan Padang Rengas sebelum para pemimpin utama ditangkap oleh penjajah Inggeris dan pergerakan tersebut diharamkan .

1951 al Marhum berhijrah ke Pekan Pahang lalu bertemu Allahyarham Datuk Abu Samah Ali [ Pesuruh Jaya PAS ke 4 ] lalu beliau menyertai PAS .

1958 al marhum berhijrah ke Kuantan . Pada tahun tersebut bersama dengan Tengku Ali Shahdan , Syed Ahmad , Sheikh Husin dan Ismail Khatib telah menubuhkan PAS Kuantan.

Beliau pernah bertanding pilihanraya mewakili PAS menentang Datuk Abdul Rahman Talib [ bekas Menteri Pelajaran ] pada tahun 1964 bagi Parlimen Kuantan .

Al Marhum Ustaz Jamahir juga adalah merupakan antara pengasas Sekolah Agama Rakyat Tanjung Api yang kini telah diambil sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Al Ihsan .

Tokoh Kedua :

Allahyarham Hj. Ahmad bin Abd Rahman . Kembali ke rahmatillah pada jam 5.35 pm hari jumaat kelmarin dan jenazah al marhum telah disembahyang di Masjid Saidina Umar al Khattab Cenderawasih Kuantan dan disemadikan di tanah perkuburan Felda Keratong 4 & 5 pada jam 12 tengah malam .

Al Marhum adalah tokoh veteran PAS Kawasan Rompin . Beliau adalah antara angkatan awal sebagai aktivis PAS kawasan Rompin khasnya bagi DUN Ibam dan gugusan Felda Keratong .

Beliau menghabiskan sebahagian besar usianya untuk mengaktifkan amal islami sekitar Kawasan Rompin . Biarpun beliau bukan seorang tokoh pemimpin yang mampu berpidato hebat tetapi keistiqamahan dan ketekunan beliau bersama perjuangan ini adalah sangat dicontohi oleh generasi muda hari ini .

Al Marhum telah membuktikannya melalui kesungguhan beliau mendidik anak - anak sehingga peninggalan beliau boleh disifatkan sebagai contoh kepada orang lain apabila beliau meninggalkan zuriat yang juga aktif menyambung risalah perjuangan ini . Antaranya :

Al Fadhil ustaz Shukri Hj Ahmad adalah YDP PAS Kawasan Rompin sejak beberapa penggal yang lalu sehingga kini . Al Fadhil Ustaz Nazri Hj. Ahmad pula EXCO DPPN Pahang dan juga Ketua DPP Kawasan Rompin dan Al Fadhil Ustaz Suhaimi Hj. Ahmad AJK PAS Kawasan Rompin .

Al Fatihah buat kedua - dua tokoh tersebut semoga mereka digolong bersama golongan hamba - hambaNya yang soleh.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home