" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, January 06, 2009

KERANA UMNO !
SAYA MASUK HOSPITAL
SAYA NAK SAMAN UMNO DI AKHIRAT

Seminggu ini saya terpaksa berulang alik dari Kuantan ke Kuala Terengganu . Siang saya di Kuantan sementara malam saya di Kuala Terengganu .

Sepatutnya saya bertugas sepenuh masa di Kuala Terengganu , tetapi oleh kerana jadual persekolahan anak - anak saya belum tetap dan stabil sehingga Isnin depan maka saya terpaksa menguruskan mereka setiap pagi sementara umminya terpaksa keluar mengajar seawal jam 6.40 am.

Perjalanan selama 3 jam dari Kuala Terengganu sedikit sebanyak membuatkan saya berasa bosan , sepi dan sunyi memandu keseorangan . Tapi apa boleh buat , saya terpaksa menunaikan kedua - dua tanggungjawab tersebut . Antara perjuangan dan keluarga . Semoga Allah swt memberi saya kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi cabaran yang berat dan memenatkan ini .

Letih dan Penat

Mengantuk , letih , sakit pinggang , sakit tengkuk dan 1001 macam rasa dalam keadaan sebegini . Sesekali terfikir kenapa aku memilih jalan hidup yang seperti ini sedang orang lain enak tidur di rumah . Sesekali pertanyaan nakal seperti itu menerjah tanpa izin membuatkan sedikit sebanyak diri ini terganggu memikirkannya.

Mana tidaknya , badan letih , makan tidak menentu dan tidur tidak cukup . Masa nak bekerja cari duit untuk bekal masa depan memang tidak ada langsung . Kira makan apa yang ada tapi alhamdulillah sehingga hari ini , makan senantiasa ada . Belumlah kebuluran kerana berjuang walau tidaklah kaya atau mewah seperti orang lain .

Ikut rasa memanglah nak berehat , sungguh letih badan yang kerdil ini . Semalam pun saya hubungi Ustaz Wan Shukairi , dia kata , syeikh ana kena balik tidur segera sebab badan ana dah rasa lain macam . Sejuk panas tidak menentu , bimbang pula esok tidak boleh turun ke majlis penamaan calon . Nampaknya bukanlah saya seorang yang keletihan .

Sebelum saya melanjutkan perjalanan yang jauh ini , saya sempat singgah di sebuah kedai makan dekat kampung Rusila untuk pekena Radix secawan . Kebetulan bertemu dengan Ustaz Azman Syafawi [ Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil p.036 Pemuda Pusat ] , Ustaz Arifin [ Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat ] dan Dr. Shamsuri [ Setiausaha Politik Presiden PAS ] yang juga singgah meredakan ketegangan rasa dan kepenatan tubuh sambil pekena nasi goreng kampung .

Mereka juga gagal menyembunyikan rasa letih dan penat yang amat setelah bertungkus lumus melunaskan tanggungjawab dan amanah perjuangan ini . Saya lihat semua tarik muka 40 .

Beberapa jam sebelum tu , berlangsung mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz tarbiyah PAS Kuala Ibai . Yb. Ketua Pemuda terlewat sampai kerana mempunyai komitmen lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadhiran beliau maka saya diminta untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut .

Penghujung mesyuarat , Yb. Salahudin sampai dan saya kembali menyerahkan majlis kepada beliau untuk dipengerusikan olehnya . Sewaktu dia membuka bicara , saya nampak sangat dia keletihan . Maklumlah , kata beliau sedari pagi beliau mempunyai komitmen aktiviti yang tidak boleh di elak termasuk menangani isu Gaza dan bertemu beberapa tokoh tertentu untuk mengatur langkah berkesan menangani isu tersebut . Tambah pula mengambil perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan kenderaan darat .

Sungguh memenatkan ! begitulah kenyataan tanpa suara yang boleh saya fahami dari Yb. Ketua Pemuda yang sangat saya sayangi . Idola saya dalam perjuangan ini . Melihat kelibatnya ditengah medan , cukup menjadikan saya bermotivasi tinggi untuk terus thabat dalam perjuangan ini .

Rakan EXCO pemuda PAS Pusat pun sama . Dalam senyum mesra merapat ukhuwwah nyata tetap terserlah wajah kepenatan dan keletihan mengurus amanah dan tanggungjawab perjuangan besar lagi suci ini . Ustaz Riduan yang baru balik dari United Kingdom , Sdr Sabki mengendali pengurusan seketeriat Pemuda , sdr Adram pening kepala mencari dana untuk kelangsungan perjuangan , Sdr Kamaruzaman tak kalah seperti Menteri Wilayah Persekutuan menangani warga kota yang begitu rencam wajah kehidupan mereka yang terpisah dari wahyu Allah swt .

Boleh dikatakan nampak benar rasa penat dan letih dari setiap wajah seluruh EXCO Pemuda PAS Pusat . Namun mereka bijak mengatasi rasa agar tidak jelas kelihatan dihadapan umum . Tapi saya percaya mereka penat dan letih .

Memikirkan realiti ini maka yakinlah saya bahawa saya tidak keseorangan walau saat itu saya memandu keseorangan . Sedang saya belum lagi masuk kira seluruh pemimpin PAS terutama Mursyid Am , Presiden , Timbalan Presiden , Naib - naib Presiden dan seluruh AJK PAS Pusat bahkan seluruh pemimpin dan aktivis parti disemua peringkat dan pastinya rasa saya yang paling penat dan letih ialah anggota Briged Unit AMAL yang siap bertugas bila dikerah tanpa peduli bila masanya .

Biasanya saat seperti itu membuatkan saya bertindak menghubungi sahabat - sahabat seperjuangan . Walau sekadar bertanya khabar sudah cukup membuatkan diri ini bermotivasi untuk meneruskan perjuangan yang serba mencabar . Tapi ... waktu dinihari seperti ini siapalah yang nak angkat telefon , nanti saya mengganggu mereka pula , sudahlah mereka kepenatan ...

Tok Guru Nak Saman UMNO

Akhirnya saya mencari vcd - vcd lama untuk dipasang bagi membelah suasana sunyi dan sepi sepanjang jalan yang telah melepasi jam 3 pagi .

Saya memilih vcd ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz al Mursyidul Am PAS . Sungguh menarik kupasan ceramah Tok Guru yang sememangnya dikenali dan diketahui umum kepakaran beliau menyampai ceramah dan mengupas isu yang berlaku .

Pertengahan ucapan Tok Guru , saya bagai terpaku apabila mendengar dengusan Tok Guru yang menegaskan bahawa beliau nak saman UMNO depan Allah di akhirat kelak . Saya tersentak lalu mengulang semula ucapan Tok Guru .

Tok Guru kata : " saya masuk hospital kerana UMNO , saya nak saman UMNO di akhirat kelak . Kerana UMNO melakukan perbuatan mungkar dan sebesar - besar mungkar yang dilakukan oleh UMNO ialah mengasingkan politik dengan agama . Saya terpaksa turun berjuang , keluar rumah berceramah , kuliah dan sebagainya . Nak duduk di rumah berehat tak boleh sebab Allah bagi lidah dan tenaga ni bukan untuk diam melihat sahaja mungkar yang UMNO buat .......

" Terpaksa keluar hingga larut - larut malam , akhirnya jatuh sakit masuk hospital . Ini semua kerana UMNO . Aku nak saman kamu wahai UMNO d depan Allah di akhirat nanti ...."

Begitulah lebih kurang ayat Tok Guru yang saya masih ingat . Tegas juga Tok Guru malam sewaktu menyampaikan ceramah tersebut yang dihadhiri puluhan ribu manusia di dataran Stadium Sultan Muhammad Kelantan .

Maknanya benarlah , Tok Guru juga penat dan letih memimpin perjuangan ini sejak sekian lama cuma beliau sangat gagah dan kuat menelan segala kepahitan dan kepenatan demi Islam .

Cuma apa yang membuatkan saya baru faham hari ini ialah , keletihan dan kepenatan yang dirasai selama ini bahkan kesakitan yang dialami rupa - rupanya berpunca dari UMNO dan BN . Manakan tidak , kalau lah tidak kerana UMNO dan BN menyuburkan bumi ini dengan segala macam maksiat , mungkar , penyelewengan , penindasan dan pengkhianatan kepada rakyat maka tidaklah penat begini kita di medan .

Kalau begitu Tok Guru , saya pun nak failkan saman . Saya percaya semua pemimpin PAS yang dulu dan kini akan turut di belakang Tok Guru menfailkan saman terhadap UMNO dan BN di depan Allah , kerana mereka lah sebahagian besar masa , tenaga dan harta kita habis terkorban . Siap kamu UMNO !

Pun begitu , saya sungguh yakin , belum sempat kita saman Allah swt pasti akan membayar segala ganti rugi kita sebagaimana firman Allah swt :

يا أيها الذين امنوا هل ادلكم على تجارة تنجيكم من عذاب اليم تؤمنون بالله و رسوله و تجاهدون في سبيل الله بأموالكم و أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون . يغفرلكم ذنوبكم و يدخلكم جنات تجرى من تحتها الانهار و مساكن طيبة في جنات عدن ذلك الفوز العظيم

Wahai orang - orang yang beriman , adakah mahu Aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di Jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu sedang sedemikian itu adalah suatu yang terlebih baik bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti . Malah ia Mengampunkan dosa - dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai - sungai serta disediakan tempat tinggal yang indah di dalam syurga A'dnin . Sedemikian itu adalah satu kemenangan yang agong .

Surah As Shaff . Ayat : 10 - 12

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

TAKBIR! ALLAHHUAKBAR!

8:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam,subhanallah...mendgr luahan ust ckup mginsafkan diri ini btapa kcilnya smbgn dan pgrbnn yg dlakukan. InsyaAllah, mmnjm kata tuan guru"dunia tmpt bkrja utk islam'akhirat nnti boleh tidur tenang".doakan mahasiswa msia yg brada dluar negara pulg dn dpt bkhdmt dn mgbungkn diri bsama harakah islam di msia.kami jg akan mghdpi umno.

10:35 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Terima kasih ustaz,atas entry ini,kagum dengan ketabahan jentera pilihanraya Pas yang berpenat lelah demi perjuangan Islam.Memang kadang kala akan terasa penat,tetapi bila mengenangkan ganjaran Allah di akhirat,terus bersemangat semula!
Allahuakbar!

4:18 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualikum...
saya sangat2 memahami keadaan dan situasi yang dialami oleh al fadhil ustaz dan sahabat2 yg lain pada ketika ini..
begitulah keadaan yg terpaksa kita hadapi bila berhadapan dengan situasi seumpama peperangan ni..
kita di sini baru berdepan dengan puak2 ameno dah pun merasa keletihan yg amat sgt tapi jika nak banding dgn sahabat2 kita di Palestin tu, apa sgt la dengan kesusahan dan kepenatan kita di sini..
jika kita di sini mengeluh letih duk pikirkan perjuangan dan bimbangkan kerterabaian anak bini di rumah, sahabat kita di Palestine lagi la pulak..
bukan pening duk pikir macam mana nak uruskan persekolahan anak2 tapi pening dan gusar bagaimana nak selamatkan nyawa anak bini dari bedilan menggila dari musuh laknatullah dalam waktu yg sama perlu turun ke medan untuk tewaskan musuh2 (kita boleh pekena kopi radix lagi kat sini)!!!
insya-Allah, jika kita memikirkan situasi ini pasti ianya dapat menjadikan motivasi yang jitu pada diri kita untuk terus berjuang dengan lebih bersemangat dan lebih kuat untuk mengalahkan musuh kita...

8:15 AM

 
Anonymous Anonymous said...

SALAM,

RASANYA TAK ADIL KITA SAMAN UMNO JE...SEBAB JIKA HANYA UMNO SAHAJA, SISTEM SEKULER NI TAKKAN MAMPU BERJALAN DAN BERFUNGSI,

JIKA KITA JUJUR...KITA KENA MASUKKAN JUGA ; MCA, MIC, PPP, PELBAGAI PARTI, KELOMPOK DAN INDIVIDU YG MENYOKONG TEGAKKNYA SISTEM SEKULER INI,

LEPAS TU KITA JUGA KENA MASUKKAN PELBAGAI PARTI PEMBANGKANG YG TURUT MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MEMASTIKAN TEGAKNYA SISTEM SEKULER INI !

JADI LIST PIHAK YG KENA SAMAN PERLU DIPERPANJANGKAN LAGI KEPADA DAP, PKR DAN PARTI SOSIALIS. PARTI-PARTI PEMBANGKANG INI DGN TEGAS, JELAS DAN NYATA MENYOKONG IDEOLOGI SEKULER DAN MENOLAK IDEOLOGI ISLAM.

JIKA KITA HANYA NAMPAK SEKULER ITU UMNO...TAK NAMPAK PARTI-PARTI YG LAIN...RASANYA KITA TAK FAHAM APA ITU SEKULER !

WALLAHUALAM.
RIRK

8:27 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Hizbut Tahrir masuk senarai kena saman ke tak ?

5:46 PM

 
Anonymous Anonymous said...

SEMOGA ALLAH MEMBERI KETABAHAN DAN KEKUATAN KPD USTAZ DAN PEJUANG2 ISLAM DIMANA JUA BERADA...BUKAN SEMUA UMAT ISLAM YG SUDI MENJUAL ASET2NYA KEPADA ALLAH WALAUPUN DENGAN TAWARAN HARGA SEBESAR SYURGA.....BERUNTUNGLAH USTAZ DAN SAHABAT2 SEMUA....

10:46 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Takpe Ustaz, saman bapak sekuler dulu kat Malaysia ni, anak-anak sekuler yang lain ni mcm MCA,MIC,Gerakan semuanya ngikut bapak dia je..

Jangan gelojoh nak saman semua, tu namanya Jantan Gelojoh Otak Senteng..

KRIR

9:12 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya setuju dengan saudara RIRK, definisi sekuler perlu jelas.

Antara yang sekuler adalah Hizbut Tahrir Malaysia kerana :-

1. HT menggunakan nama Malaysia, sedangkan Malaysia adalah negara sekuler.
2. HT didaftarkan dalam negara sekuler, sebab tu HT di sini dipanggil HT Malaysia
3. Syabab-syabab HT mempunyai Mykad juga pasport Malaysia, maka HT juga adalah sebahagian dari sistem sekuler.
4. Buku-buku HT Malaysia semuanya menggunakan tulisan rumi, yang mana tulisan rumi di Malaysia adalah sebahagian dari tanda sekuler.
5. HT Malaysia membuat seminar di UKM, sedangkan UKM adalah sebahagian dari sistem pendidikan sekuler. Maknanya HTM telah bersekongkol dgn sekuler.

KRIR

9:22 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya suka peribadi ustaz,walaupun letih menjalankan tgjwb parti, masih boleh bertegur sapa dan menghormati mereka yang hanya dipinggiran Jamaah..Sbbnya saya kecewa mereka yang sibuk-sibuk dengan jamaah ini sangat ego dan tak tahu menghormati org lain. Mgkin kerana anggapan bhw orng lain tak brtgjwb atau sbgnya..Jumpa pun tak tegur, nak bersalam pun susah.

1:07 PM

 
Blogger WAHTA WANDAU said...

dalam senyum dan tawa, dalam tangisan dan airmata, begitulah rupanya... perjuangan menentang umno. harap ustaz lebih matang tabah dan perkasa meneruskan cabaran ini

10:42 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home