PECUTAN AKHIR
UNTUK KEMENANGAN
Berbaki tidak berapa hari untuk detik penentuan antara menang dan kalah dalam pertandingan 3 penjuru [ PR + BN + Bebas ] pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu .
Hati semakin berdebar biarpun harapan dan keyakinan bahawa kemenangan pastinya akan berpihak kepada PAKATAN .
Mana tidaknya , Pengalaman menyertai pilihanraya kecil di Malaysia , inilah pilihanraya kecil yang cukup dahsyat . Kuala Terengganu bukan sahaja di"anugerah"kan RM 408 juta tetapi mereka mengerahkan hampir 10 ribu anggota polis "mengepong" Kuala Terengganu .
Bagai berada dalam suasana darurat atau zon peperangan , pilihanraya kecil kali ini sememangnya sangat berbeza dan luar biasa . Pelbagai spekulasi telah didengar dan bermacam maklumat telah diterima bahkan aneka karenah telah disaksi . Segalanya mengundang resah , apakah PAS yang mewakili PAKATAN kali ini mampu mencapai kemenangan ?
Kedengaran berita bagaimana sebahagian anggota polis ini telah dibekalkan ic untuk mengundi di Kuala Terengganu , maklumat diterima bagaimana anggota polis mengiringi beberapa buah bas yang didalamnya penumpang berpakaian biasa ... siapakah mereka ? dan turut disaksikan bagaimana hampir setiap simpang dan lorong diletakkan anggota polis berkawal malah road block terdapat di mana - mana . Bagai berada dalam zon perang !
Menang kalah dalam pilihanraya bukanlah bermakna perjuangan kita selesai . Kalau menang ertinya cabaran kian mencabar dan kalau kalah ertinya perjuangan masih jauh . Bahkan memahami Islam sebagai dasar perjuangan maka tentunya tiada erti kekalahan malah perjuangan ini senantiasa menang . Samaada menang dengan nilai duniawi atau menang dengan nilai ukhrawi .
Pun begitu , kita diajar untuk berjuang tanpa lengah dan keluhan demi mencari ruang buat sinar perjuangan suci ini .
Ayuh sahabat ! lakukan pecutan akhir dengan segala upaya dan daya yang masih bersisa . Saya sedia memahami betapa sahabat yang telah bersengkang mata dan mengorban harta . Bertahanlah sahabatku ..... semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan luar biasa buat kita semua untuk memikul tugas besar membawa Islam ke muka dunia .
Usah dihirau segala halangan dan jangan dikira segala rintangan , pandang ke hadapan dengan penuh harapan membawa amanah ummah yang mendambakan perubahan .
Insyaallah . esok [ 15 hb January 2009 / khamis ] jam 8. 30 malam di Markaz Besar Pemuda PAS Pusat [ simpang Empat Kubang Jambu Durian Burung Kuala Terengganu ] akan diadakan solat hajat perdana untuk pembebasan ummat Islam di Palestine dan kemenangan PAS dalam pilihanraya P.036 serta Pentas Pemuda yang menampilkan pidato tokoh pimpinan Pemuda PAKATAN .
Kepada sahabat yang tidak berkesempatan untuk berkampung di Kuala Terengganu saya sangat berharap agar kalian dapatlah mengadakan solat hajat dan titipkan doa kemenangan buat perjuangan ini serta jangan lupa salurkan bantuan kewangan saudara guna membiayai aktiviti amal Islami dan gerakan dakwah jangka pendek yang kita lakukan di Kuala Terengganu tanpa menafikan dakwah jangka panjang yang kita lakukan di seluruh negara pada sepanjang masa .
2 Comments:
Jika PAS memerintah Malaysia, apakah Malaysia akan menghantar tentera berjihad di Palestin? Bagaimana pula dengan nasib Muslim diselatan Thai.
Apakah jihad akan dilancarkan atau sama saja dengan kerajaan BN hari ini?
9:19 AM
Assalamualaikum
Jika PAS memerintah Malaysia , tentu sahaja tidak sama dengan kerajaan BN .
PAS tak memerintah pun telah berpuluh anggota PAS dalam misi kemanusiaan telah dihantar ke Gaza
Kalau PAS memerintah Malaysia , tentu sahaja tanggungjawab perjuangan dan jihad Islami akan dilaksanakan Insyallah
10:14 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home