" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, January 12, 2009

SEKITAR AKTIVITI
SEMPENA PRK P.036 KUALA TERENGGANU

Menyambut ketibaan rombongan al fadhil Ustaz Nazrie [ Exco DPP Pusat ] dan rombongan ke Markaz Besar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kg Kubang Jambu Durian Burung .

Menyampai ucapan dan menjelaskan risalah perjuangan kepada orang ramai di hadapan Pasaraya Maidin Mall . Alhamdulillah sambutan orang ramai agak menggalakkan . Kemudiannya ceramah mobile ini terus bergerak ke pasar malam , stesen minyak dan dimana sahaja himpunan orang ramai . Berhenti sekitar setengah jam kemudian bergerak ke destinasi lain .

Sambil kenderaan bergerak perlahan , saya ditugaskan untuk memberi penjelasan berkait isu - isu tertentu untuk pengundi di sekitar bandar Kuala Terengganu . Seronok juga ceramah bergerak ni . Teringat pengalaman masa kecil dulu berniaga buah atas kenderaan begini .
Masyarakat tetap memberi tumpuan walau kami hanya mengalih perhatian mereka sekitar setengah jam sambil mereka membeli belah di pasar .
Majlis Ceramah Kelompok ini turut dihadhiri oleh tetamu dari Luar Negara yang hadhir untuk memantau perjalanan pilihanraya kecil Kuala Terengganu sekali gus mencari pengalaman bagaimana PAS Berkempen . Menyampaikan ucapan dalam siri ceramah kelompok kepada pengundi tempatan . Turut hadhir sahabat lama saya Hj. Adnan Saad [ bekas Exco DPPP ] dari Kedah darul Aman yang turun bersama membantu jentera PRK P.036
Menyampaikan hadiah kepada pemain sepak takraw yang menyertai kejohanan anjuran DACS bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu . 45 pasukan telah menyertai kejohanan yang berlansung sejak dari jam 9 am hingga jam 1 am [ esoknya ]. sungguh hebat !
Anak - anak muda yang berbakat besar dalam sukan sepak takraw yang saya sendiri sempat menyaksikan kehebatan mereka beraksi . semoga satu masa kelak mereka berjaya mewakili negara ke pentas antarabangsa Insyaallah .
Juara yang membawa pulang tropi dan hadiah wang tunai sebanyak RM 1000.00

4 Comments:

Blogger Zul Mohamed Hassan said...

Tahniah ustaz ceramah atas pick-up tu. Saya rasa ceramah macam tu lagi cepat dan berkesan.

Saya teringat masa pilihanraya Mac 2008 untuk Dun Pengkalan Rinting dalam parlimen Pulai.

Kami sewa lori dan buat ceramah macam 'jual tilam' sambil sebarkan risalah.

Paling menarik ketika masuk ke satu kampung setinggan. Ketika ceramah, datang gerombolan pemuda umno halau kami dihadapan gerai yang ramai pengunjung sedang makan.

Kami berundur secara baik, bukan takut, tapi strategi untuk tarik simpati khalayak ramai yang sedang makan. Alhamdulillah, nampak hasilnya..

11:50 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ustaz.
Disamping ceramah utk tarik pengundi supaya undi calon kita, boleh jugak kot ceramah kat takraw players tu suruh labuhkan sikit seluar...kalau libas tu tentu nampak lutut.

ajak orang kepada perkara 'selamat' adalah satu dakwah juga , tak gitu ustaz ? :D

8:53 PM

 
Blogger MS said...

Time main tak perlu ceramah-ceramah. Yang penting, ada hubungan. Itu yang sangat penting. Jiran Nabi yang yahudi itu tertarik dengan Islam bukan kerana ceramah nabi tapi sikap jujur Nabi. Politik perlu jujur meski berdepan politik kotor. Teruskan sahabat-sahabatku. Moga Allah lorongkan jalan kemenangan.

9:47 PM

 
Blogger big machinegun said...

takbir1!!!!!!!!kami pemuda kawasan dong raub pahang sentiasa menyokong PAS .harapan kami agar PAS menang di prk kuala terengganu ini

9:28 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home