HARI INI
DALAM SEJARAH HIDUPKU
Sabtu lalu , saya dalam resah mengumpul kekuatan untuk ke Perak . Malangnya badan agak keletihan begitu juga poket yang semakin tenat . Namun bekalan saya masih mencukupi setakat nak sampai ke Kediaman MB Perak . Saya tidak bimbang apa - apa melainkan saya pada waktu itu memerlukan seorang teman untuk memandu .
Kebetulan sahabat - sahabat semua sibuk dengan aktiviti dan program di kawasan masing - masing . Hati saya sejak semalam berada di samping Datuk Seri Nizar di Ipoh .
Program saya yang dijadualkan pagi sabtu di Pejabat Pemuda juga gagal dihadhiri . Mujurlah akhi Zuraidin sedia memahami dan saya amanahkan beliau untuk mempengerusikan mesyuarat AKP tersebut .
Kalau nak ikutkan hati , mahu juga menghadhiri jemputan makan pagi Dr. Shamsuri di Bangi pada jam 8 . Namun gagal juga untuk hadhir. Hari tu berlalu dengan segala kekesalan kerana gagal melunaskan tanggungjawab . Entah mengapa hari tu segalanya tidak menjadi . Hidup diserang rasa bersalah .
Ahad Pagi
Pagi ini saya tidak mampu lagi menahan rasa . Kalau hari ni pun tidak ada juga sesiapa yang sanggup menemani saya memandu , saya berazam akan pergi jua setakat mana yang mampu . Sekurang - kurang saya puas kerana telah berusaha walau tidak tercapai .
Saya mula perasan bagaimana tenaga dan upaya saya mula berkurangan berbanding sewaktu berusia 25 - 30 tahun dulu . Waktu itu , saya mampu memandu seluruh negara berseorangan dan memang masa tu saya suka drive seorang diri ke mana sahaja destinasi program kerana tidak mahu menyusahkan orang lain .
Kadangkala musafir saya untuk mengisi program ke seluruh negara memakan masa berhari - hari . Tentu sahaja menyulitkan sahabat untuk menemani saya sepanjang tempoh itu . Tapi akhir - akhir ini saya cepat rasa penat . Tak mampu lagi memandu jauh melainkan perlu seorang teman yang membantu .
Saya hubungi beberapa sahabat termasuk Akhi Fadhil Shafie , tetapi malang beliau juga mempunyai komitmen terhadap program di kawasan beliau . Saya hubungi Akhi Us. Fadhil Noor , beliau pula sedang mesyuarat di Temerloh . Nampaknya kena kayuh seorang diri lah hari ni .
Alhamdulillah sebaik sahaja saya hendak turun rumah , saya berjaya memujuk Akhi Us. Fadhil Noor dan pembantunya menemani saya ke Perak kebetulannya di sebelah malam ada Pentas Pemuda di Kampung Chenderong Balai berhampairan Teluk Intan .
Saya Kena Tinggal
Sebaik saja selesai ceramah kami pulang . Sekitar jam 4 pagi kami sampai di Petronas Bentong dan saya terjaga dari tidur setelah saya menyedari akhi Zul parking sebelah restoran di Petronas tersebut . Akhi Zul terlebih dahulu ke bilik air .
Saya juga ambil kesempatan untuk ke bilik air , tetapi malang apabila saya kembali ke kereta saya dapati kereta telah tiada . Sah mereka telah tinggalkan saya kerana tidak perasan saya keluar dari kereta ke bilik air .
Kelam kabut juga dinihari tu , sebab saya sebolehnya kena sampai seawal jam 6.40 pagi ke rumah untuk menguruskan anak - anak kecil yang bercuti sementara umminya pula ke sekolah seperti biasa rutinnya.
Saya cuba untuk meminta bantuan para petugas dan pekerja Petronas untuk menggunakan handphone mereka . Saya mahu segera menghubungi akhi Zul dan Us Fadhil Noor . Dalam kereta tu akhi Fadhilah dari Chini pun ada yang turut sama mengiringi kami ke Perak .
Malangnya pekerja Petronas tiada handphone dan terpaksa saya gunakan public phone . Nak jadi cerita dinihari tu , public phone pula tidak berfungsi . Aduss , susah juga macam ni . Nampak gayanya kena tidur kat Petronas lah saya pagi ni sementara mengharapkan mereka segera menyedari bahawa saya tidak berada di dalam kenderaan .
Saya percaya mereka tidak perasan semuanya tidur . Mungkin Akhi Zul sebagai pemandu tidak menyedari yang saya juga keluar ke bilik air sebab sebelumnya saya juga tidur nyenyak keletihan .
Alhamdulillah . Seperti memahami kesulitan yang saya hadapi ketika itu , tiba - tiba sahaja sahabat saya Hj. Khairil dalam perjalanan Kuala Lumpur ke Paka singgah mengisi minyak di Petronas tersebut . Terkejut juga Hj. Khairil melihat saya termangu - mangu berjubah tanpa kupiah ke hulu ke hilir mencari arah .
Ustaz Din , apahal ni ? Ana kena tinggal lah akhi ! kah .... kah .... ketawa besar Hj. Khairil . Memang lucu pun , Kalau budak kecil munasabah jugak tertinggal begitu . Ya lah ... ini pun memang pengalaman pertama saya . Tidak pernah pula saya kena tinggal begini .
Saya terus menumpang Hj. Khairil untuk mengejar sahabat yang telah setengah jam meninggalkan saya menuju Kuantan .
Macam - macam lah peristiwa yang berlaku meredah masam manis bersama perjuangan ini . Mengenangnya , saya tersenyum sendiri .
9 Comments:
salam..
sy harap ustz jaga pemakanan sebaik2nya..berkorbanlah rasa sedap di lidah untuk kesihatan di tubuh badan..jaga pengambilan santan dan masakan berminyak serta manis.. disamping makan waktu yang betul supaya gula ditukar menjadi tenaga kalau tidak ia bertukar menjadi lemak dan kolestrol yang jahat.. remember high bad cholesterol is a silence killer..
maaf apa adanya komen saya ini..saya sayangkan pemimpin-pemimpin PAS walaupun saya bukan seorang pengundi di tanah melayu ini..tapi saya pengundi akhirat saya undi utk keredhaan Allah..
9:35 AM
salam..
semoga ustaz sihat2 selalu..
klakar baca posting ustaz yang nie..
ditinggalkan kerana sahabat tak perasan..
saya pun pernah mengalami nasib yang sama seperti ustaz..bas berhenti di kemayan..waktu berhenti, saya turun kerana saya dengar pemandu bas kata turun untuk sembahyang..kebetulan tempat bas berhenti sebelahnya masjid..saya turun dan jamk qosar zohor dan asar..lepas siap tengok2 bas dah takdek..
hehe..klakar rasenya..
rupe2nya pemandu bas bagitau dah sampai kemayan, sapa yang nak turun boleh turun..saya duduk di belakang ingatkan suruh sembahyang..
kan lebih kurang bunyinya : KEMAYAN = SEMBAHYANG..
hehe..apa2pun, saya doakan kesihatan ustaz sentiasa..jgn lupa untuk main futsal lagi..
k tq
12:15 PM
Ustaz...
jika perlukan teman untuk ke mana2, suka saya sarankan ustaz berhubung dengan sdr Tengku Azmil, pembantu Ustaz Mokhtar Senik, Penur..
Saya tak dapat nak bg no phone dia dalam ni tapi saya sarankan Ustaz hubungi Ustaz Junaidi Ishak (bentong) untuk dapatkan no. Phone Tg Azmil tu..
Insya-Allah, Tg Azmil tu jarang menolak jika ada kes2 urgent ni..
4:13 PM
isk...sebesar ustaz pun depa tak perasan tak de dalam kereta....teruk betoi depa.Takkan lah depa tak terasa kereta 'lebih ringan' dari sebelumnya...hehehe
sori ustaz....saja melawak...jangan ambik hati noo..
10:07 PM
crite ni boleh masuk raja lawak ni ustad......kah....kah....
12:32 PM
salam...
sempat join ceramah ust di cenderong balai, teluk intan.
tapi agak tak best sbb slot ust yg last, so masa tu macam agak kalut gak gayenye...
1:21 PM
Hmm.. memang lawak ustaz, tapi lawak seram..
3:56 PM
kolestrol boleh diurai dengan terapi kambing... insyaALLAH maksudnye sudi-sudilah menjamah lauk drp kambing kerana ia kegemaran Rasul junjungan kite... qada dan qadr... telah terangkat qalam... doa semoga sihat dan sentiasa berpuasa sunat dan juga bersedekah... fadhilat Shaum dan fadhilat Sadaqah... begitu juga TAUBAT sebab Rasul junjungan sentiasa bertaubat (istiqamah taubat)... ubat ati limo pekaro :: wali songo selamat berjuang
8:13 PM
hee..lucu jugak. mujur masa kat Bangladesh hari tu Ustaz tak tertinggal..
Ummu Hani
8:58 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home