" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, February 09, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAKAL DI ADAKAN
DI PARLIMEN BUKIT GANTANG .

Maha suci Allah ! dalam kekalutan politik Negeri Perak hari ini berikutan tindakan UMNO dan BN yang tidak bermoral sekaligus mencetus kemarahan rakyat apabila tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya kecil diadakan di DUN Changkat Jering dan DUN Behrang di tolak .

Kini Allah Taqdirkan berlakunya Pilihanraya Kecil di Parlimen Bukit Gantang yang di dalamnya terdapat DUN Changkat Jering .

Pilihanraya kecil ini akan diadakan di Parlimen Bukit Gantang dalam tempoh 60 hari ini ekoran kembalinya ke rahmatillah Al Fadhil Ustaz Hj. Roslan Sharum . Al Faatihah .

HAJI ROSLAN B SHAHARUM [ al marhum ]

PENGALAMAN KERJA: PENGARAH SUMBER TENAGA MANUSIA&PENTADBIRAN PKNP. PENSYARAH UPM,OUM &ITM PERAK. PENGAMAL PENGUBATAN SYIFAQ. KELULUSAN: DIPLOMA ISLAMIC STUDY UIA1991 IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA,pengkhususan SAINS POLITIK &PSIKOLOGI UKM 1983 MASTER SAINS -PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UPM 1997. Mempunyai seorang Isteri Bernama Puan Safiah bt Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Arumugam a/l Vengatarakoo

Kita juga diletakkan dalam keadaaan berjaga - jaga untuk menghadapi pilihanraya kecil di DUN BUkit Selambau , apabila Arumugam a/l Vengatarakoo, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dijangka akan mengosongkan kerusi DUN Bukit Selambau ekoran tidak tahan menghadapi ugutan dan ancaman terhadap dirinya serta keluarganya .

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum,
org baru meninggal tu..keluarga pun masih bersedih..rilek ler dulu nak berkuasa tu..nanti nanti ajela cakap pasal pilihan raya tu..kalau nak menang menang juga..sabar yee ustaz...Al-fatihah-

4:59 PM

 
Anonymous muslimat said...

anonymous 4:59 PM...

ketika kewafatan baginda dulu beberapa sahabat meninggalkan majlis menguruskan jenazah baginda kerana berbincang tentang pengganti baginda yang akan memimpin muslimin....maka adakah sikap para sahabat itu boleh dikatakan sebagai gelojoh dan tak 'menyempat-nyempat' ?.....

12:15 AM

 
Anonymous Anonymous said...

moga2 semakin marak lagi semangat perjuangan dgn adanya prk bkt gantang. Allah sentiasa membuka ruang utk hambanya berjihad, tanpa henti InsyaAllah.
Kalau Syeikh Ahmad Yasin tlh gugur syahid dan Dr Qaradhawi rindukan syahid apakah ada dikalangan kita mengeluh utk meneruskan perjuangan yg jauh lebih ringan dari pejuang palestin kini??? Moga Ust terus istiqamah dan jadi inspirasi kami anak2 muda d mlsia

1:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Jenazah Rasulullah diuruskan selepas 3 hari 2 malam kerana para sahabat 'berpolitik' untuk menentukan Khalifah..

KRIR

4:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

PERJUANGAN SEDEKAH UNTUK YANG MEMERLUKAN LEBIH LEBIH LAGI DLM BULAN PUASA NI MARILAH KITA TOLONG MENOLONG BERAMAL JARIAH,DAN MENDAPAT PAHALA DUNIA AKHIRAT,

MAHUKAH ANDA MENERIMA LIMPAHAN RM5 MASUK KE AKAUN BANK ANDA??

Jadilah Reseller Produk Danaraya, pelancaran semperna musim perayaan yang bakal tiba, jadikan Hari Raya tahun ini paling bermakna
CIRI-CIRI HEBAT DANARAYA
**Hanya RM 5.00, sesiapa pun mampu
**100% komisyen milik anda
**Tanpa melalui akaun bank admin
**Komisyen terus ke akaun bank anda
**Terima SMS duit dah masyuk!!
BARU DILANCARKAN, JOM JADI YANG TERAWAL!!
MAKLUMAT LANJUT KLIK >>
http://www.danaraya.com/?id=pendekar
http://www.danaraya.com/?id=pendekar

8:56 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home