IKLIM POLITIK PERAK
Memerlukan Mandat Baru yang Lebih Besar
Saat ini jam tangan saya menunjuk tepat pukul 5.00 pm . Detik yang dijadualkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin masuk mengadap Baginda Sultan Negeri Perak untuk mendapat perkenan Tuanku Sultan terhadap pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak yang telah diumumkan lebih kurang pukul 3 petang tadi .
Pembubaran DUN Perak adalah ekoran beberapa orang ADUN dari PKR dan DAP keluar dari PAKATAN Rakyat . Saya difahamkan Datuk Najib akan mengisytiharkan peralihan kuasa dari PAKATAN Rakyat kepada BARISAN Nasional pada jam 4 petang . Tetapi Datuk Seri Nizar terlebih dahulu membubarkan DUN .
Mengikut prosuder biasa , perkenan sultan diperlukan untuk membolehkan DUN Perak dibubar dan satu pilihanraya kecil peringkat negeri diadakan bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat .
Penat , letih dan sengal badan sewaktu menghadapi pilihanraya kecil P.036 baru - baru ni masih terasa , kini kena pula bersiap - siap menghadapi kemungkinan pilihanraya kecil di negeri Perak . Apa pun semua pihak masih berdebar - debar menunggu keputusan dari Tuanku Sultan .
Sehingga saat ini sudah sejam lebih MB Datuk Seri Nizar belum lagi keluar dari istana dan difahamkan Datuk Najib bersama 4 orang wakil rakyat PAKATAN yang melompat juga berada di sana dan turut berada di pihak mereka ialah Yb. Nasharudin dari Bota yang ditawarkan menjadi Menteri Besar baru jika BARISAN Nasional kembali berkuasa di DUN Perak . [ Wallahualam ] Begitulah maklumat yang disampaikan kepada saya .
Melihat kepada iklim politik yang sedemikian jerebunya , siapa pun memerintah memerlukan mandat yang besar dengan 2/3 majoriti dari rakyat .
Andainya BN memerintah selepas ini dan berlaku pula wakil rakyat yang melompat , maka berlaku pula pertukaran kerajaan . Bertukar ke hulu ke hilir dalam tempoh yang dekat ini akan memudaratkan pentadbiran kerajaan dan menganggu kebajikan rakyat .
Saya fikir eloklah di adakan semula pilihanraya di peringkat DUN Perak untuk mendapat mandat rakyat . Lalu terpulanglah kepada rakyat , kepada siapa mandat mahu mereka berikan .
2 Comments:
ustaz bagi tazkirah sikit untuk tenangkan hati.....walaupun tewas biar bemaruah
5:49 PM
moga Allah menetapkan hati-hati pejuang sekelian.kami mahasiswa mesir sentiasa mendoakan perjuangan islam PAS dimalaysia terus bergerak dengan bertambahnya semangat perjuangan menerusi kefahaman yang jelas, seperti mana HAMAS dipalestin sana, makin diuji semakin mara kehadapan, begitu jua yang wujud didalam perjuangan PAS, kerana asas perjuangan bertuankan akidah. sokongan padu kami mahasiswa dari timur tengah bersama kalian. kita sama-sama mata rantai perjuangan suci ini.
taktik kotor yang digunakan diperak oleh pihak yang semberono dalam hukum hakam, harap dapat kita doakan agar mereka ditunjuki Allah, dimasa yang sama, didoakan tidak pejuang-pejuang, pendokong dan penyokong kesatuan ummat (melalui PAS) ini kecewa dari apa yang berlaku, akan tetapi bersama kita permantapkan lagi gerakan islam ini, mungkin disana wujud kelalaian dari pihak kita sendiri,dan mungkin jua ia bala'/ujian sebagai pemantap gerakan islam untuk masa mendatang, sebelum secara total memegang tampuk pimpinan malaysia insya'Allah.
diri ini warga negeri perak, juga merasa kebobrokan yang berlaku amat meloyakan dan sepatutnya tidak wajar berlaku pada sebuah negara yang dikatakan bertamadun dan maju serta mengaku negara islam.apatahlagi dengan momokan pengganti MB Perak yang tidak mencerminkan pimpinan sejati,lihat sajalah pada sidang dun Perak.Moga Allah tetapkan Pimpinan kerajaan Ulama' memimpin Perak,walau terpampang didada akhbar umpama mustahil, tetapi tiada yang mustahil bagi Allah untuk menjadikan sesuatu. kun fa yakun..ala kulli hal, Allah Ma'ana.. takbir !!!
salam perjuangan dari,
jihadislami.blogspot.com
7:34 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home