UMNO KINI
MENGIDAP DIABETES YANG PARAH
Tidak semena - mena Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyarankan agar Umno menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti , iaitu Pemuda , Wanita , Putera dan Puteri , jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang yang teruk melanda parti itu .
Saya kira kenyataan ini menunjuk bukti betapa UMNO kini mengidap penyakit diabetes tahap tinggi dan kian parah . Memaksa doktor peribadinya mencadangkan agar kedua - dua kaki [ pemuda dan wanita ] dan kedua - dua tangan [ putera dan puteri ] dipotong .
Ku Deen adalah orang lama dalam UMNO pula sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO tentu sahaja sangat memahami malah terlalu arif masaalah atau penyakit yang sedang dihidapi oleh UMNO kini . Demi menyelamatkan UMNO agar penyakit yang dihidapi oleh UMNO tidak merebak ke anggota lain atau dalam erti kata boleh membunuh UMNO itu sendiri , tangan dan kaki yang sedang buruk itu mesti dipotong segera .
Tidak ada jalan lain . UMNO selaku pesakit seharusnya akur dengan pandangan Ku Deen yang saya anggap sebagai 'doktor pakar' dalam UMNO . Memanglah memalukan hidup tanpa 'tangan' dan 'kaki' , tapi apa boleh buat ? kalau UMNO mahu terus hidup , kaki dan tangannya mesti dipotong segera sebelum merebak ke anggota yang boleh membunuh jasad UMNO .
Selaku pengendali Lembaga Disiplin UMNO , saya percaya Ku Deen telah memikirkan pelbagai cara dan kaedah bagaimana mahu menyelamatkan UMNO sekali gus mendisiplinkan anggota UMNO . Tapi kini , akibat paras 'gula' [ rasuah , penipuan dsbnya ] telalu tinggi dalam UMNO , ditambah pula antibody yang terlalu lemah ekoran usianya yang terlampau tua , UMNO mesti menerima hakikat yang memalukan ini .
Saya pun turut bersimpati . Kerana tentu sahaja sukar untuk UMNO bergerak tanpa tangan dan kaki kelak . Soalnya sampai bila UMNO harus terlantar begini dalam keadaan kaki dan tangan kian buruk dan busuk . Orang nak masuk dekat pun tak boleh . Masing - masing naik mual dan loya dengan situasi ini .
Kalau UMNO mahu terus hidup , hanya inilah caranya . Potong kedua - dua tangan [ putera dan puteri ] dan kaki [ pemuda dan wanita ]
Namun terus terang saya hendak beritahu , jika UMNO masih sayangkan anggotanya agar tidak dipotong dan ia masih boleh bernafas , bahawa saya ada sejenis ubat alternatif . Ianya sangat mujarrab dan saya berkeyakinan penuh betapa UMNO boleh sembuh jika mendapatkan ubat ini .
Tapi .... untuk mendapatkannya , UMNO mesti berkorban sikitlah ! kerana harganya yang terlalu tinggi dan kesannya sangat mujarrab , tentu sahaja tidak mungkin dapat diperolehi secara percuma dan mudah tanpa sebarang pengeras .
UMNO hanya perlu tinggalkan semua dasar dan pegangan karutnya selama ini yang berpaksi kepada faham nasionalis dan sekular moden . Itu sahaja pengerasnya ! kemudian dapatkan ubat yang nama saintifiknya di sebut ISLAM . Telan setiap hari , jadikan makanan atau amalan harian . Insyaallah , penyakit UMNO akan sembuh . Tak percaya ? cuba try tengok ..... bismillah ......
Definisi Diabetes [ Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. ] - rujukan wikipedia bahasa melayu
Definisi Diabetes UMNO [ Penyakit Kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperasuahmania ( ketinggian kandungan rasuah dalam darah dan otak ) terutamanya selepas dilantik menjadi menteri atau apa - apa jawatan tinggi dalam UMNO atau menjelang pemilihan jawatan dalam UMNO .] - rujukan wikipedia parti melayu UMNO.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home