" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, January 28, 2009

PEMUTIHAN INTIMA' [ Penglibatan ]
Parti Islam SeMalaysia ( PAS )

Polemik dan krisis boleh berlaku samaada melibatkan ahli mahupun pimpinan parti . Apa boleh buat , sudah menjadi mehnah yang mesti ditempuh dengan sabar dan tenang oleh semua anggota . Jika tidak , keadaan mungkin sukar dikawal dan masaalah kian membarah .

Kita mungkin tidak terlepas dari keterpaksaan merentasi zon polemik atau krisis tersebut . Maka terpulanglah kepada kita , bagaimana kita menanganinya. Tersilap langkah pastinya mengundang padah . Parti akan bertambah kusut dan anggota semakin susut . Samaada susut pada penyertaannya atau susut pada nilai dan kualitinya .

Justeru itu , parti dan seluruh anggota tanpa mengira di mana posisinya mestilah memiliki kekuatan malah keperkasaan diri dan sanubari , menghadapi detik - detik sukar atau gawat yang mengancam kestabilan parti dan kepimpinannya .

Saya melihat sebahagian dari keperkasaan dan kekuatan itu ialah persoalan INTIMA' . Persoalan yang melibatkan penyertaan dan keterikatan kita bersama PAS sebagai sebuah Gerakan Islam .

Ertinya , jika luntur nilai intima' dan salah pula prinsip intima'nya maka hilanglah asas keperkasaan dan kekuatan diri . Akhirnya membuatkan kita gagal menghadapi ancaman , gagal mengatasi halangan dan gagal juga menyerap tekanan .

Intima' yang salah dan tidak menepati piawaian sebuah Gerakan Islam mendedahkan anggota parti samaada ahli atau pimpinan terus terperangkap dalam laluan yang salah malah membawa akibat yang buruk buat masa depan perjuangan .

Semua orang boleh mengaku dirinya adalah anggota Gerakan Islam tetapi tidak semua yang mengaku itu mampu melepasi garisan hitam yang sering melingkari parti dan menjadi ibtila' kepada para pejuangnya . Lantaran Intima' yang salah bermakna tiada keupayaan untuk bertahan menghadapi krisis dan polemik sebaliknya semakin menyumbang ke arah situasi yang lebih tenat .

Masaalah kecil yang sepatutnya boleh selesai dengan berlapang dada dan semangat muzakarah [ berbincang ] , menjadi besar dan sukar dikawal gara - gara Intima' yang salah .

Sedikit salah faham boleh berakhir dengan permusuhan dan sedikit kesilapan boleh mencetus sengketa semata - mata kerana anggota parti salah Intima' .

INTIMA yang salah

Antara Intima' yang salah dan akhirnya menghela ke arah rapuh dan reputnya dahan berpaut atau retak dan pecahnya lantai berpijak ialah :

Intima' Maslahi [ Penglibatan kerana tujuan dan kepentingan tertentu ]

Intima' dan penglibatan seperti ini sememangnya rapuh justeru ia berasaskan kepentingan tertentu yang ingin dicapai dengan menyertai PAS . Maksudnya PAS hanya menjadi batu loncatan untuk mengapai sesuatu tujuan bersifat peribadi . Lebih parah apabila kepentingan yang dicari telah hilang atau gagal dicapai , nescaya ia akan meninggalkan jamaah dan perjuangannya . Inilah pencetus kepada gejala keluar parti atau merajuk lalu menghilangkan diri dari pentas perjuangan .

Intima' Syakhsi [ Penglibatan berasaskan suka atau minat kepada individu tertentu ]

Intima' dan penglibatan seperti ini jelas mudah terlerai atau tidak kejap kerana komitmennya bergantung kepada individu tertentu . Jika individu tersebut meninggalkan jamaah dan perjuangan nescaya ia juga akan turut meninggalkan jamaah dan perjuangan ini . Kes ini banyak kali berlaku dalam PAS . Apabila ia keluar meninggalkan PAS maka ramai juga yang turut keluar mengikut jejak individu terbabit .

Demikian antara contoh Intima' yang salah malah tidak jelas , yang pasti sahaja menjejaskan prestasi keiltizamannya bersama aktiviti amal Islami yang dianjur oleh parti . Dalam perspektif yang lain pula , kita melihat isu Intima' ini berkait rapat dengan soal hati atau keikhlasan kita menyertai perjuangan ini .

Adapun Intima' yang dikehendaki oleh syara' dan mampu pula meletakkan kita iltizam dan istiqamah ialah Intima' al Aqidi .

Iaitu intima' atau penglibatan yang bertunjangkan aqidah yang sohih dan keyakinan yang mendalam berdasarkan petunjuk Allah swt .

Mereka yang berintima' dengan intima' al Aqidi adalah mereka yang pastinya thabat mendepani apa jua cabaran yang mendatang . Sekali - kali tidak meninggalkan perjuangan biar apa yang menghambat . Tidak sanggup hidup hina tanpa perjuangan bahkan rela mati syahid demi agama dan perjuangannya .

Ringkasnya sebagai muhasabah , setiap anggota [ ahli atau pimpinan ] wajar merenung sejenak persoalan intima' ini . Lakukan pemutihan agar kita tidak terjebak dalam intima' yang kotor dan salah .


6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saya rasa ustaz kena terbuka sedikit, jangan terlalu diplotikkan setiap perkara daripada :http:sykaizen.blogsport.com

12:26 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

assalamualaikum

Maaf saya tidak faham . dari sudut mana saya tidak terbuka ? dan di politikkan setiap perkara tu , perkara apa ?

Maaf tidak jelas .

1:11 PM

 
Anonymous wan said...

Teruskan sahaja pengisian ustaz.

Saya setuju membaca isinya.

Kalau sahabat-sahabat tak setuju, bermakna benarlah kerisauan ulama2termasuk ustaz Nasrudin.

Benarlah bahawa ahli-ahli sudah meminggirkan tarbiah

2:11 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam! Macammana pimpinan nak lakukan pemutihan jika pimpinan sendiri suka yang hitam2, Hitam itu menawan katanya! Tapi saya percaya pemutihan langsung oleh Allah swt jua yang xbias.

6:24 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

benar lah begitu . Semoga Allah menggolongkan kita dalam golongan hambanya yang ikhlas berjuang dan istiqamah pula dengan perjuangan ini .

Pun begitu sebagai peringatan , kita mesti meletakkan kita pada landasannya yang betul dan wajar .

Kata kata sdr tentu sahaja memukul batang hidung ini betapa diri ini jua tidak terlepas dari titik hitam yang segera perlu di putihkan . Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua .

6:58 PM

 
Anonymous Anonymous said...

zaki

masaalah hari ni ustaz ialah pimpinan sendiri banyak yang ego dan tak nak datang usrah . hanya suka mengarah dan memimpin . Tegur tak boleh apa lagi kalau nak suruh dia . rasa besar diri dan macam macam lagi . malas lah nak sebut ustaz .

macam mana kita nak buat ni ustaz . ini menyebabkan ahli jadi give up dengan pimpinan yg macam nihg

sorry , keras sikit .

7:01 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home