" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, January 20, 2009

TIADA ISU SELAIN GAZA

Apa lagi yang lebih penting selain derita dan sengsara ummat Islam di Genting Gaza yang kini menjadi mangsa kekejaman dan kedurjanaan Yahudi Alaihi Laknatullah .

Setelah kita berjaya mencipta kemenangan di P.036 Kuala Terengganu , kini tentu sahaja perhatian kita terarah ke Genting Gaza bagi memastikan kita berjaya pula membebaskan belenggu derita Ummat Gaza khasnya dan Palestine amnya .

Bagai tiada erti dan makna kemenangan kita di sini andai ummat seaqidah dan seqiblat masih dirundung malang berduka . Melainkan setiap individu yang mengaku beriman kepada Allah dan hari Akhirat , segera bangkit membulat tekad mengutuh solidariti untuk mengambil satu langkah yang efektif bagi memastikan derita Gaza segera berakhir dan Israel Laknat itu pula dihukum setimpalnya.

Inilah masa kita menghentikan segala sengketa , menamatkan episod permusuhan , mengurai sebarang kekusutan , merapatkan jurang perbezaan dan mendamaikan polemik persaingan antara kita sesama Islam . Justeru isu yang sedang kita hadapi ini melangkaui segala kepentingan diri dan kelompok melainkan isu ini adalah milik mutlak ummat seluruhnya untuk ditangani dengan penuh tanggungjawab .

Tiada siapa dikalangan kita yang boleh dimaafkan untuk mengelak diri dari mengambil bahagian, biar pun sekadar menitipkan doa tulus agar Allah swt menyingkap tabir derita Gaza seterusnya memancarkan sinar mentari harapan dan kebahagiaan buat mereka yang telah sekian lama terpasung di bumi sendiri .

Insyaallah , 23 hb. January 2009 [ Jumaat ] , sekali lagi kita akan berhimpun dengan jumlah yang lebih ramai dengan dipimpin oleh Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS merangkap AJK Majlis Pembebasan Al Quds Antarabangsa di Taman Melewar .

Pada saya kini tiada bezanya antara syaithan putih [ Bush ] dengan syaithan hitam [ Obama ] dalam menghadapi kemelut di Asia Barat ini. Bagai dunia kuffar sedang bersatu untuk menghancurkan bumi qiblat pertama ummat Islam iaitu Bait al Muqaddas . Biarpun Yahudi yang menganyang Palestine tetapi kuffar lainnya membatu diri malah membekalkan senjata dan sokongan moral kononnya Yahudi wajar bertindak menentang pengganas [ Hamas ] .

Sejak 1948 malah berpuluh tahun sebelumnya , ummat Palestine tidak pernah tidur nyenyak dihambat kekejaman Yahudi yang sadis dan gila . Hampir mereka tidak lagi mengenal erti bahagia dan aman . Mereka meneruskan sisa hidup di bawah desiran peluru yang datang entah dari mana dan bila - bila masa sahaja mampu meragut nyawa insan tersayang .

Ummatku , marilah kita dokongi bersama derita mereka setelah kita pula hampir tidak mengenal erti derita dan sengsara lantaran kita hidup di bawah desir angin bayu yang melenakan kita .

Hari ini hari mereka ! entah kan esok entahkan lusa , mungkin kelak hari kita pula . Wali'yazubillah . Kenapa tidak kita rengut sebahagian dari kebahagiaan kita yang telah kita nikmati sejak sekian lama untuk turut bersama mengharungi derita dahsyat yang dialami oleh mereka .

Kita sedang merancang untuk menghantar misi kemanusiaan ke Genting Gaza . Sebelum masanya tiba , saya harapkan agar semua pihak dapat segerakan pengumpulan dana guna membantu mangsa penghapusan etnik Yahudi durjana ini dan kemudiannya serahkan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat atau terus ke Pejabat Agong PAS Pusat .

Selain itu , doa munajat dan solat hajat janganlah dihentikan . lakukannya setiap hari bersama qunut nazilah memohon pertolongan Allah Azza wa Jalla .

Pemuda - pemuda Islam bersiap sedialah untuk menghadapi apa jua keadaan dan arahan Gerakan Islam Antarabangsa untuk turun menjejak setiap inci Yahudi Keparat sekaligus membebaskan Baitul Muqaddas dan membuka pintu Masjidil Aqsa .

4 Comments:

Blogger KorbanDemokrasi said...

Sedikit cadangan diberi.

Harap niat dibetulkan dahulu iaitu perjuangan bermaksud untuk MEMBEBASKAN BAITUL MUQADDAS sepenuh-penuhnya bukan hanya untuk MEMPERTAHANKAN GAZA.

Cita-cita untuk MENEGAKKAN KHILAFAH yang akan berpusat di BAITUL MUQADDAS dan MENYATUKAN KEMBALI UMMAT ISLAM DI BAWAH PANJI-PANJI SYARI'AT ISLAM.

Tiada sebarang GENCATAN SENJATA dengan musuh-musuh ALLAH SWT ini WALAUBAGAIMANAPUN KEADAAN DAN CABARANNYA sehingga AL-QUDS dibebaskan sepenuh-penuhnya, yang ada hanyalah SYAHID atau pembebasan AL-QUDS. Yang lain hanyalah nifaq dan tidak boleh diertikan sebagai pengunduran strategik. Dan mereka yang undur wajib diperangi sebagaimana musuh-musuh Allah swt diperangi.

Bila kemenangan dianugerahkan Allah swt perkara yang pertama yang wajib dibuat ialah menegakkan Syura dan HAMAS hanyalah koordinator sahaja. Keputusan penentuan Khilafah diserah kepada Syura Muslimin dan bukannya HAMAS dan pemilihan tentunya bukan sekali-kali dilaksanakan melalui pilihanraya secara demokrasi tetapi wajib melalui syura dan ketentuan ahl hal wal aqd yang dipersetujui ummah dari ulama-ulama haq.

Semoga perjuangan diberkatiNya dan dilindungiNya jika kita benar-benar ikhlas kepadaNya

Amin Ya Rabbal'alamiin
TOKPAKIRKORBANDEMOKRASI

9:15 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Kamu di bukan korban demokrasi , korban nafsu .

Tak nak gencatan senjata marilah kita pergi palestine berperang bantu mrk . Korang buat apa kat mesia nih . dok sembang pasal khilafah ?

Hamas terima gencatan senjata setelah dilihat org awam menjadi mangsa .

bertenang dulu utk cari strategi lain . bodoh ! patutlah jadi korban demokrasi .

Org nak pertahankan Gaza sbb itu prioriti . Selepas Gaza bebas baru boleh bergerak bebaskan baitul maqdis . satu - satu lah brother . yg ko tak sabar sabar ni apa hal . tapi dok terperuk kat rumah . dua kali bodoh .

ada org mcm ni lah yg payah islam nak naik . bercakap banyak , komplen sana sini pas tu dok diam . 3 kali bodoh

1:00 PM

 
Blogger KorbanDemokrasi said...

Itu sekadar cadangan.

Jika Anoy1:00 tak setujupun tak da masaalah. Pilihan masing-masing. Tiada paksaan dalam Agama.

Untuk berjuang syarat yang telah dinyatakan mesti dipersetujui dan diikatsetia bersama. InsyaAllah haluan kita ialah ke Al-Quds. Niat adalah penting dalam setiap amal jika tidak tidak sah amalan itu. Bagaimana hendak bersama jika tiada jaminan. Berkahwinpun mesti ada akad.

Sehubungan hal kebodohan jawapannya INALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIIUUN !
Selamat maju jaya dengan kepandaian mu wahai SangAnoy1:00

4:18 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum

waktu waktu begini jangan bertengkar , kita cari jalan terbaik untuk hadapi musuh .

Yang penting jangan saling salah menyalah antara satu sama lain . Betul kan niat dan laksanakan tanggungjawab .

Kalau niat betul tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab sewajarnya pun tak boleh juga sebagaimana tanggungjawab dilaksana tetapi niat tidak betul .

Semoga Allah merahmati kita semua

5:29 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home