" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, January 14, 2009

SOLAT HAJAT PERDANA
DAN
PENTAS PIDATO PEMUDA

Harap semua pihak dapat ambil perhatian dan sebarkan kepada semua .

Tarikh :

15 - January - 2009

Hari dan Masa :

Jam 8 .00 malam [ Khamis ]

Agenda :

8.30 pm : Solat Isyak Berjamaah ( sila bawa sejadah )
8.45 pm : Solat Hajat dan Munajat ( sila bawa surah Yassin )
9.30 pm : Pentas Pidato Pemuda :

Bersama :

Yb. Salahuddin Ayub . Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Sdr. Shamsul Iskandar Mat Akil . Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat
Ketua DAP Pusat
Nasrudin bin Hj. Hassan . Timbalan Ketua DPP Pusat
Sdr. Faris Musa . Timbalan AMK Pusat
Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani
Sdr. Khairil Faizi . Exco DPPP

Solat hajat dan munajat untuk memohon keselatan dan kemenangan ummat Islam di Palestine [ Gaza ] dan kemenangan PAS mewakili PAKATAN dalam PRK P.036 Kuala Terengganu .

9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Jangan lupa doakan keselamatan muslim di Gaza serta kehancuran Israel.

Lebih penting lagi...doakan agar tegaknya khilafah agar syariah dapat dilaksanakan dan jihad dapat dilancarkan.

9:52 AM

 
Anonymous KhalidJaafar said...

Tahlil untuk Fagles

Kalau tidak kerana Robert Fagles saya tidak akan kemaruk Homer, baik Illiad atau Odyssey. Terjemahannya menjadikan gurindam dan puisi Homer seperti karya agung hari ini.Kenapa saya jatuh cinta kepada Penelope, dan tidak kepada Helen, meskipun Helen punya kecantikan yang melancarkan seribu kapal perang, hanya boleh dijelaskan oleh mending Fagles. Dua hari lalu Eekmal menghantar emel memberitahu pemergian penyair dan penterjemah agung ini. Dan saya menulis sms kepada Anwar Ibrahim memberitahu kematian Fagles kerana dia juga membaca Illiad melalui terjemahan Fagles. AlFatihah!

Buat tahlil sekali

http://www.khalidjaafar.org/2008/04/tahlil-untuk-fagles.html

KhalidJaafar

9:04 PM

 
Blogger Perawi said...

Ketika rakyat Malaysia bergelut menghadapi krisis kewangan, segelintir elit dilihat mula menyerkap jaring ke atas peluang-peluang ekonomi yang masih berbaki. Sekiranya peralihan kepimpinan berjalan lancar seperti yang di war-warkan, tiada siapa yang mampu menghalang Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Menyusuri cita-cita itu Najib mula membariskan rangkaian ahli-ahli perniagaan yang terdiri daripada saudara-mara dan sahabat handai, yang bersedia untuk meratah setiap khazanah yang ada.

Keputusan Kerajaan yang menyambut baik cadangan untuk menjual Institut Jantung Negara(IJN) kepada Sime Darby Bhd. sememangnya mengejutkan. Pengendaliannya yang dibuat secara tergesa-gesa, selepas tamatnya Sidang Parlimen bagi tahun 2008, turut membangkitkan bermacam kecurigaan. Dalam tempoh 24jam (18 December) selepas penyerahan kertas cadangan pembelian IJN kepada kerajaan, Menteri kewangan Najib Abdul Razak mengalu-alukan cadangan tersebut lantas memberi lampu hijau berkenaan cadangan tersebut. Mengapa kerajaan begitu tergesa-gesa mahu menjual IJN? Itu yang kita tidak ketahui, lebih-lebih lagi apabila institut kesihatan jantung utama negara dan terulung itu tidak dlanda masalah kewangan.

Blogger Kadir Jasin mencadangkan kemungkinan penjualan itu dibuat adalah untuk membantu Sime Darby Bhd, Syarikat ciptaan Nazir Tun Abdul Razak melalui CIMB hasil penggabungan 3 Konglomerat Perladangan Milik PNB (Guthrie Bhd. + Golden Hope Plantation + Sime Darby).

Pada November 2006, CIMB Investment Bank Berhad, dimana Nazir merupakan CEO membiayai pewujudan ‘Entiti Tujuan Khas’ atau Special Purpose Entity (SPE) iaitu Synergy Drive Sdn Bhd. Nazir, dengan sokongan abangnya, kemudiannya menggerakkan penggabungan Golden Hope Plantation, Guthrie Corporation dan Sime Darby melalui Synergy Drive, sebelum menukar nama entiti itu kepada Sime Darby Bhd. Kini, Sime Darby Bhd ( Synergy Drive ) ciptaan Nazir ini membentuk syarikat perladangan terbesar di dunia. Bahkan, ia turut melebarkan sayapnya ke sektor-sektor lain khususnya perubatan dengan pembelian Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC). Selaku Menteri Kewangan baru dan bakal Perdana Menteri Malaysia, Najib mempunyai keupayaan untuk melicinkan penjualan UN, lebih-lebih lagi apabila syarikat induk iaitu UN Holdings merupakan entiti milik Kementerian Kewangan sepenuhnya.

Nazir Abdul Razak CIMB
Nazir Abdul Razak merupakan Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada Kumpulan Commerce International Merchant Bankers Bhd (CIMB), institusi perkhidmatan kedua terbesar di Malaysia. Nazir menyertai Jabatan Penasihat Korporat CIMB pada 1989, dan memegang pelbagai kedudukan dalam kumpulan tersebut sebelum dijadikan Ketua Eksekutif pada 1999. Di bawah skim CEO, Nazir diberi 42 juta saham CIMB, bersamaan lima peratus dari jumlah keseluruhan modal berbayar. Aset CIMB bernilai RM155 bilion, dengan market capitalisation meningkat kepada RM33 bilion dibelakang Public Bank dan Maybank.

Ahmad Johari Abdul Razak
Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Ancom Berhad yang meliputi pelbagai sektor seperti kimia pertanian & industri, minyak & gas, kejuruteraan, perkapalan, polimer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Peguam berumur 52 tahun ini juga memegang jawatan Pengerusi di Courts Mammoth Bhd dan Daiman Development Bhd, Timbalan Pengerusi di Nylex (Malaysia) Bhd, dan Pengarah Hong Leong Industries Bhd, Daiman Golf Bhd dan Deutsche Bank (Malaysia) Bhd.

Ahmad Johari Abdul Razak juga menerima 7.2 juta saham pemilikan bumiputera dari Kementerian Kewangan menerusi Tekala Corporation Bhd.

Mohamed Nizam Abdul Razak
Mohamed Nizam Abdul Razak berkhidmat di Lembaga Pengarah di Kumpulan Kamdar (M) Bhd, Deutsche Bank (Malaysia) Bhd, Synergy Track Bhd, Kumpulan Winitex Holdings Bhd, Kumpulan Wah Seong Corporation Bhd serta beberapa lagi syarikat swasta. Beliau juga pemegang amanah di Yayasan Noah, Yayasan Dana PendidikanTan Sri Khalil, Yayasan Rahah dan Yayasan Hong Leong, serta Board of Governors di Nilai College.

Mohamed Nazim Abdul Razak
Presiden Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF) ini juga merupakan salah seorang dari pengarah di OYL Industries Bhd dan terkenal sebagai pengarah yang paling mahal dibayar di Malaysia - sekitar RM2,250,001 hingga RM2,300,000. Arkitek berumur 44 tahun ini juga merupakan Pengarah di HLG Capital Bhd, HL Berhad dan ING. Selain itu, Nazim juga dilantik ke Lembaga Pengarah HLIB, dan merupakan Pengarah Urusan Nr -Associates Sdn Bhd dan Pengerusi Bandar Tasik Semenyih Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju yang terkenal di Lembah Klang.

Kenneth Eswaran, (kawan baik Najib)
Meskipun beliau merupakan orang baru dalam arena korporat, Kenneth Eswaran seorang yang berpengaruh di Institut Strategi & Kepimpinan Asia (Asli) dan Institut K aji an Strategik & Antarabangsa (Isis).
Presiden Malaysian Associated Indian Chamer of Commerce & Industry (MAICCI) ini juga memiliki Benta Plantations Bhd melalui apa yang disebutkan sebagai reverse-takeover, dengan membeli 31 peratus saham syarikat ini dan 28.1 peratus dari Mun Loong Bhd.

Benta Plantations Bhd kemudiannya menukar nama kepada Best World Land Bhd dan pada 1994, Eswaran dilaporkan berminat mendapatkan konsesi balak seluas 250,000 hektar di Selatan Laos selama tempoh enam hingga tujuh tahun. Nilai pelaburan dalam konses ini mencecah RM60 juta, dan Eswaran juga diiaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat baru bagi tujuan tersebut, dengan Best World Land dan Mun Loong masing-masing melabur 55 peratus dan 45 peratus dalam syarikat baru itu. Pada 1995, Best World menjual ekuitinya di Mun Loong Bhd, dan tidak diketahui samada Kenneth berjaya dalam konsesi Laos itu.

Kenneth Eswaran disiasat atas tuduhan manipulasi saham dan insider trading di Best World Construction Group. Kenneth merupakan pemegang saham di Best World Gaming & Entertainment Corp, dan turut disiasat adalah pemegang saham terbesar syarikat itu Jose Victor JV” Ejercito, anak kepada bekas Presiden Filipina Joseph Estrada, Pengarah BestWorio Francis Ablan. Best World Gaming diberi satu-satunya kuasa untuk mengusahakan judi bingo online oleh syarikat kasino milik Manila, Philippine Amusement & Gaming Corp, selama 10 tahun pada Disember 1998.

12:48 AM

 
Anonymous KhalidJaafar said...

aliran pemikiran Anwar Ibrahim adalah;

1. Anwar Ibrahim percaya bahawa Program Pendemokrasian adalah merupakan jalan terbaik bagi melahirkan Kebebasan yang sebaik-baiknya di Dunia Islam.
2. Program Pembaharuan Islam yang dipelupur oleh Anwar Ibrahim ini diyakini oleh beliau sebagai satu kesinambungan kepada gerakan-gerakan pembaharuan yang telah lama berlaku di Dunia Islam sejak dari Abad ke 19 lagi.
3. Anwar Ibrahim meminta sokongan Barat; Amerika dan sekutu-sekutunya, agar 'memberi bantuan' kepada Pertumbuhan Demokrasi dan keterbukaan agar ianya berkembang-biak dengan sebaik-baiknya di Dunia Islam.
4. Anwar Ibrahim mengiktiraf dan mengagumi pembangun-pembangun serta pendiri-pendiri idea-idea Demokrasi Islam, Reformasi Islam, Feminis dan Kebebasan iaitu Abdul Rahman Al-Kawakibi, Riffat At-Tahtawi, Taha Hussein serta Radin Ayu Kartini.
5. Anwar Ibrahim berpendirian bahawa Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah adalah merupakan sebuah Regim Despotik yang bermaharaja lela kezalimannya serta penindas.
6. Anwar Ibrahim percaya bahawa orang-orang Islam dan Amerika adalah rakan sekutu secara tabii dan persekutuan ini wajib diteruskan bagi menjadikan Dunia Islam kembali selamat untuk demokrasi.
7. Anwar Ibrahim menanggap bahawa mereka-mereka dari kalangan Ummat Islam yang memiliki pendirian seperti Sheikh Usamah Bin-Ladin hafidzahuLlah dan sahabat-sahabat beliau sebagai insan yang menjadi pengganas disebabkan ketiadaan kebebasan yang diberikan kepada mereka.
8. Anwar Ibrahim menuduh Sheikh Usamah Bin-Ladin hafidzahuLlah dan sahabat-sahabat beliau sebagai pembiaya keganasan dan pembunuhan serta pembawa kemusnahan.
9. Anwar Ibrahim amat kagum dengan gagasan-gagasan ‘ilmiah, sains, falsafah dan sastera dengan mengambil Ibn Sina sebagai contoh ahli falsafah yang dikira oleh beliau sebagai antara produk terbaik yang patut diteladani oleh Ummat Islam.

8:43 AM

 
Anonymous KhalidJaafar said...

peranan seorang Bapa Modenisasi dan Industrialisasi Mesir; Muhammad Ali Pasha yang dibanggakan oleh Anwar Ibrahim yang mana asas kepada Program Pembaharuan Islam oleh manusia yang telah dikawal sepenuhnya oleh British dan Peranchis melalui WACANA SYAITANI mereka, seperti Muhammad Ali Pasha itu pula, yang ingin dilaksanakan dan diteruskan oleh Anwar Ibrahim atau jenis pembebasan dan kebebasan yang ingin diulangi semula oleh Anwar Ibrahim di zaman ini. Sesungguhnya pencerahan sains dan falsafah yang dibawanya dan mereka-mereka yang sama pemikirannya dengan Muhammad Ali Pasha ini, walau sesiapapun dia, adalah berpaksi kepada menghidupkan semula WARISAN PENYEMBAHAN TAGHUT yang lama dan kuno yang telah ditenggelamkan bersama-sama dengan Fir’aun di dalam Laut Merah ketika Allah subhanahu wata’ala menolong Nabi Musa alaihissalam dan pengikut-pengikut Baginda alaihissalam. Falsafah, sains dan teknologi berpaksikan sihir, athiesma dan keangkuhan Fir’aun itu dikalahkan oleh Nabi Musa dengan tongkat keta’atan seorang manusia yang benar-benar mengenali tujuan Allah subhanahu wata’ala menjadikannya; sebagai KhalifahNya, serta cahaya telapak tangan yang sujud kepada KekuasaanNya sebagai Maalikal-Mulk (RAJA-SEGALA-RAJA, ALLAH... ALLAH.... ALLAH.....) serta WahyuNya, tanda kepatuhan ketika memberi kehormatan kepada ‘ArasyNya yang Maha Agung dan Warisan 'Ilmu DariNya Yang Meliputi Segala-galanya yang yang diwariskan kepada Nabi Khidir alaihissalam dan hamba-hambaNya yang terpilih dari dahulu hingga ke hari ini yang hanya boleh dibawa oleh insan-insan dari kalangan Imam-Imam Ahl Sunnah Wal Jama'ah; yakni kelompok yang akan selamat dari ditenggelamkan oleh gelombang fitnah Liberalisasi Lautan Merah.

11:16 AM

 
Blogger merdekablog.com said...

My call to KT voters:

http://www.youtube.com/watch?v=ijkKuSHOHDo

http://www.merdekablog.com

10:48 AM

 
Anonymous wuzara said...

Kalau Pas memerintah Malaysia, apakah Malaysia akan menghantar tentera membebaskan Palestin?

9:17 AM

 
Anonymous KhalidJaafar said...

Mustahil ! sebab PAS ta'at kepada Bangsa Bangsa Bersatu. PAS akan menyuarakan rasa tidak puas hatinya di panggung wayang kulit PBB sesuai dengan fiqih muwazanat dan lain-lain fiqihnya. PAS kena tengok mana yang lebih awlawiyyat. Mungkin diperingkat antrabangsa bersekongkol dengan Russia dan lain-lain musuh Amerika boleh dipertimbangkan.

4:52 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Cubalah jangan sangka buruk.Tak baik..

9:00 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home