" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, January 17, 2009

SUASANA PILIHANRAYA KECIL
P. 036 KUALA TERENGGANU

Semangat berkobar para Muslimat PAS merayu undi sambil mereka melafazkan doa yang dikeluarkan oleh pihak Dewan Ulama' PAS Pahang .

اللهم كما ألنت الحديد لداود ألن قلوبهم لطاعتك و لمعاونة حزبك و جماعة المسلمين

Alhamdulillah , suasana pilihanraya kecil berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergadhan besar kecuali beberapa insiden kecil yang mampu dikawal oleh petugas - petgas pilihanraya . Contohnya Pihak BN membawa sepanduk hampir ke pint pagar tempat mengundi sedang ia bercanggah dengan peratran SPR . Lalu ia mencetuskan ketegangan.
Puteri UMNO dengan lagak dan aksi "menggoda"nya cuba untuk menarik perhatian pengundi dan sekaligus menjawab slogan yang dilancarkan oleh perayu undi PAS . BN dengan jenteranya tetap tidak kalah dalam percubaan mempengaruhi pengundi biarpun rata-ratanya saya lihat mereka agak tenggelam dalam slogan dan jentera Pakatan Rakyat .
Dimana ada BN disitu ada PAS
Munajat tanpa henti . Suatu yang sunggh menakjubkan dari muslimat ini . Mereka munajat dan solat hajat sejak jam 9 am hinggalah jam 12 tengahari tanpa henti . setiap kali batal wudhu' mereka akan segera mengambil wudhu' dan kemudiannya sambung munajat . Mohon kejayaan dan kemenangan dari Allah azzawajalla setelah segala usaha dilakukan .
Melawat peti undi sambil memberi motivasi kepada petgas dan jentera perayu undi Pakatan Rakyat . Alhamdulillah , suasana cukup positif bagi masa depan Pakatan Rakyat .
Ustaz Fadhil Noor Abdul Karim sebagai ketua jentera perayu undi bagi peti undi Pasir Panjang bersama kontijen PAS pahang yang lain . Memimpin suasana merayu undi dengan selawat , zikir , tasbih dan munajat . Alfun Mabruk .
Petugas muslimat dan Nisa' sunggh tekun dan sabar melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa memperduli cuaca yang panas dan perut yang lapar .
Sehari sebelum berlansungnya pengundian , Dewan Pemuda PAS menggempur Dataran ShahBandar di tengah - tengah Bandaraya Kuala Terengganu . Hilux terus menjadi pentas mobile untuk Pakatan Rakyat dan ia menarik perhatian umum .
Selain Azhan Atan , juara Akademi Nasyid 09' dan Nazrey Johani bekas penyanyi Kumpulan Raihan . Yasin penyanyi yang terkenal dengan lagunya Hadhari - Hadhari - Hadhari juga kini turun berkempen bersama dengan Angkatan Muda Keadilan bagi memenangkan Pakatan Rakyat .
Lori yang sarat membawa Tar terhumban ke dalam parit dan gagal untuk terus menperdayakan rakyat dengan pembangunan jalanraya mee segera mereka . Tar terpaksa dicurahkan ke dalam parit tersebut .
Turut turun padang ialah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang Balasubramaniam . Beliau cukup yakin PAS boleh menang dalam pilihanraya kecil ini setelah dilihat senjata utama UMNO - BN iaitu Hudud gagal menakutkan non muslim .
Team Pakatan Rakyat turun padang bersama Dewan Pemuda PAS Pusat untuk berkempen . Dato' Seri Anwar menjadi tetamu istemewa di Markaz Besar Pemuda PAS Pusat .
Kini tiba masanya Rakyat Terengganu meneruskan gelombang perubahan setelah tsunami politik dalam pilihanraya umum hanya dikatakan melanda negeri pantai barat . Pastinya Terengganu tidak boleh ketinggalan .

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Tiada apa yang harus dihairankan memandangkan DSAI memang seorang pelakon terbaik siri drama MALAYSIA hari ini. Disebabkan kegilaan ingin berkuasa beliau sanggup menggadaikan maruah bangsa dan bersengkokol dengan DAP untuk menjatuhkan orang melayu. Bukan ingin mengekplotasikan isu pengkauman tapi selepas mendengar siaran langsung TV1 pada 26/1/2009 berkenaan isu orang cina,ada masyarakat melayu yang tidak memahami konsep ketuanan yang termaktub dalam perlembangan Malaysia. Masih bersengkokol dengan 3 juri iaitu JKJR Surget Singh dan 2 orang cina yang berani memainkan isu perkauman semasa siaran langsung itu dijalankan. Bukan ingin menaikkan kemarahan orang melayu, tapi dimanakah sikap orang melayu dan pemuda melayu masa kini,yang telah hanyut dibuai keseronakan dialam dunia yang fana terutama sekali pengikut PKR. Kita sepatutnya berpakat untuk meyatukan perpaduan kaum melayu seperti mana disarankan oleh YB Zulkifli Nordin ahli parlimen Kulim Bandar Baharu(PKR), meminta orang melayu dari UMNO,PAS dan PKR memertabatkan bangsa kita semula, tetapi diberi amaran oleh DSAI. Dimana saya percaya beliau bercakap atas tiket Persatuan Peguam Melayu Islam tetapi disalah tafsirkan oleh pelakon dalam MALAYSIA hari ini saudar DSAI. Kita lihat dalam isu orang India dimana MIC ngan PKR india boleh bersama membawa isu Hindraf manakala MCA dengan DAP boleh membawa isu tanah orang cina dan kes GERAKAN dengan UMNO di Penang. Dimana orang melayu? Tiada akal fikiran ke,? hanya pandai memberi komen membunuh bangsa dan agama sendiri....?Ada sekali di melaka di kawasan Air Keruh sekumpulan orang cina duduk semeja mengatakan walaupun kita berlainan parti tapi kita harus memertabatkan bangsa CINA dan harus membawa kehadapan dan mereka mengatakan biarkan orang MELAYU mati kebuluran (mereka bercakap dalam bahasa cina (DAP dan MCA MELAKA) )kebetulan kawan saya memahami bahasa cina. Jadi kita renung-renungkanlah dimana kesilapan orang melayu, dan orang seperti DSAI adalah musuh melayu sejagat. Bangkitlah wahai semua pemuda melayu islam...hanya kita PEMBELA GENERASI YANG AKAN DATANG

2:45 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home