" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, January 25, 2009

MELAKA PERLU CIPTA SEJARAH

Semalam saya diundang untuk memberi pengisian sempena majlis Tafaqquh Fiddin di PASTI Kampung Kesang Tua Jasin Melaka . [ Tidak jauh dari rumah sahabat saya Cikgu Azrin yang juga merupakan Pengarah Jabatan PASTI Pusat ] .

Seperti biasa diwaktu ini , isu yang menarik perhatian umum ialah penderitaan dan kesengsaraan ummah di Gazzah Palestine dan juga sedikit isu tempatan berkait dengan kemenangan PAKATAN dalam pilihanraya kecil p.036 Kuala Terengganu .

Akhir ucapan , saya menumpukan taujihat kepada satu persoalan yang amat penting bagi Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah agar mereka benar - benar mencipta sejarah bersama Islam , bukan sekadar berbangga dengan sejarah alfonso de alburqaqe. [ maaf saya tak reti nak eja nama alfonso yg sebenar ] Juga sejarah Hang Tuah bersaudara yang masih dianggap mitos dalam negara kita .

Sebaliknya saya menggesa agar pejuang - pejuang Islam di Melaka meningkatkan komitmen dan juhud mereka untuk memastikan Islam kembali berupaya bertapak gah di negeri Melaka . Islam dan kerajaannya bukan asing bagi negeri Melaka . Seketika dulu Islam pernah berdaulat di Melaka malah Melaka dianggap sebagai pintu masuk Islam ke Malaysia .

Jika negeri - negeri lain seperti Pahang dan Johor yang dulu tebal fahaman sekular yang dipelopori oleh UMNO dan BN kini telah berjaya dipecahkan benteng dan tembok pemisah mereka maka kenapa tidak Melaka . Saya percaya suatu masa kelak Melaka akan mengembalikan semula kedaulatan Islam di negerinya.

Jelas saya lihat kejayaan itu hampir apabila perkembangan di Melaka kian menarik . Aktiviti - aktiviti agama seperti Tafaqquh Fiddin kian marak dan berkembang .

Kebetulan di Melaka terdapat sahabat - sahabat saya yang sepengajian dulu dan kini mereka gigih memimpin perjuangan di Melaka . Antaranya Al Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail yang lebih popular dengan gelaran Ustaz Zul Akhlaq kini diamanahkan sebagai Ketua Dewan Ulama' PAS Melaka dan beliau mempunyai Pusat Pengajian beliau sendiri di Sungai Udang Melaka .

Begitu juga Al Fadhil Ustaz Kamarudin Sidek yang kini diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka . Saya percaya kredebiliti mereka disamping dokongan sahabat - sahabat lain di Melaka , Melaka mampu mencipta sejarah . Barulah benar Melaka Bandaraya Bersejarah .

Selagi Melaka ditadbir oleh bekas Kerani TNB tu , saya tidak tahulah bila Melaka mahu bebas dari sejarah kolotnya .

2 Comments:

Blogger LensaPR said...

'kerani TNB' tu tak salah. Fikirannya saja yang kolot. Pas pun ramai 'kerani tnb' tapi fikiran bagus.

7:06 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

W'salam

Sewajarnya terlebih dahulu memahami uslub dan kaedah penulisan saya .

saya sebut " selagi Melaka ditadbir oleh bekas Kerani TNB ..."

ertinya saya tidak merujuk kepada semua kerani TNB yang lain ...yang saya percaya yg lain semuanya bagus.

tetapi saya merujuk kepada bekas kerani TNB yang mentadbir negeri Melaka ... ada seorang sahaja BEKAS kerani TNB YANG TADBIR MELAKA . dia sorang jer . Orang tulah secara isim makrifah yang saya maksudkan . tidak kerani TNB yang lain atau tidak juga bekas kerani TNB yang lain .

hanya yang bekas Kerani TNB yg sdg tadbir atau perintah negeri melaka sekarang ini yang bodoh lagi jahil .

10:50 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home