Bacalah dengan jiwa yang tenang
Sebentar tadi , saya menerima signal dari sidebar blog saya bahawa terdapat satu artikel baru yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Nik Abduh setelah sekian lama beliau tidak menulis .Saya kurang periksa akan sebab kenapalah beliau akhir - akhir ini terlalu jarang sekali menulis . Namun apa yang saya yakin , penulisan adalah satu dari kegemaran beliau dan setiap kali beliau menulis , kandungannya cukup berkesan dan berbekas .
Saya doakan agar sahabat saya ini senantiasa dikurniakan kelapangan untuk menulis dan menyebarkan fikrah Islami yang jelas dan baik kepada ummah . Kami diluar senantiasa merinduinya .
Terkini sahabat boleh baca tulisan Al Fadhil ustaz Nik Abdul melalui link yang telah saya paparkan disini . Baca dengan tenang dan hayati setiap patah kalimah . Alfun Mabruk kepada Ustaz Nik !








