" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, February 24, 2009

Kami dituduh Salah ?

11 dec 2007 , saya bersama berberapa orang pimpinan parti [ Dr. Hatta Ramli , Ustazah Nuridah , Dr. Lo' Lo' ] dan sahabat seperjuangan [ Ustaz Yusuf Embong , Fadhil , Sabri , Aziera , Hashim , Fadilah dan lainnya ] menuju parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada yang di Pertua Dewan Rakyat guna membantah usaha kerajaan melanjutkan usia perkhidmatan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Pengerusi SPR pada waktu itu .

Dalam perjalanan saya ke Parlimen , sebelum memasuki perkarangannya saya dan rakan telah ditahan dan ditangkap oleh pihak polis dan kini kami dituduh mengadakan himpunan haram .

Nak masuk Parlimen pun tak boleh , nak serah memorandum pun tak boleh . Kemudian mereka tangkap kita lalu tuduh pula kita mengadakan perhimpunan haram .

Nasib kitalah hari ini berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN yang kononnya memperjuangkan demokrasi .

Saudara Zamri [ gambar ] dilantik mewakili saya sebagai peguam bela . Harap sahabat semua dapat doakan kami agar berjaya dalam kes ini yang sedang dibicarakan di Mahkamah .

22 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Tapi bukankah memang niat PAS nak buat rusuhan?bukankah itu saja kepandaian kamu wahai ahli2 PAS?Bukan kah kamu hanya pakar dalam bab 'memurtadkan' orang..contoh dengan apa yang kamu buat dengan Ibrahim Ali..dulu masa Ibrahim ali kritik kerajaan bukan main lagi kamu memuji mengangkat melambung tinggi kalah KLCC.kononya dia seorang wakil rakyat yang jujur..tapi sekarang selepas dia mengkritik PAS..Apa pula kamu cakap?

9:21 PM

 
Blogger penyokong PAS said...

Teruskan perjuangan, kami mendoakan agar kezaliman akan tumbang...

10:16 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Anak Buah Ustaz

Sejak bila pula tuduhan boleh dibuat berdasarkan niat ? dan bagaimana pula mereka boleh mengesahkan niat seseorang ? atau sudah pincang cara insan berfikir ?

Pasal Ibrahim Ali tu plak biasa lah . Sewaktu ia mengkritik dasar kerajaan UMNO yg salah dan bersama PAS kita sokong lah .

Tetapi bila ia bersama UMNO yang batil untuk kritik PAS yang membawa kebenaran , kita lawan plak .

Sewaktu Abu Sufian lawan Islam , Nabi juga lawan Abu Sufian tetapi apabila Abu sufian lawan kuffar quraisy , Nabi sokong plak abu sufian .

Pendirian politik dan agama dipandu syara' berubah mengikut situasi yang di hadapi .

Situasi maksiat kita tentang dan bila berubah situasi menjadi taat kita sokong sekalipun melibatkan batang tubuh insan yang sama . begitulah sebaliknya .

11:06 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ana doakan ust selamat...
insyallah islam xkalah...
hanya kalah di mata manusia..
amin.


ahli pemuda pas batu 3.

11:50 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Satu lagi bukti kezaliman negara Demokrasi.

Suatu perkara yg perlu difahami oleh umat Islamioalah, walaupun demokrasi mengatakan kebebasan adalah salah satu rukun demokrasi, tetapi ianya bukan mutlak. Kebebasan yg dimaksudkan kebebasan individu selama mana berlandaskan ideologi sekuler -kapitalisme. Jika kita memperjuangkan Islam...maka tiada kebebasan.

Jadi....cukuplah dgn segala apa yg telah terjadi...jangan kita terpesona dgn cantiknya hamparan karpet merah demokrasi.

Semoga Allah memberikan kesabaran kepada para pejuang agamaNya.

Ya Allah...berikanlah kekuatan kepada ustaz Nasrudin dalam menghadapi setiap mehnah dalam perjuangan Islam.


Kami rindu Islam
Kami rindu khilafah

Dari,
RIRK

12:11 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Biasa lah tu ustaz.....berjuang kat malaysia ni selain keluar masuk ISA....turun naik mahkamah juga perkara biasa....itulah antara cara kita terpaksa 'berdepan' dengan pemerintah yang zalim....

kawan ana kata nak senang berjuang mudah aje....jadikan pas ni sebagai NGO....jangan terlibat dengan pilihanraya, duk di masjid atau di pondok2 je buat kuliah dan kelas agama....mesti UMNO nak kacau...

nak rasa manis berjuang mesti sentiasa dalam penentangan.....

hmmmm salah demokrasi ke ni ??....bukan salah demokrasi saya rasa tapi salah orang yang tak ikut demokrasi.....kalau betol ikut demokrasi ustaz memang tak mungkin di tahan camtu....

moga ustaz din dilindungi Allah sentiasa...

4:53 AM

 
Blogger Fadhli bin Ibrahim said...

insyaallah allah akan mengangkat martabat kalian semua.....inilah diantara cara allah nak angkat martabat seseorang.....

daripada : Insan kena tangkap tepi tugu negara

7:44 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Belum tentu tak masuk pilihanraya lebih mudah berdakwah. Aik..tidakkah alasan joint demokrasi sebab lebih mudah berdakwah kepada puak sekuler.

Sebenarnya samada joint demokrasi atau tidak bukan sebab ditangkap atau tidak.

Fakta menunjukkan, samada kita ikut demokrasi atau tidak...risikonya tetap sama. Tidakkah Yahudi dan Nasrani takkan redho sampai bila-bila sehinggalah kita jadi mcm depa ?

Lagi pula risiko bukan menjadi pertimbangan dalam perjuangan. Kalau tak nak risiko...jangan memperjuangkan Islam. (Saya bukan kata pd ustaz)

Bolehkah saudara tunjukkan satu contoh di mana gerakan Islam tidak dikhianati apabila dah menang ?

Akhirnya kaum muslimin akan menyedari juga bahawa : DEMOKRASI MEMANG TIDAK BERGUNA !

Sebahagian kita beria-ia ikut demokrasi...tetapi para penganut ideologi sekuler-demokrasi sendiri tidak pernah menghormati ideologi mereka. Lagi pula demokrasi membenarkan tindakan kejam dan zalim atas nama demokrasi kepada sesiapa yg cuba mengajak masyarakat kepada ideologi selain daripada sekuler-demokrasi.

Fahamilah saudaraku yg tercinta.

RIRK

4:03 PM

 
Blogger adihazroon said...

hizbut tahrir yg menentang demokrasi. tp sampai skang hamas jugak yg melawan israel kat palestin tu.

7:07 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Tuan RIRK....mare nampak !

tuan salah sangat sebab tuduh kami menjulang demokrasi hanya kerana tuan melihat dalam Islam langsung tak de demokrasi....

perdebatan isu demokrasi dengan golongan yang menentang 100% ni bukan baru...kekadang rasa dah naik lotih memperkatakannya....

Tuan, satu yg kami tak dapat nafikan ialah kita berada dalam waqi' yg wujud sistem demokrasi....celik mata je sistem tu dah ada depan mata.Sapa suka ?? atau tuan ada cara camana kita nak musnahkannya dalam sekelip mata ?...maka kita mengambil sikap utk memanfaatkannya.

Demokrasi bukanlah sistem yg terbaik tapi tidakkah tuan nampak bahawa tidaklah demokrasi itu langsung tidak boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam....hatta tuan sekarang boleh bergerak atas pertubuhan HT pun kerana adanya demokrasi...kecuali HT pertubuhan yg tak berdaftar dan bergerak secara haram.

Saya tahu demokrasi liberal memang datang dari fahaman sekular tapi masih ada ruang prosedur utk melebarkan usaha menegakkan syariat melalui proses demokrasi....peluang itulah yg cuba kita curi

Tuan....tegakah tuan membiarkan percaturan politik demokrasi di negara kita ni kosong dari penglibatan parti politik Islam ?....saya tak sanggup membiarkan rakyat memilih golongan yg hanya memajukan nilai jahiliah sebagai pemimpin lantaran tiada pilihan.

fikir-fikirkanlah...

7:46 PM

 
Anonymous muslimat said...

ewaah, bergaya kemain lawa pun depa tak bagi masuk parlimen jugak ke ustaz? Mentaliti kelas ke brapa le puak-puak UMNO ni...buat penat je ustaz din bergaya sakan..

lainkali, baca ayat kursi 7x lepas tu hembuih kat muka polis...mesti depa terkulai tak berani nak tahan ustaz...

sabar ler ustaz...InsyaAllah, boleh menang kes ni..Allah ada !

9:02 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam buat semua.

Seketika dahulu, mungkin ramai yang telah lupa, PAS telah mengeluarkan fatwa kepada ahlinya bahawa anggota UMNO adalah kafir disebabkan 'bersekongkol' dengan orang kafir. Hanya ahli pas layak digelar Islam.
Tetapi pada ini, nampaknya 'ludah' PAS kepada UMNO dahulu (yang telah jatuh diatas tahi anjing) telah dijilat semula oleh mereka tanpa malu.

DAP yang secara terangan menolak perbentukan negara Islam telah dijadikan kawan karib, sehingga dijadikan teman tidur walaupun mimpi tidak sama. PKR yang hanya berpaksikan kepada anwar yang hanya tahu menimbulkan kekacauan dijadikan panglima mereka.
Benarlah kata bijak pandai, apabila nafsu dan ketamakan sudah menguasai diri, halal dan haram sudah tidak dipandang lagi. Renungkanlah sejenak wahai ahli PAS.Jika dahulu ahli UMNO dituduh kafir, bukankah sekarang kamu sedang mengkafirkan diri kamu sendiri???
Siapa saya untuk mengeluarkan kenyataan ini. Kamu yang menganggap diri kamu 'ulama PAS' lebih tahu..

10:57 PM

 
Anonymous sabarlah pas said...

salam,

kamu DUSTA,
Pas tidak pernah menghukum kafir kepada UMNO kerana bersekongkol dgn kafir, tapi pas mengatakan kufur perbuatan UMNO bersekongkol dengan kafir untuk menentang Islam yang diperjuangkan pas.

kamu BUTA,
pas bukan bekerjasama dgn DAP menubuhkan negara Islam tapi PAS bekerjasama dgn DAP menegakkan keadilan rakyat malaysia,menentang kezaliman UMNO dan menumpaskan BN dalam pilihanraya...

pas akan terus membawa cita-cita negara Islam sekalipun DAP menentang.

7:59 AM

 
Anonymous Anonymous said...

krrooohhhhhh...krrooohhhhhhhh...krrroooooohhhhhhh.........

8:01 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

..........tegakah tuan membiarkan percaturan politik demokrasi di negara kita ni kosong dari penglibatan parti politik Islam ?........

Soalan yg bijak. Justeru itulah kenapa saya memuhasabah rakan-rakan dalam PAs...bahkan kalau boleh PAS.

Maksudnya ?

Kerana saya tidak tega melihat bagaimana rakan-rakan dalam perjuangan Islam, khususnya PAS diperkotak-katikkan dalam percaturan politik kaum sekuler.

Kenapa tidak PAS beserta pelbagai kelompok Islam yg lain.....mencaturkan politik berdasarkan cara sendiri...iaitu cara Islam.

Ditengah-tengah ummah ada PAS, Hizbut Tahrir, Tabligh, Salafi (Wahabi), JIM, Abim, Haluan, Nadwah dan kalau dikira seluruh dunia tidak tertulis......mengembeling kekuatan, membina dan menggerakkan ummah kepada satu target yg jelas : Penegakkan Syariah Melalui Negara Khilafah ?

Saya kira, kini hanya tinggal 2 perkara lagi yg menjadi tembok kepada tegaknya negara Islam : 1. Para penguasa yg masih mahu mempertahankan sistem sekuler 2. Fahaman demokrasi yg berakar umbi dalam pemikiran ummah.

Bukti bahawa demokrasi begitu berakar umbi dalam pemikiran ummah ialah segolongan ummah, sekalipun mengakui kekufuran demokrasi tetapi masih berat berpisah dgnnya...seolah-olah dunia akan kiamat jika tolak demokrasi.

Insyaallah......akan sampai masa di mana rakan-rakan dalam PAS akan membenci demokrasi sepertimana bencinya PAS terhadap kekufuran ideologi BN.

RIRK

8:13 AM

 
Anonymous Anonymous said...

masih....tuan tidak bentangkan cara yg konkrit bagaimana demokrasi ini boleh diruntuhkan....tuan masih mengemukakan satu teori yang tuan sendiri tidak 'pasti' keberhasilannya....

saya yakin usaha yg tuan maksudkan itu bukan juga usaha yang mudah.maka saya nilaikan tuan juga seperti kami semua yang masih 'mencuba', masih mencari cara dan masih berusaha untuk Islam ini dapat dilaksana dlm sistem politik kita.

saya ingin sangat mendengar analogi yang dapat tuan buat sekiranya pas mengambil jalan memboikot pilihanraya dan bersama pihak tuan berceramah dan mengedarkan risalah ttg penting mewujudkan khilafah....errr maksud saya segala kerusi kepimpinan yg pas perolehi dlm demokrasi ni dibiarkan dan pas turun ke kampung-kampung mengajak org ramai supaya turut memboikot p/raya....dapatkah tuan bayangkan kebarangkalian ianya berjaya dan boleh melumpuhkan sistem yg ada ?adakah tuan ingat 'org-org' yg diberi kuasa setelah pas 'mengosongkannya' akan berdiam diri saja setelah mendapat peluang untuk bermaharajalela ? sedangkan dgn peluang yang tidak sepenuhnya ni pun mereka sangat rakus 'membaham dan melanyak' rakyat biasa ? apa yang tuan dapat bayangkan usaha yg paling baik jika ini terjadi....rusuhan ? jihad bersenjata? demonstrasi jalanan ?atau saranan sabar sesabar-sabarnya dan beramai-ramai menghuni ISA ?....

9:16 AM

 
Blogger muryadi said...

Anonymous@RIRK yg menyatakan kilafah Islam boleh tertegak dgn boikot demokrasi cuba cerita bagaimanakah caranya? Saudara hidup dalam mimpi barangkali?

Anonymous yg kata PAS mengkafirkan umno, mana buktinya? Dusta dan fitnah semata2.

1:45 PM

 
Anonymous sabarlah pas said...

krrooohhhhhh...krrooohhhhhhhh...krrroooooohhhhhhh......



aiiseyy brader john, aku ceramah sikit je ko dah berdengkur. Memang spesies pak lalala sungguh ko ni, kuat tido....hahaha..

are u sleeping are u sleeping ...brader john

4:24 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam..semoga us selamat dan berjaya ...dlm hal ni us boleh suakan kes yg sama umno ceroboh mahkamah serang karpal singh...depa boleh masuk membuta tuli pastue serang ahli parlimen ni kes us hanya nk bg memorendum...INSYA ALLAH ALLAH BERSAMA PEJUANG ISLAM ...wala yakhafu na lau mata laim...

6:18 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam

Persoalan pokok ialah kesedaran ummat utk berubah dan tidak lagi loyal (wala') tidak hanya kepada pemimpin sistem tetapi juga kepada sistem itu sendiri.

Jika kita mengkaji perubahan-perubahan besar dalam sejarah manusia ...terutama perubahan yg di bawa oleh Rasulullah saw...insyaallah kita akan memahaminya bagaimana sistem demokrasi ini boleh runtuh.

RIRK

12:21 PM

 
Blogger krulayar said...

'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-K...Dan-Mufti-Mufti

6:25 PM

 
Anonymous mebel jepara said...

Ayo wisata liburan bersama keluarga, dengan mengikuti paket wisata karimun jawa kita yang termasuk biro wisata karimun jawa berpengalaman karena memberikan paket karimun jawa murah, ada paket backpacker karimunjawa, paket tour karimun jawa 4 hari 3 malam, paket karimun jawa 3 hari 2 malam, paket murah karimun jawa 2 hari 1 malam, atau paket karimun jawa honeymoon. paket karimun jawa kami sangat memuaskan dan berkesan, info tour jadwal kapal ke karimunjava island lebih lanjut bisa menghubungi www.karimunjawakita.com,
Tapi bila anda ingin belanja online mebel jati atau mebel jepara or furniture jepara yang bisa anda jadikan pilihan karena ada harga perabot murah dari kami, silahkan berkunjung ke website www.jeparaapik.com yang juga menjual ukiran jati, kursi tamu meja makan murah almari jati bufet lemari jam bangku minimalis sofa ukir bale-bale kayu dipan antik, terimakasih

5:19 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home